BAB 16

541 20 0
                                    

Sudah sebulan berlalu sejak kejadian itu berlaku. Emir buntu tidak tahu bagaimana untuk meminta maaf pada Airis. Setiap kali dia pergi ke rumah gadis itu, pasti keluarganya berkata yang Airis tidak berada di rumah.

"Kau nak lari dari aku ke Airis?" gumamnya sendirian.

"Aku tahu aku salah. Aku tak sepatutnya menuduh kau melulu haritu. Aku bodoh sebab buat kau macam tu, Airis." katanya lagi. Emir hanya duduk di birai katil sambil merenung lantai lama. Kalau tidak kena tamparan dari Amsyar dan bebelan dari kawan-kawannya haritu mungkin dia takkan sedar.

<FLASHBACK>

*Pang* Satu lagi tamparan diberikan pada pipi Emir. Emir terkedu selepas mengena tamparan yang dia tidak jangka itu.

"Sorry do mir. Kali ni aku kena tampar kau sebab kau dah melampau. Kau tak patut tuduh dia macam tu Emir." Kata Amsyar

"Aku tengok je selama ni kau buli dia, kau suruh dia buat itu ini tapi dia masih bersabar Emir. Aku ingat kau dah berubah tapi tadi menunjukkan yang perangai kau makin menjadi-jadi mir. Kau tuduh dia sampai macam tu sekali tanpa dengar satu pun penjelasan dari dia." Sambung Amsyar lagi lalu mengambil tempat duduk di sebelah Emir.

"Ye do. Kalau kau tahu perkara sebenar aku yakin yang kau akan menyesal seumur hidup." Kata Lukman. Emir yang mendengarnya lantas mengerutkan kening.

"Perkara sebenar? Apa maksud kau?" Tanya Emir.

"Kalau kau nak tahu sejak dia tahu yang kau kena tuduh meniru dulu setiap hari dia pergi bilik guru nak jumpa dengan cikgu. Setiap hari dia cuba yakinkan cikgu tu yang kau tak bersalah. Dia tebalkan muka dia cakap dengan cikgu untuk tolong kau. Lepastu tadi kau terus tuduh dia melulu, tengking dia depan orang ramai tanpa dengar penjelasan dia. Kau ingat dia tak sakit ke? Memang patut pun kau terima tamparan dari dia tadi." Ujar Lukman panjang lebar.

"Kau boleh tahu la Mir yang Airis tu tak ada masanya nak buat kerja gila setiap hari pergi bilik guru sebab nak tolong kau. Dia budak pandai mesti dia akan sentiasa habiskan masa dia dengan belajar je tapi dia sanggup guna masa yang ada tolong kau sebab apa? Sebab dia anggap kau kawan dia, kalau tak aku rasa dari dulu lagi dia dah report pasal kau dekat cikgu disiplin. Kau fikir-fikir la Mir apa yang kau dah buat. Perempuan kalau dia dah rasa sakit yang teramat dia memang akan benci kau." sambung Amsyar. Emir terdiam mendengar kata-kata kawannya itu.

"Aku salah. Aku sedar aku salah. Aku tak tahu macam mana nak betulkan semuanya balik Aku pun satu bodoh pergi percayakan gambar yang Zara tunjuk tu." Emir lantas menundukkan kepalanya lalu menekup mukanya tanda dia buntu.

"Zara?" Tanya Lukman. Emir mengangguk. "Ye, Zara. Dia jumpa aku selepas aku keluar dari bilik cikgu tadi. And dia tunjuk gambar tu dekat aku. Aku tak boleh fikir apa-apa lepas tu cuma rasa marah je yang ada." Kata Emir dengan rasa menyesal.

"Okay kalini memang kau bodoh la mir. Kau dah tahu kan Zara tu memang syok dekat kau. Kau dah pernah nampak selama ni apa yang dia buat dekat Airis sebab Airis rapat dengan kau. Tak faham aku macam mana kau boleh percaya dia bulat-bulat macam tu." Kata Lukman

"Pergi minta maaf dengan dia. Kau cakap depan-depan dengan dia, jujur semuanya. Turunkan ego kau tu." Kata Lukman sambil menepuk bahu kawannya itu.

"Good luck bro." Amsyar juga melakukan perkara yang sama.

<END FLASHBACK>

"Macam mana aku nak minta maaf kalau kau lari dari aku Airis?" Emir meraup mukanya kasar. 'Ya Allah bantu la hambamu ini. Aku betul-betul sedar yang aku dah buat silap pada seorang gadis' kata hatinya.

🌷🌷🌷

*Tok tok*

Pintu bilik di buka oleh Puan Julia. "Adik" panggil Puan Julia lalu duduk di birai katil Airis.

"Adik, Emir ada dekat bawah. Tak nak jumpa dia ke? Dia ada sesuatu nak cakap dengan Ris." Kata Puan Julia.

Sejak kejadian dulu, Airis menjadi seorang yang pendiam dan kurang senyum. Dia tak pernah menceritakan pada sesiapa apa yang dah jadi. Dia malas nak bebankan fikiran orang lain.

Airis menggeleng. "Tak nak. Ibu suruh dia balik. Kata yang Airis balik kampung tinggal kat sana untuk sementara waktu." Kata Airis sambil bermain handphonenya.

"Ris, dah berapa kali dah kita halau Emir. Tak baik nak buat dia macam tu." Pujuk Puan Julia.

"Tolong la ibu. Airis tak nak jumpa sesiapa buat masa sekarang." Airis menutup phonenya lalu memandang ibunya. Puan Julia yang nampak riak wajah Airis yang berubah itu hanya akur saja.

"Ye la, ibu cakap dengan Emir yang Ris tak ada ya. Sorry ibu ganggu Ris." Puan Julia mencium dahi Airis lalu keluar dari biliknya.

"Haih" mengeluh Puan Julia. Dia pun tidak tahu apa yang jadi antara mereka berdua. Ditanya pada Datin Emma, perempuan tua itu juga turut tidak tahu apa yang berlaku.

"Ibu, Airis masih sama ke?" Tiba-tiba Aakif muncul disebelah ibunya. Puan Julia hanya mengangguk.

"Hm tak apa la ibu. Biar Aakif bercakap dengan dia. Ibu pergi lah layan Emir dekat bawah tu" kata Aakif. "Terima kasih Aakif. Kalau ada pape kamu bagitahu ibu ye." Aakif hanya mengangguk.

Pintu bilik Airis di buka dari luar. "Adik."

Dengar saja suara itu lantas Airis mengelap air matanya dari jatuh. Dia tak nak sesiapa melihatnya menangis.

Aakif mengambil tempat di sebelah Airis. "Hey, kenapa nangis ni?" Tanya Aakif.

"Mana ada Ris nangis." Balasnya pendek.

"Jangan nak tipu abang lah. Airis tak okan kan?" Kata Aakif lagi.

"Ris okay je lah abang jangan lah risau." Katanya dengan riak biasa untuk menutup segalanya.

"Abang tahu Airis tipu, tengok mata Airis pun dah tahu yang Airis tak okay" Aakif memusingkan badan adiknya supaya memandang dia. Selepas mendengar kata-kata Aakif itu, laju saja air matanya turun.

"Adik tak nak jumpa dia..." Kata Airis sambil menutup mukanya yang sedang menangis itu.

"Kenapa adik tak nak jumpa dia?" Balas Aakif. Masa sekarang ni lah dia mahu mengorek cerita apa yang jadi antara dua orang itu.

"Dia malukan Ris. Dia tengking Ris depan semua orang. Di-dia tuduh Ris buat benda yang Ris tak buat depan semua orang. Ris malu" katanya teresak-esak. Aakif yang mendengarnya jatuh kesian dekat adiknya itu.

"Ris dah tolong dia, tapi ni yang Ris dapat abang. Tak cukup ke apa yang Ris buat?" Lagi kuat tangisan dia sekarang apabila mengenangkan semua benda yang mereka buat bersama tapi akhirnya jadi begini.

"Shh shh. Adik abang ni dah buat yang terbaik dah cuma dia yang salah nilai Ris. Ris tak nak bagi peluang dekat dia? Dengar apa yang dia nak cakap dengan Ris? Kesian dia, macam setiap hari dia datang sini nak jumpa Ris" kata Aakif sambil memujuk adiknya itu.

"Kenapa semua orang nak kesian dekat dia? Dia dah malukan Ris! Dia tak bagi Ris peluang pun untuk jelaskan dulu, perlu ke Ris bagi peluang untuk dia jelaskan dekat Ris pulak!" Bentak Ris. Dia geram apabila semua mahu dia berjumpa dengan Emir.

"O-okay-okay... Ris tak payah jumpa dia lagi okay. Lepasni kalau dia datang abang halau dia. Dah jangan la nangis dah, tak comel adik abang ni. Mana adik abang yang garang dulu?" Katanya sambil memeluk Airis yang masih tersedu-sedu itu.

Emir yang berada di luar bilik Airis tergamam mendengar luahan Airis. Puan Julia sudah meminta Emir untuk pulang tapi Emir berkeras mahu memujuk Airis sendiri. Dia tahu yang Airis berada di biliknya mengurungkan diri. Jadi Puan Julia membenarkan Emir naik ke bilik Airis. Tapi ini pula yang dia dengar.

Sedih? Ye dia sedih sebab Airis tidak mahu berjumpa dengannya lagi tapi ini semua salahnya juga, kalau dia tidak bertindak melulu mungkin hubungan mereka akan baik saja seperti kawan biasa.

"Aunty, saya balik dulu la" kata Emir pada Puan Julia yang berada di bawah.

"Eh? Emir dah pujuk dia ke? Dia, okay?" Tanya Puan Julia. Emir hanya menggelengkan kepalanya.

"Tak apa lah aunty. Lain kali saya datang lagi ye. Saya balik dulu ye aunty, Assalamualaikum." Kata Emir dengan senyuman terpaksa lalu berlalu pergi dengan rasa yang berat.

Dia tak dapat untuk mengungkap kata maaf pada gadis itu lagi. Tapi ini bukan tanda dia akan putus asa untuk memohon kemaafan dari gadis itu. Hidupnya rasa kosong apabila Airis berjauhan darinya.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now