Sudah seminggu berlalu sejak Airis menerima pinangan dari keluarga Emir. Namun, sepanjang tempoh itu, dia tidak berbual langsung dengan Emir dan masih belum memberikan sebarang jawapan rasmi kepada pihak keluarga lelaki itu. Setiap hari, dia hanya merenung kotak cincin yang diletakkan di atas meja soleknya.
"Perlu ke aku terima dia?" bisik hati kecilnya, penuh ragu-ragu.
Airis telah melakukan solat istikharah, dan seperti yang ayahnya katakan, petunjuknya jelas. Emir sahaja yang muncul dalam doanya. Namun, dia masih tertanya-tanya, "Betul ke Emir pilihan yang terbaik untukku?"
Sedang dia mencapai kotak cincin tersebut, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nama yang tertera di skrin membuatkan Airis terhenti sejenak. "Encik Singa," bisiknya sambil tersenyum kecil.
"Kenapa pula dia call malam-malam ni?" gumam Airis sendiri sebelum menjawab panggilan.
"Assalamualaikum. Ada apa awak call malam-malam ni?" tanya Airis, suaranya laju, seolah-olah mengejar sesuatu.
"Lajunya cakap. Waalaikumussalam," jawab Emir sambil ketawa kecil.
"Saja call... rindu nak dengar suara awak," katanya, nadanya bersahaja tapi jelas main-main.
Airis mendengus, matanya menjuling tanda meluat, walau dalam diam pipinya mulai membahang. "Awak ni gila eh. Jangan main-main, saya end call ni nanti." Dia memberi amaran sambil cuba menahan malu.
"Eh-eh, jangan end call dulu! Erm... awak free tak esok?" tanya Emir tiba-tiba.
"Esok? Erm, free... kenapa?" balas Airis, sedikit teragak-agak.
"Saya nak ajak awak keluar makan malam. Sudi tak, cik Airis?"
"Err... buat apa?" Airis kembali dengan soalan.
"Saja... kalau awak tak sudi, tak apa—"
"Okay..." jawab Airis dengan pantas, mengejutkan dirinya sendiri. Dia tahu ada perkara yang perlu dia bincangkan dengan Emir.
"Ha? Betul ke ni?" Emir bersuara, jelas tidak percaya. Ini kali pertama Airis tak menolak ajakannya.
"Ya... Kenapa? Awak nak saya tarik balik ke kesudian saya?" Airis cuba menyembunyikan senyumannya, nada suaranya berpura-pura serius.
"Eh, tak-tak! Terima kasih! Esok saya ambil awak dekat rumah, sharp 8:30," kata Emir penuh keyakinan.
"Okay, Emir. Tapi kalau awak lambat, saya batalkan niat nak keluar tau," gurau Airis, nada usikannya membuat suasana lebih ringan.
"Pernah ke saya lambat untuk awak, cik Airis? Awak nak saya terpacak depan rumah pukul 7:30 pun saya boleh." Emir ketawa kecil, jelas suka hati.
"Tak payahlah. Saya gurau je. Kalau tak ada apa lagi, saya nak end call ni."
"Terima kasih sekali lagi, Airis. Bye and good night, sweetheart. Jangan lupa mimpikan saya," ujar Emir dengan nada nakal, disertai tawa kecil.
Mendengar ucapan itu, pipi Airis terasa makin panas. "Er... tak nak lah mimpi awak. Bye, good night," jawabnya sambil cepat-cepat menamatkan panggilan. Emir yang di sebelah sana sudah gelak besar mendengar suara Airis sedikit terketar itu. 'Malu la tu' gumam hatinya
Airis meletakkan telefonnya di atas meja dan kembali memandang kotak cincin. Dia membukanya perlahan, dan senyuman tipis terukir di bibirnya.
"Cantik," bisiknya sendirian, matanya tidak lepas dari cincin itu.
🌷🌷🌷
"DIK, CEPATLAH! Emir dah sampai ni!" Jeritan Aakif dari bawah memecah suasana tenang di bilik Airis.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romansamy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...