BAB 61

595 24 2
                                    

Emir yang baru sahaja pulang dari officenya, mencari isterinya di sekeliling rumah. 'Mana pulak si Airis ni pergi? Ruang tamu tak ada, dapur pun tak ada.' Gumamnya sendirian. Dia meletakkan bag kerjanya di atas sofa sebelum berlalu ke kawasan tepi rumah.

Dia menghelakan nafas lega bila melihat isterinya sedang duduk di kerusi yang disediakan di tepi kolam itu. Dia tersenyum nipis sebelum mendekati isterinya. Lalu, dia menyentuh bahu isterinya dengan lembut.

Tersentak Airis yang sedang mengalamun itu. Airis menoleh ke belakang dan nampak Emir yang sedang tersenyum ke arahnya. "Abang..." panggilnya dengan senyuman nipis.

"Dah lama ke abang balik?" tanya Airis

"Baru je. Abang cari Ris merata, dekat sini rupanya."

"Jauh sayang termenung. Ris fikir apa, hm?" sambung Emir lalu dia mencangkung di depan Airis sambil mendongak memandang isterinya dengan penuh perhatian.

Airis kekalkan senyuman di bibirnya. "Tak... Ris cuma teringat pasal haritu je"

Emir terdiam sekejap sebelum dia menyambung. "Sayang..." Emir mengusap tangan Airis. "Kes haritu masih ganggu fikiran Ris ke? Kan abang dah pesan jangan ingat pasal haritu lagi" kata Emir.

"Ris tahu abang, tapi Ris tertanya-tanya apa jadi dengan Zara selepas malam tu..." kata Airis.

Emir mengeluh kecil, "Dia kena tahan dengan pihak polis dan sekarang ni dia di pantau dekat hospital bahagia. Kalau ikutkan dia kena hukuman yang berat tapi disebabkan dia ada masalah mental, diorang tengah berbincang lagi." Ujar Emir.

Terkejut Airis mendengarnya. "Hospital bahagia??" tanya Airis. Emir hanya mengangguk.

"Erm...Ris tahu kalau Ris mintak ni mesti abang tak bagikan. Tapi Ris nak sangat..." kata Airis dengan pandangan yang penuh harapan.

Emir mengerutkan keningnya dengar permintaan Airis yang tak berapa jelas. "Sayang nak apa? Untuk Ris apa-apa je abang sanggup buatkan."

"Erm.. Ris nak lawat Zara boleh?" tanya Airis dengan berhati-hati.

Permintaan Airis yang tak dijangkakan itu terus membuatkan Emir untuk membantah. "Ha? Tak payah la sayang. Buat apa lawat dia, buat penat badan je." Kata Emir dengan nada tak suka.

"Abang...Ris nak lawat dia je, nak tengok keadaan dia macam mana." Pujuk Airis lagi.

"No. Abang ta-" kata-kata Emir dipintas Airis dengan cepat.

"Ris tahu yang dia dah buat salah besar dekat kita. Tapi takkan kita pun nak berdendam dengan dia kan abang?" kata Airis sambil menatap wajah muram suaminya.

"Kalau abang tak nak kasi Ris tengok dari jarak dekat. Dari jarak jauh pun Ris okay abang. Pleaseee" sambung Airis. Dia merayu dengan mata comelnya. Satu kelemahan Emir, tak boleh tengok mata isterinya bila dia buat begitu.

Emir menarik nafas panjang sebelum bersuara, "Ris tahu je kan nak pujuk abang macam mana." Emir mencuit hidung Airis, membuatkan Airis tergelak. "Hm okay..nanti-nanti abang bawak Ris pergi sana tapi Ris tengok dari jarak jauh je." Pesan Emir dengan suara tegas.

Airis tersenyum lebar, "Terima kasih abang!" Kata Airis dengan ceria lalu dia mengucup pipi Emir dengan cepat. Emir turut tersenyum.

"Macam mana sayang harini? Anak papa naughty ke dalam tu." Emir menukar topik. Dia memegang perut Airis yang semakin membesar itu.

"Hm naughty. Anak papa harini asik menendang je." Kata Airis dengan suara yang dibuat-buat.

Emir tergelak kecil "Ya? Ke mama dia yang naughty tak reti duduk diam." Seraya itu Emir terasa tendangan dari si kecil yang berada dalam kandungan Airis.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now