Mereka ada gap 4 hari sebelum paper yang terakhir. Bersungguh-sungguh diorang ingin menolong Emir. Airis juga turut berjumpa dengan guru disiplin tanpa pengetahuan Emir. Dia mahu memberitahu kepada guru disiplin yang Emir tidak bersalah.
"Cikgu, saya bukan nak menangkan Emir. Tapi memang betul cikgu Emir tak bersalah. Nota tu tak ada bawah meja dia cikgu. Pada hari kejadian saya sendiri yang masuk bersama Emir dalam dewan peperiksaan tu. Saya cuma nampak dia bawa alat tulis sahaja." Kata Airis. Dia cuba menyakinkan gurunya walaupun sudah berkali-kali cikgu disiplinnya menidakkan kata-kata Airis.
"Saya duduk di sebelah dia semasa exam cikgu. Saya tak nampak pun dia lakukan perkara yang mencurigakan masa exam. Percaya cakap saya cikgu. Saya rasa ada orang nak aniaya Emir." Sambungnya lagi.
Cikgu disiplinnya memandang Airis dengan lama. "Awak yakin Airis dia tak bersalah?" tanya cikgu disiplinnya sekali lagi.
Airis mengangguk. "Ya saya yakin cikgu. Saya, Dahlia, Lukman dan Amsyar selalu buat ulang kaji dengan dia bersama cikgu. Tak mungkin dia akan meniru sebab saya tahu dia berusaha sedaya upaya dia nak lulus exam penting ni cikgu" kata Airis.
"Baik saya percaya cakap kamu Airis. Tapi ingat lepasni kalau berlaku lagi saya tak akan bagi muka dekat sesiapa lagi. Kamu boleh beri nota ni kepada Emir semula." Kata cikgunya sambil menghulurkan kertas itu.
"Terima kasih cikgu" kata Airis sambil tersenyum lalu mengambil kertas tersebut.
*KLIK*
'Lagi mudah kerja aku lepasni. Gambar ni boleh bagi dekat Emir.' Tersenyum jahat Zara disitu.
Pintu bilik gurunya itu memang dibiarkan terbuka sedikit dari tadi. Jadinya sesiapa yang lalu berdekatan situ boleh nampak apa yang jadi. Tidak sangka dek Zara bahawa dia dapat menangkap gambar yang boleh menjadi salah faham antara Airis dan Emir.
Selepas habis paper yang terakhir, Emir berlalu pergi ke bilik guru disiplinnya. Emir keluar dengan gembira dari bilik guru apabila cikgunya memberitahu yang dia tidak bersalah lagi. Emir ingin berlalu pergi dari situ tetapi langkahnya ditahan oleh Zara.
Emir memandang ke arah Zara dengan riak menyampah. "Tepi aku nak lalu"
"Jap Emir boleh kita cakap sekejap? I ada benda nak cakap dengan you." Kata Zara.
"Sorry aku tak ada masa nak cakap dengan kau. Tepi." Emir menolak Zara ke tepi lalu menyambung perjalanannya.
"I tahu siapa yang nak aniaya you Emir!" kata Zara dengan nada yang kuat. Nasib tiada sesiapa di situ.
Terus langkah Emir mati di situ.
🌷🌷🌷
Mereka berempat menunggu Emir di kawasan taman sekolah. Masih ramai yang belum pulang lagi memandangkan ini adalah kali terakhir mereka akan berada di sekolah, jadi semua sedang meluangkan masa dan menangkap gambar untuk dijadikan kenangan yang indah.
"Mesti Emir gembirakan sebab dia tak bersalah." Kata Amsyar. Mereka hanya mengangguk tanda setuju.
"Ni semua sebab kau Airis. Kalau kau tak rajin untuk hadap cikgu tu hari-hari mesti masalah ni tak akan selesai." Kata Dahlia.
"Tak ada lah. Aku tolong mana yang mampu je" kata Airis.
"Tu Emir" Lukman menunjuk ke arah Emir yang sedang berjalan ke arah mereka. Tetapi bukan dengan riak gembira tapi bengis. "Jap kenapa dia macam tak happy..." kata Amsyar.
Airis yang melihatnya juga rasa takut. Dia berasa tidak sedap hati.
Emir berjalan dengan pantas ke arah mereka berempat. 'KAU!" ditolak tubuh Airis tetapi nasib Dahlia sempat menahan Airis dari jatuh. Terkejut bukan main semua melihat tindakan Emir itu. Suara Emir yang kuat itu cukup membuatkan mereka menjadi perhatian pelajar-pelajar yang berada di situ.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...