Sejak dia mendapat tahu tentang kejadian kemalangan itu adalah secara sengaja dan ia merupakan satu cubaan untuk membunuhnya . Airis kerap kali termenung dan tidak memberi fokus sepenuhnya. Fikirannya kian terganggu dengan masalah itu.
Dia juga sangat serabut di tempat kerja bila mana Arif masih cuba untuk rapat dengannya setelah dia menolak lelaki itu. Airis cuba untuk menjauhi dari Arif tapi lelaki itu tidak memahaminya.
"Hey, kau okey tak? Asyik termenung je sejak kebelakangan ni," tegur Mawar, yang kini duduk di sebelahnya.
Airis menghela nafas panjang, melepaskan pen yang dipegangnya dengan lembut. "Aku tak tahulah, Mawar. Aku takut. Fikiran aku serabut sangat sekarang. Kejadian tu... dengan Arif yang tak habis-habis kacau aku." Dia mengeluh berat.
"Jangan fikir sangat pasal kemalangan tu, Airis. Kitorang ada untuk tolong kau. Emir pun mesti takkan biar orang yang buat ni terlepas. Kau selamat, percayalah," Mawar cuba menenangkan, suaranya lembut.
"Dan pasal Arif, aku dah cakap dari dulu, kan? Kau kata dia tak serius, tapi tengok sekarang. Kau dah tolak, tapi dia masih nak dekat. Abaikan je lah dia, lama-lama dia akan bosan sendiri." Mawar membebel panjang lebar.
Airis tersenyum kecil, meski hati masih berserabut. "Kau ni, tak membantu pun. Aku tengah serabut, kau bebel pulak."
Mawar mendengus kecil, jelas tidak puas hati. "Eh, aku bebel ni untuk kebaikan kau, tahu? Ingat apa aku cakap tadi, jangan layan dia langsung."
"Ye lah, ye lah," jawab Airis pasrah, senyum nipis menghiasi wajahnya. Mawar hanya menggeleng kepala.
Perbualan mereka terhenti apabila Tengku Zarif melangkah masuk ke pejabat, ditemani seorang wanita yang tidak dikenali.
"Baiklah, semua. Mulai hari ini, kita ada staf baru." Suara Tengku Zarif, CEO baru syarikat itu bergema di seluruh pejabat.
"Ini Raisa Mikayla, staf baru kita, dan dia akan berada di bawah bimbingan Airis," jelas Tengku Zarif.
Airis yang mendengar namanya disebut, membulatkan matanya. 'Ah, tolonglah dia ni tak menambah serabut di kepala aku,' bisiknya dalam hati.
"Airis, boleh kan bantu Raisa dalam kerja-kerja di sini? Dia fresh graduate, jadi saya harap awak boleh beri tunjuk ajar," kata Tengku Zarif kepada Airis.
Airis tersenyum, walau hatinya berdebar. "Boleh, Tengku." Tengku Zarif memberi senyuman selepas mendengar jawapan Airis. Sebelum dia melangkah pergi sempat lagi dia mengucapkan tahniah kepada Raisa sebab dah jadi sebahagian dari syarikat tu.
Dia kemudian menghulurkan salam kepada Raisa dengan senyuman. "Saya Airis Emyra. Panggil saja Airis."
Raisa membalas salam dengan senyuman lembut. "Raisa Mikayla. Boleh panggil Raisa. Terima kasih sebab sudi bimbing saya."
Airis mengangguk. "No problem, Raisa. Nanti saya bawa awak melawat sekeliling syarikat, perkenalkan awak kepada setiap department, dan terangkan tugas-tugas awak."
"Terima kasih, Cik Airis," kata Raisa dengan suara malu-malu.
"Jom, saya tunjuk tempat awak." Airis mengajak Raisa ke tempat kerjanya.
"Ini tempat awak, Raisa. Kalau ada apa-apa, cari saya di bilik, ya? Nanti dalam tengah hari saya bawa awak berjumpa dengan semua department."
"Baik, Cik Airis. Terima kasih sekali lagi."
Airis tersenyum sebelum kembali ke tempatnya untuk menyelesaikan kerja. Dia menghela nafas panjang, terasa lelah dengan segala yang berlaku.
Mawar yang mendengar helaan itu segera berpaling. "Lain macam kau mengeluh. Relax lah, aku yakin kau boleh handle staf baru tu. Tengku Zarif bagi kau tugas tu sebab dia percaya kau. Mana tahu, nanti dia naikkan gaji kau sekali!" ketawa Mawar.
Airis tertawa kecil, menggelengkan kepala. "Ah, ada-ada je kau ni. Tak ada la sampai macam tu. Aku tak kisah pun handle Raisa, cuma... kepala aku dah serabut sangat sekarang. Takut makin bertambah je nanti."
"Tenanglah, Raisa tu nampak macam okey je. Aku rasa kau boleh handle dia."
Airis hanya tersenyum tipis, walaupun keresahan masih mengusik benaknya.
🌷🌷🌷
Pada waktu malam yang redup , Emir dan keluarganya menikmati makan malam bersama. Dari tadi lagi Emir menguis-nguis makanannya dan tidak menjamah langsung. Orang lain semua dah nak habis makan, dia tak luak-luak lagi. Dato' Amar dan Datin Emma berpandangan antara satu sama lain bila melihat anak mereka itu.
Datin Emma memecah kesunyian, suaranya lembut tetapi prihatin. "Kenapa Emir tak makan? Tak sedap ke masakan mama ni?"
Emir tersentak, dia baru tersedar dari lamunan. "Ha? Eh, sedap je, mama," jawabnya sepintas lalu, cuba menutupi rasa gelisahnya.
"Habis kalau sedap, kenapa tak makan? Orang lain semua dah habis. Tu, adik kamu dah tambah dua kali." Datin Emma memandang ke arah Aisy, yang sedang menikmati suapan terakhirnya. Tersedak Aisy mendengar dirinya disebut.
Dato' Amar memandang Emir dengan raut wajah serius tetapi tenang. "Emir, kamu fikir apa sebenarnya? Nampak macam serabut je."
Emir menarik nafas dalam-dalam, lalu menggumam perlahan, "Emir nak kahwin."
"Hah?" Datin Emma tidak menangkap kata-kata anaknya.
"Emir nak kahwin, ma, pa," ulang Emir, kali ini dengan lebih jelas dan serius.
Datin Emma dan Dato' Amar terkedu, sementara Aisy yang sedang meneguk air, terus tersembur mendengar kata-kata abangnya. Nasib baik tak ada siapa di depannya.
"Ha?! Kau nak kahwin, ngah?" tanya Aisy dengan riak tak percaya, matanya membesar memandang abangnya.
"Kamu serius ke ni, Emir?" Dato' Amar memandang anaknya penuh teliti.
Datin Emma pula menyoal dengan lebih lembut, "Betul ke ni, Emir? Kamu nak kahwin dengan siapa?"
Bertubi-tubi soalan diberikan oleh keluarganya. Dia mengangguk yakin sambil memandang ibu bapanya dengan tenang.
"Betul, ma, pa. Emir serius. Emir nak kahwin dengan Airis. Kalau mama dan papa tak kisah, Emir nak minta tolong..." kata Emir dengan nada bersungguh.
Senyuman perlahan-lahan terukir di wajah Dato' Amar dan Datin Emma. Mereka memang sudah lama berhasrat untuk jadikan Airis sebagai menantu mereka. Akhirnya, termakbul juga doa mereka. Datin Emma menggenggam tangan anaknya, penuh kasih.
"Mama dan papa tak kisah, Emir. Airis memang calon terbaik. Kami restu," kata Datin Emma dengan penuh keyakinan.
"Kamu nak mama dengan papa tolong apa?" tanya Dato' Amar dengan senyuman lembut di bibirnya.
"Emir nak mama dan papa masuk meminang Airis. Pasal cincin, Emir dah sediakan. Tapi kalau Airis tolak, Emir terima dengan hati terbuka. Emir tak nak paksa dia lagi." Emir tersenyum tipis, pasrah dengan segala kemungkinan.
Datin Emma membalas dengan penuh keyakinan, "Insya-Allah, Emir. Buat solat hajat, doa yang baik-baik. Hujung minggu ni, mama dengan papa akan pergi meminang Airis."
Emir hanya tersenyum, lega dengan keputusan yang dibuat. Dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi, namun jika gadis itu menerima, dia akan sangat bersyukur. Jika tidak, dia rela menerima takdirnya.
"Yeay! Angah nak kahwin! Tambah lagi ahli keluarga kita. Tapi... nanti aku mesti kena jaga anak kau kan, Angah, macam aku jaga anak Kak Erin?" Aisy bersorak ceria, tapi kemudian mukanya berubah cemberut memikirkan nasibnya sebagai 'babysitter' tanpa gaji lagi.
Seluruh keluarga tergelak mendengar keluhan Aisy.
"Mesti lah! Kau kan babysitter rasmi dekat rumah ni," balas Emir dengan tawa kecil, menepuk belakang adiknya dengan gurauan.
Aisy hanya menjeling tajam ke arah abangnya.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...