Selesai saja majlis persandingan, mereka berdua bergerak pula ke sesi photoshoot outdoor untuk kenangan. Sesi photoshoot berjalan dengan sangat lancar dan pantas. Gambar yang diambil juga semua lawa-lawa.
Tepat pukul 10 malam, Emir selamat memandu pulang ke rumah keluarganya. Malam ni mereka akan bermalam di rumah keluarga Emir. Emir memarkir kereta Mercedes nya di tempat yang disediakan. Dia menutup enjin kereta lalu melihat ke sebelahnya. Airis yang sedang tidur lena itu ditenungnya.
'Penat sangat sayang saya ni...' guman Emir sendirian sambil tersenyum kecil. Badannya juga terasa letih kerana seharian mereka meluangkan masa untuk majlis mereka. Emir keluar dari perut kereta dan menutup pintunaa dengan perlahan sebelum membuka pintu sebelah Airis pula.
Dengan penuh cermat, Emir melepaskan tali pinggang keselamatan Airis dan merangkulnya lembut, satu tangan di belakang dan satu lagi di pelipat kakinya. Namun, saat dia hendak mendukung, Airis mengeliat kecil. Emir pantas menidurkannya semula seperti anak kecil.
'shh shh'
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumah, Datin Emma menegurnya. Keluarganya sedang duduk di ruang tamu sambil mengemaskan barang-barang majlis tadi
"Eh Emir balik dah. Penat sangat Airis tu." Tanya Datin Emma pada anaknya. Tersenyum dia melihat anak menantunya sudah pulang.
"Ya ma. Tu la ma mungkin sebab seharian majlis, tu dia masuk kereta tadi terus lena." Kata Emir dengan nada perlahan.
Datin Emma senyum saja. "Pergilah naik dulu, rehatkan badan. Mesti mir pun penatkan. Jangan risau pasal barang-barang ni semua nanti kami tolong kemaskan." Kata Datin Emma dengan penuh lembut.
Dato' Amar yang turut berada di situ juga bersuara. "Betul tu mir. Pergi je lah naik mesti kamu berdua penat."
Emir membalas dengan senyuman. "Baik ma, pa. Emir naik dulu. Terima kasih sebab banyak tolong kitorang harini." Emir menunduk sedikit pada ibu bapanya sebelum melangkah naik ke biliknya.
Masuk sahaja ke biliknya, Emir terus meletakkan Airis di atas katil dengan perlahan-lahan. Dia termenung seketika, memikirkan sama ada perlu mengejutkan isterinya atau tidak.
'Perlu kot takkan dia tak nak mandi? Seharian kot dekat luar' guman Emir sendirian.
Lantas dia mengejut Airis dengan lembut, "Airis bangun" dia menepuk-nepuk lengan gadis itu.
Masih sama tiada respon dari Airis lalu dia mengusap pipi isterinya pula. "Sayang bangun, bersihkan diri dulu baru tidur balik."
Airis yang terasa sentuhan itu lantas menepis, "jangan kacau ris lah abang" kata Airis yang masih mamai dalam tidurnya. Dia ingat abangnya yang sedang kacaunya sekarang ni.
Emir yang mendengar panggilan itu sudah terdiam. 'dia panggil aku ke?' gumam hatinya tapi ada terselit senyuman kecil
"Hey, bangun lah. Mandi dulu baru tidur balik." Emir kembali menepuknya semula.
Airis yang terasa tidurnya diganggu lalu membuka matanya slow-slow. Dipandang sekeliling terasa lain. 'ini bukan bilik aku..bilik siapa ni?' kata hatinya
"Sedar dah?" Suara itu mengejutkan Airis lalu dia terjerit kecil bila nampak Emir di sisinya. Emir lantas menutup mulut Airis bila isterinya menjerit. Takut jikalau keluarganya berfikir bukan-bukan.
Airis menurunkan tangan Emir di mulutnya perlahan-lahan. "A...awak buat apa kat sini. Saya dekat mana ni." Tanya Airis keliru.
"Tu la tidur tak basuh kaki. Saya kan dah jadi suami awak. Jadi ni bilik kita lah, kita tidur dekat rumah parents saya malam ni." Kata Emir sambil mencubit pipi Airis.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...