"Zara Amanda! Stop it!" Emir mengherdik, nadanya tajam penuh kemarahan. Nafasnya terhenti seketika melihat Zara yang hampir menikam Airis sebentar tadi. Jika dia terlambat hanya beberapa saat, mungkin Airis sudah tiada di hadapannya. Langkahnya perlahan namun pasti, wajahnya dingin saat mendekati mereka.
Zara yang menyedari kehadiran Emir semakin hampir, terus menarik Airis dengan kasar, memaksanya berdiri. Pisau di tangannya kini diacukan ke leher Airis. Airis tersentak, menahan kesakitan di perut yang masih belum reda, kini ditambah dengan ancaman pisau di lehernya.
"Kau datang lagi dekat, aku bunuh isteri kau!" Zara mengancam, wajahnya tegang, matanya tajam.
Emir segera menghentikan langkahnya, tatapan matanya dipenuhi kemarahan. Tangannya mengepal erat, melihat darah mengalir dari torehan di tangan Airis. "Zara... letakkan pisau itu," kata Emir, nadanya kini lebih tenang. Dia tidak mahu menambah lagi kekacauan. Satu langkah perlahan diambilnya ke hadapan.
"Jangan dekat! Kau nak aku bunuh dia sekarang?" Zara semakin menggertak, pisau di tangannya semakin rapat ke kulit leher Airis.
Airis menggigil dan air mata mula mengalir di pipinya. "Ja...jangan abang..." Airis merayu, suaranya bergetar penuh ketakutan.
Emir menggigit bibirnya, hatinya pedih melihat Airis dalam keadaan begitu. "Zara... lepaskan isteri aku. Kalau kau nak balas dendam, ambil nyawa aku, jangan sakiti dia. Airis tak bersalah." Rayuan Emir penuh ketulusan. Dia tidak peduli jika dirinya kelihatan lemah sekarang. Apa yang penting adalah keselamatan isteri dan anak mereka.
Zara tergelak sinis. "Emir... ini tak adil. Aku kehilangan semua yang aku sayang, tapi kau? Kau masih punya segalanya!" Bentaknya. Suaranya bergetar dengan rasa dendam yang membara.
Emir cuba membalas dengan suara penuh kesabaran. "Itu bukan salah aku, Zara. Kau yang buat pilihan. Kau yang hilangkan keluarga kau sendiri."
"Aku takkan lakukan semua itu kalau kau tak mulakan dulu! Kau ingat lepas kau report dekat cikgu dulu, hidup aku musnah! Parents aku buang aku macam sampah! Aku tak ada sesiapa lagi!" Zara semakin marah, emosinya memuncak.
Pisau di tangan Zara semakin rapat ke leher Airis sehingga luka kecil mula muncul. Airis berdecit, menahan pedih dan air matanya semakin deras mengalir. Mata Emir membulat, rasa cemas semakin bertandang dalam hatinya.
"Zara, stop! Okay, kau nak aku buat apa? Aku sanggup buat apa saja, asalkan kau lepaskan isteri aku," rayu Emir lagi, suaranya kini serak menahan emosi.
Zara tersenyum sinis. "Apa-apa saja?" Tanya Zara dengan wajahnya dingin.
"Ya, apa saja. Asalkan kau lepaskan dia dulu," balas Emir, nada suaranya mendatar dan matanya memandang tajam.
Zara memandang Emir dengan penuh keraguan. "Bunuh anak dalam kandungan isteri kau." Perkataan itu keluar dari mulut Zara, begitu kejam dan tidak berperasaan.
Emir dan Airis tersentak. Permintaan itu bagai petir yang menyambar. Kawan-kawan Emir yang berada di luar rumah turut terpaku.
"Kau gila?!" Emir membentak, hatinya berkecamuk.
"Kau kata kau sanggup lakukan apa saja?" Zara menjawab sinis, senyumannya penuh dengan kebencian. "Fair, kan? Aku pembunuh, kau pun sama."
Airis segera menggeleng, suaranya teresak-esak. "Jangan, abang! Jangan dengar cakap dia!" rayu Airis, tubuhnya bergetar.
"Kau diam perempuan!" Zara mengeratkan lagi pegangannya dan pisau tadi sudah diacu pada perut Airis pula.
"Kalau kau tak buat...Aku yang akan buat." Zara mengugut lagi.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...