"Risau jugak awak dekat saya ye"
Airis yang mendengar panggilan itu sudah berubah terus memandang wajah Emir dengan wajah yang berkerut. "A-apa awak cakap?" Tanya Airis.
"Saya kata risau jugak awak dekat saya." Emir mengulang kata-katanya dengan riak biasa
"A-awak berlakon? Awak berlakon tak kenal saya Emir?" Airis melepaskan tangannya.
Bila dia melihat Emir hanya diam merenungnya lagi rasa marah Airis. Dia rasa diperbodohkan oleh lelaki itu.
"Awak ingat kelakar ke gurau macam ni, Emir! Saya mati-mati ingat awak memang tak ingat saya! Awak tahu tak saya selalu salahkan diri saya sebab awak cedera!" Airis menaikkan satu oktaf suaranya dan air matanya turut mengalir. Tidak terkira berapa kali Airis mengalirkan air matanya sejak kejadian yang lepas.
Emir yang melihat Airis betul-betul marah dan sudah menangis itu sudah gelabah. Terus dia duduk tegak untuk mendekatkan jarak mereka.
"Maaf... saya tak berniat nak buat awak menangis lagi. Saya cuma... nak tahu sejauh mana awak risaukan saya." Kata Emir dengan suara memujuk.
"Jangan lah menangis lagi, saya tak boleh nak peluk awak tau. Kita belum kawin lagi, so haram." Emir cuba bergurau dalam situasi yang serius ini.
"Tak kelakar lah Emir. Siapa yang nak kahwin dengan awak? Dah la saya malas duduk sini, saya nak balik. Saya benci awak." Airis ingin berlalu pergi dari situ.
'Menyakitkan hati betul duduk sini' guman hatinya.
"Airis tunggu kejap! Aaargh" Emir cuba mengejarnya dengan terburu-buru. Tangan yang patah itu terhentak di penghadang katil, membuatnya meringis.
Airis yang mendengar Emir mengadu sakit itu terus dia bergerak semula ke arah lelaki itu. Lelaki itu sudah terbongkok-bongkok menahan sakit di tangannya .
"Eh awak okay tak? Nak saya panggil doktor?" Kata Airis dengan cemas.
Emir tersenyum. Suka sangat lelaki ini kenakan Airis. "Argh, sakit...tapi hati saya lagi sakit..." Emir berlakon dengan mengerutkan keningnya tanda menahan kesakitan.
"Hati awak sakit?" Tanya Airis keliru
Emir mengangguk. "Hati saya sakit... bila awak tinggalkan saya." Kata Emir dengan senyuman nipis.
"Ish! Main-main lah! Awak baring sekarang. Gatal sangat bangun mendapat lah sakit tu. Saya panggil doktor kejap." Airis memukul bahu Emir dengan kuat sebelum dia mahu menekan button panggilan doktor.
"Auch sakitlah, tak pasal-pasal bahu saya pulak retak. Tak payah panggil doktor, awak ada dekat sini pun cukup untuk sembuhkan saya." Kata Emir
"Duduk sekarang." Emir mengarahkan Airis untuk duduk di kerusi yang disediakan.
Airis memberi jelingan yang tajam lalu duduk di kerusi tersebut. "Geli lah saya dengar." Katanya dengan membuat roll eyes tanda meluat.
"Ala geli-geli pun, kenapa pipi awak merah?" Tanya Emir dengan sengaja
"Eh mana ada!" Airis memegang pipinya.
Emir ketawa melihat gelagat Airis itu. "Awak tahu tak, awak comel bila malu?" kata Emir sambil memandangnya.
"Diam lah!"
Airis menjeling lagi, tetapi kali ini dia tak dapat menahan perasaannya. Suasana di antara mereka tiba-tiba berubah, menjadi lebih sunyi dan berat. Tanpa diduga, Airis bersuara, suaranya bergetar
"Kenapa awak buat macam tu?"
"Huh? Buat macam mana?" Tanya Emir dengan kening berkerut.
"Kenapa awak selamatkan saya? Ni kali kedua awak bahayakan diri awak sendiri.." Tanya Airis
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...