Airis tidak menghiraukan panggilan itu, dia teruskan saja langkahnya tanpa hala tuju. Emir terus mengejarnya. Ya dia mesti bercakap dengan Airis sekarang jugak, dia perlu betulkan semuanya. Dia tak nak kehilangan gadis itu lagi.
"Airis Emyra Binti Azhar Emran" sebutnya dengan nada tegas.
Terhenti langkah Airis apabila mendengar nama penuhnya disebut oleh si dia. Ya, suara itu sangat familiar. Sudah 6 tahun mereka tidak bertemu, alangkah terkejutnya dia apabila bertemu semasa lelaki itu menjadi partner projek untuk syarikat yang dia berkerja sekarang ini.
Dengan penuh karisma, lelaki itu berjalan ke depan Airis. "It's been a while since I saw you, Airis" sambil tersenyum memandang ke arah Airis.
"Erm sorry Encik Emir, I need to go, saya dah lambat banyak kerja yang saya kena buat. And for your information Encik Emir, my name is not Airis" kata Airis dengan tidak beriak. Airis ingin meneruskan langkahnya tapi langkahnya dihalang bila Emir memegang lengannya yang berlapik dengan blouse putih.
"Wait, I know you're Airis. We were classmates 6 years ago. Stop acting like we don't know each other, Airis." Kata Emir
"Don't touch me." Tangannya di rentap kasar dari pegangan Emir.
"Ye memang dulu awak satu kelas dengan Airis tapi bukan dengan Emyra. Sekarang depan awak ni Emyra. Airis dah lama mati sejak 6 tahun yang lepas. Emyra bukan macam Airis yang awak senang-senang nak buli dia, fitnah dia, malukan dia dan perbodohkan dia!" kata Airis dengan nada tertahan. Emir terdiam mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Airis itu. Gadis di depannya sudah berubah, tidak lagi selembut dan seceria seperti dulu.
'Sampai begitu sekali kah gadis itu sakit hati dengannya?' kata hati Emir.
"Tapi Airis. Saya-" tidak sempat dia ingin menghabiskan kata-katanya, percakapannya dipotong oleh seseorang.
"AIRIS EMYRAAA cepatlah nanti lambat nak masuk kerja ni, waktu lunch dah nak habis" kata Mawar merangkap kawan baiknya itu yang dah menunggunya di pintu kereta.
'Ceh tadi bukan main membebel dekat aku kata korbankan masa lunch la apa lah. Ni dia yang duk beramah mesra dengan Encik CEO tu.' kata hati Mawar
"Stop kacau saya dan anggap yang kita tak pernah kenal. Kita cuma rakan sekerja saja. And last, stop calling me Airis." Airis terus bukak langkahnya menuju ke Mawar.
Emir terdiam. Dia tidak sangka gadis yang dulunya nerd dan nampak ceria itu sudah berubah menjadi seorang yang garang dan dingin. Ini semua salahnya, kerana sikapnya yang sanggup memalukan gadis itu perkara ini tidak akan jadi. Dia mengaku sejak perkara 6 tahun yang lepas itu berlaku, dia rasa bersalah dengan gadis itu. Kalau lah Lukman dan Amsyar tak memberi ceramah kepadanya haritu, rasanya dia takkan nampak yang perbuatannya itu sangat melampau. Dia mahu meminta maaf tetapi sudah terlambat, gadis itu telah berpindah ke overseas.
🌷🌷🌷
"Moody je weh. Okay tak?" tanya Amsyar pada Emir. Sejak mereka pergi ke gym tadi sampailah ke restoran, kawan dia ni macam tiada mood. Macam dalam masalah besar.
Emir yang sedang mengacau air menggunakan straw itu terus mengeluh.
"Uih macam berat sangat je masalahnya tu." Kata Lukman. "Cerita la bro mana tahu kitorang boleh tolong?" sambung Amsyar.
"Memang besar masalahnya." Emir mengeluh lagi. "Aku jumpa Airis tapi dia dah lain." Kata Emir dengan tidak bersemangat.
"Ha? Airis? Airis mana Airis kita ke?" tanya Lukman dengan muka keliru.
"Ya Airis kita. Airis Emyra." Balas Emir pendek.
"Jap...Jap jadinya orang yang kau nampak haritu memang Airis? Betul-betul Airis?" tanya Amsyar lagi.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...