BAB 17

556 20 0
                                    

Sudah beberapa bulan Emir tidak datang ke rumah gadis itu untuk memujuknya lagi. Dia mahu memberikan ruang untuk gadis itu lega dahulu.

"Woi jauh termenung." Tegur Amsyar.

"Hm" balas Emir lalu dia minum air coffee yang berada di depannya.

"Dah macam orang putus cinta aku tengok kau ni mir." Kata Lukman.

"Aku tak tahu la weh. Aku dah cuba untuk minta maaf dengan dia tapi dia yang lari dari aku. Aku tak tahu macam mana lagi. Dah berbulan benda tu jadi tapi aku masih tak dapat kemaafan dari dia. Aku rasa kosong." Emir menolak rambutnya kebelakang tanda dia stress.

"Tak apa Mir. Usaha kau nak mohon kemaafan dari dia tu tak akan kecewakan kau. Dia sama ada lambat atau cepat je." Kata Lukman untuk memujuk kawannya itu. Tu la cakap tak guna otak mendapat lah.

"Tu la kau, benda kecik je tapi kau besar-besarkan. Kau kena tahu hati perempuan ni lembut selembut tisu. Kalau ayat kau tu sangat menyakitkan dia, hati dia boleh jadi keras sekeras batu." Lantas bahu Amsyar ditepuk oleh Lukman. "Kau nii" Lukman menggelengkan kepalanya.

"Betullah apa yang aku cakap." Balas Amsyar.

"Ye aku tahu aku salah. Aku dah sedar pun" kata Emir.

"Ala tak yah la serabut sangat. Esok kan result keluar mesti dia datang punya nak amik result. Kau pergi la jumpa dia." Kata Amsyar lagi

Emir baru teringat pasal hal itu. "Thanks do ingatkan aku"

Orang semua tengah sibuk risaukan keputusan SPM, dia tengah serabut memikiran cara meminta maaf dengan gadis itu. Ish ish.

🌷🌷🌷

Tiba la hari yang berdebarkan buat semua pelajar, ya keputusan SPM.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi semua. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir untuk majlis keputusan SPM bagi tahun 2018. Untuk pengetahuan ibu bapa semua, peratusan kecemerlangan sekolah kita mengalami peningkatan dari tahun lepas. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mencuba sedaya upaya dalam peperiksaan SPM yang lepas. Untuk makluman semua sekolah kita terdapat 2 orang pelajar straight A." ucap pengetua itu. Ucapan pengetua itu diakhiri dengan tepukan oleh semua yang hadir pada haritu.

Emir tidak fokus akan apa yang diucapkan oleh pengetuanya. Dia sibuk mencari kelibat seseorang, ye gadis yang dia tertunggu-tunggu. 'Tak mungkin dia tak datang hari bersejarah ni.' Kata hati Emir.

Majlis diteruskan dengan pengumuman keputusan cemerlang sehingga la sampai ke pelajar straight A. Emir memang tidak letak harapan untuk mendapat keputusan cemerlang sebab dia tahu dia tak sepandai macam Airis, dia hanya manusia biasa saja yang banyak lalai.

"Okay, sekarang kita beralih kepada pelajar cemerlang SPM untuk tahun 2018. Pelajar yang pertama adalah..." Cikgu Zurina sebagai pengacara majlis menghentikan kata-katanya untuk membuat rasa debaran lagi.

"EMIR AYDEN BIN DATO' AMAR MUKHLIS" kata gurunya itu lalu tepukan diberikan oleh semua orang. Terkejut kawan-kawannya mendengar nama tersebut apatah lagi tuan badan sendiri yang tidak menjangkakan itu.

"WOI EMIRR TAHNIAH BROO" kata Amsyar sambil menolak-nolak badan kawannya itu.

"GILAK EMIR PADU WOII" sambung Lukman pula.

"Diminta Emir Ayden untuk naik ke pentas bersama ibu bapanya." Kata cikgunya.

Emir bangun dengan riak yang masih tidak percaya. Dia pergi ke arah mama dan papanya.

"Tahniah anak mama. Mama bangga dengan Mir." Dicium dan peluk anaknya itu. Dato' Amar juga melakukan perkara yang sama. "Tahniah Mir." Emir hanya tersenyum lebar, dia dah berjaya. Dia dah berjaya buat mama papanya bangga dengan dirinya.

'Ini semua tak akan jadi tanpa bantuan kau,Airis.' Getus hati Emir.

"Baik seterusnya. Saya rasa semua dah boleh agak siapa dia. Pelajar cemerlang kita yang seterusnya adalah Airis Emyra Binti Azhar Emran." Kata Cikgu Zurina dengan penuh bangga.

Emir memandang sekeliling menunggu gadis itu untuk naik ke pantas malangnya tiada. "Maaf semua. Airis tidak dapat bersama dengan kita harini atas hal yang tak dapat dielakkan." Sambung gurunya lagi. Emir berasa pelik takkan Airis tak mengambil keputusannya.

"Tahniah Emir. Aku tak sangka kau dapat jadi best student siak" kata Amsyar sambil melagakan bahu mereka.

"Congrats bro" sambung Lukman. Emir tersenyum. "Tahniah jugak dekat korang. Kalau aku tak join study group dengan korang mungkin aku tak dapat keputusan macam ni." Kata Emir

"Bukan dekat kitorang. Airis. Dia yang banyak bantu kita semua sebenarnya." Kata Dahlia.

Mereka mengangguk termasuk Emir. "Dahlia, kau tahu kenapa Airis tak datang harini?" Emir bersuara. Emir berharap Dahlia akan memberitahunya sesuatu tapi hampa bila melihat Dahlia menggelengkan kepalanya.

"Sorry do mir. Aku tak tahu pape. Aku dah lama tak contact dia." Tipu Dahlia. Dulu ye dia marah dengan Emir sebab buat kawan dia macam tu tapi lama kelamaan dia rasa kesian kepada dua orang ni.

'Sorry aku terpaksa tipu kau sebab ni permintaan Airis' kata hatinya.

"Ouh... it's okay." Emir memberi senyum pasrah.

"Ala Emir kau boleh pergi rumah dia kan? Mana tahu dia ada dekat rumah dia sekarang? Hati dia dah lembut ke kan" Amsyar cuba meyakinkan Emir. "Okay aku cuba nanti" kata Emir.

🌷🌷🌷

"Mama"

Emir yang baru masuk dalam rumah itu terus memanggil Datin Emma yang berada di ruang tamu itu. Datin Emma yang sedang melihat drama di televisyen itu memandang Emir yang berada di pintu masuk.

"Ya? Kenapa Mir?" tanya Datin Emma.

"Tadi Mir lalu depan rumah Aunty Julia, kenapa rumah diorang kosong ma?" tanya Emir dengan rasa tidak sedap hati. Dia tak mengharapkan benda tu berlaku. Memang sebelum ni dia kadang-kadang nampak keluarga itu sedang mengemas pada hujung minggu.

"Ouh Emir tak tahu ke? Diorang akan pindah ke overseas harini, Uncle Azhar kena handle company yang ada di sana. Diorang baru je gerak tadi sebab tu Airis tak datang majlis tadi." Kata Datin Emma sambil melihat muka anaknya.

*DANG*

Benda yang dia tak nak dengar akhirnya didengari juga. Emir lantas mengambil kunci motor Kawasaki Ninja nya dan ingin berlalu pergi dari situ. Datin Emma yang melihat anaknya seperti kelam kabut lantas menahan anaknya.

"Eh Emir nak pergi mana ni sayang kelam kabut ni" tanya Datin Emma.

"Emir nak pergi airport mama. Emir nak jumpa Airis, Emir nak minta maaf dia dah banyak bantu Emir, mama" lantas dia menyalam tangan ibunya lalu bergerak ke motor Kawasaki Ninja miliknya. Lalu dia terus keluar dari perkarangan rumah itu.

"Hati-hati mir. Jangan bawak laju-laju." sempat Datin Emma memberi pesanan pada Emir. Dia risau dengan anaknya itu.

'Airis tunggu aku'

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now