Telefon yang berdering di atas meja menarik perhatian Airis. Nama ibunya terpapar di skrin, membuatkan senyum lebar menghiasi wajahnya. Tanpa berlengah, dia mencapai telefon untuk menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum, ibu! Ibu sihat?" Airis menyapa dengan nada ceria.
"Waalaikumussalam, Alhamdulillah ibu sihat. Ris dengan baby macam mana? Sihat?" tanya Puan Julia, suaranya lembut penuh kasih sayang.
"Alhamdulillah, kami sihat ibu. Tapi Ris asyik loya je jadi tak larat sangat," Airis mengadu perlahan dengan nada yang sedih
Puan Julia tergelak kecil. "Biasalah tu, Ris. Awal-awal mengandung memang macam ni. Nanti lama-lama hilanglah rasa loya tu."
Airis tersenyum kecil mendengar jawapan ibunya. "Hmm, kenapa ibu call Ris ni?"
“Ibu rasa tak sedap hati. Ris okey ke dekat sana? Emir mana?” tanya Puan Julia, ada nada bimbang dalam suaranya.
“Ouh, Ris okey je ibu. Jangan risau, tak ada apa-apa. Emir keluar sekejap jumpa kawan tadi.”
“Hm, mana ibu tak risau. Kamu tu dah berbadan dua sekarang, kena lebih berhati-hati. Kenapa tak suruh Emir hantar Ris ke rumah ibu? Bahaya tinggal sorang-sorang,” kata Puan Julia dengan sedikit tegas.
“Emir dah suruh Ris pergi rumah ibu tadi, tapi Ris yang tak nak. Ris rasa malas nak keluar rumah. Lagipun, Emir keluar sekejap je.”
“Sekejap tak sekejap, bahaya tu, Ris. Apa-apa boleh jadi. Degilnya anak ibu ni,” kata Puan Julia. Jelas dia bimbang dengan keselamatan anak perempuan dia sorang ni
Airis ketawa kecil. “Ehe, sorry ibu. Nanti-” kata-katanya terhenti apabila satu panggilan lain muncul di skrin telefon. 'Abang?'
“Ris? Nanti apa?” tanya Puan Julia yang menanti sambungan kata-kata anaknya.
“Ibu, Ris call balik nanti, ya? Emir call, mungkin ada hal penting,” jawab Airis cepat-cepat.
“Ouh okay, Ris. Tapi hati-hati tau. Kalau ada apa-apa, terus call ibu,” pesan Puan Julia. Hatinya berasa tidak tenang.
“Baik, ibu. Ris letak dulu. Assalamualaikum,” kata Airis yang kembali ceria sebelum menamatkan panggilan.
🌷🌷🌷
“Aku kena balik sekarang!” katanya cemas lalu dia terus bangkit dan berlalu dari situ. Detak jantungnya semakin laju memikirkan keselamatan Airis. Tak sempat kawan-kawannya menghalang, Emir sudah keluar dari kedai dengan tergesa-gesa.
Dengan tangan sedikit gementar, dia mencari nama Airis dalam list contactnya lalu dia call isterinya itu. Kali pertama, dia call tidak berangkat, membuatkan rasa risau dalam diri Emir semakin menebal. Emir cuba membuat panggilan lagi sekali, tapi sama juga tidak diangkat.
'Ya Allah, sayang mana ni? Angkat la call abang sayang...' katanya sendirian. Dengan rasa cemas dia cuba call lagi sekali dan kalini taliannya bersambung.
"Hello, abang? Ada ap-" tak sempat Ris habiskan kata-katanya, Emir sudah memotong terlebih dahulu.
"Sayang pergi mana? Abang call banyak kali tak angkat." Suaranya terdengar tegang.
Airis yang mendengar suara Emir berubah, mula merasa risau. "Sorry, tadi ibu call. Ris tak perasan panggilan abang masuk. Kenapa abang cemas sangat ni? Ada apa-apa jadi ke?" tanyanya, semakin ingin tahu.
Emir menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri sejenak. "Sayang, dengar cakap abang. Tutup semua tingkap dan pintu sekarang. Jangan buka selagi abang tak balik. Faham?"
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Roman d'amourmy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...