Suasana malam sunyi, hanya diselubungi bunyi deruan angin dan sesekali bunyi deruan kereta yang lalu-lalang. Di sebuah sudut parkir yang agak terpencil, Emir sudah berdiri tegak di sebelah keretanya dengan wajah yang jelas menunjukkan rasa tegang. Dia menunggu seseorang yang sudah lama mengelak darinya.
Tidak lama kemudian, kelihatan kelibat Arif sedang berjalan ke arahnya dengan memakai hoodie hitam. Arif nampak sedikif gelisah. Dia memandang sekeliling memastikan tiada siapa yang mengikutinya.
"Emir..." suara Arif tersekat-sekat. Dia dapat menjangkakan apa yang akan jadi selepas ini. Dan....
*BUK*
Sebaik sahaja Arif menghampirinya, Emir langsung tidak memberi ruang untuk berbasa-basi. Dia melayangkang satu tumbukan di pipi kanan Arif menyebabkan lelaki itu terundur kebelakang. Arif lantas memegang pipinya yang terasa pedih. Tangan Emir yang merah itu dibiarkan. Agak kuat juga tumbukan yang diberikan oleh Emir.
"Tu untuk apa yang kau dah buat dekat isteri aku." Kata Emir tegas, nadanya penuh dengan amarah yang cuba dikawal. Matanya jugak turut mencerlung tajam Arif.
"Kalau boleh aku nak bagi lebih lagi, tapi aku tak nak kotorkan tangan aku untuk orang tak guna macam kau!" Sambung Emir lagi.
Arif tidak cuba melawan, sebaliknya dia hanya menerima saja perbuatan dari Emir. Dia tahu memang patut dia layak di ajar kerana menyakiti orang yang dia sayang.
"Aku tahu aku salah. Tapi sumpah haritu aku tak terkawal, sampaikan Airis-" katanya tergantung bila Emir memintas.
"Tak terkawal? Kau tahu tak sikap tak terkawal kau tu, hampir bunuh isteri aku la sial!" Emir menghamburkan rasa marahnya yang sudah lama dia pendam. Bila teringat balik ketakutan isterinya, rasa marahnya mula menyerbu.
"Ye aku tahu. Aku minta maaf mir. Sumpah aku rasa serba salah sampai tak tahu nak berhadapan dengan korang macam mana." Kata Arif dengan nada serba salah.
"Minta maaf? Sesenang tu je kau minta maaf? Kalau ikutkan aku, aku nak bawak kau masuk balai, tapi atas permintaan Airis sendiri...dia tak nak aku buat macam tu. Kau tahu sebab apa? Sebab dia trauma kau akan sakitkan dia lagi kalau aku bertindak lebih!" marah Emir
Arif terdiam seketika. "Kalau kau nak masukkan aku dalam balai, aku okay. Tak payah aku duduk dekat dunia yang kejam ni." Kata Arif dengan maksud tersirat.
Kening Emir berkerut tanda tidak faham. "Apa maksud kau?"
"Kau kena berhati-hati mir. Dia makin menggila sekarang. Apa yang aku boleh cakapkan, Airis memang dalam bahaya. Sangat bahaya." Kata Arif dengan wajah serius.
Emir terdiam. Dia tak boleh biarkan Airis keseorangan."Kau tahu siapa orang tu?" Tanya Emir serius
Arif menggeleng. Dia terpaksa menipu disebabkan ibunya yang berada dalam keadaan bahaya sekarang ni. "Tak...aku tak tahu. Apa yang aku boleh cakapkan tu je. Kau kena berhati-hati dengan orang sekeliling kau, terutama orang sekeliling Airis." Ujar Arif.
"Sebelum aku bla, aku nak kau kirim salam dekat Airis dan cakap dengan dia aku minta maaf atas kejadian yang lepas. Aku pun minta maaf dengan kau sebab ganggu isteri kau. Aku sedar Airis bukan untuk aku, tapi untuk kau, Emir. Jaga dia baik-baik." Arif menepuk bahu Emir berkali-kali sebelum dia memakai mask dan menutup kepala hoodie semula sebelum pergi dari situ.
Emir terdiam mendengar kata-kata Arif. 'Jadi apa yang Amsyar cakap haritu betul? Arif mungkin bersama dengan seseorang? Tapi kenapa lelaki tu seakan-akan berahsia..."bisik hatinya
🌷🌷🌷
Mawar melangkah keluar dari sebuah kedai dengan membawa beberapa beg plastik yang berisi barang-barang dapur di tangan. Hari yang sudah lewat petang, dan matahari yang mula terbenam. Udara sejuk yang terasa, membuatkan Mawar menarik jaketnya ketubuh.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...