BAB 1

964 28 0
                                    

Riuh rendah suasana di rumah Encik Azhar pada hari minggu ini. Keluarga mereka sedang mengemas barang-barang memandang keluarga mereka akan berpindah ke bandar minggu depan. Encik Azhar dinaikkan pangkat jadi keluarga mereka akan berpindah sekali gus Airis turut menukar sekolahnya walaupun dia hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk menamatkan zaman persekolahannya.

"Abanggg!! Jangan lah kacau barang ris. Ris dah kemas dari semalam lagi" kata Airis dengan geram. Ye lah siapa je tak geram bila barang kesayangan yang dah disusun rapi dalam kotak dipunggah semula.

"Sorry la dik, abang ingat ni sampah tadi. Ris pun satu letak dekat kotak-kotak yang nak buang kenapa. So bukan salah abang la" kata Aakif sambil menahan ketawa kerana adiknya membuat muka mahu merajuk.

Dia dah lali dengan perangai adiknya sorang itu, dengan dia je lah adiknya akan bermanja ataupun dengan ayahnya. Airis boleh dikatakan seperti puteri di dalam rumah mereka.

"Abang, Ris apa bising-bising ni. Sampai keluar ibu dengan ayah dengar suara kamu berdua" tanya Puan Julia.

"Ni ibu, abang ni dia nak buang novel-novel kesayangan Airis tadi" Airis mengadu ke ibunya dengan memek muka sedih.

"Eee mengadu je tahu eh budak ni, ye la sorry abang tak sengaja. Mana Aakif tahu bu tu barang adik ye la member pergi letak dekat kotak yang isi barang nak buang. Sorry ye adik kesayanganku" Aakif berkata sambil mengosok rambut adiknya sehingga serabai.

"Eee abang rosak la rambut orang!! Ishh" marah Airis. Dia paling pantang kalau orang sentuh kepalanya tapi nasib la itu abang kalau tak dah lama kena luku orang tu.

"Dah-dah settlekan cepat semua ni, pastu naik bersihkan diri masing-masing and kita makan malam. Pastu boleh rehat esok kita nak gerak dah" cakap si ibu dengan tenangnya.

"Baik ibuu. Tapikan ibu boleh tak esok sebelum gerak Airis nak jumpa Mawar buat kali terakhir. Mana tahu lepas ni dah tak jumpa dia dah, dia lah satu-satunya bestie adik tau ibu." Tanya Airis dengan nada yang sayu. Siapa je tak sedih kalau kena berpisah dengan kawan yang dah lama dengan kita susah senang bersamakan.

"Boleh sayang, kenapa tak boleh pulak. Esok Airis bagi sekali ya kek coklat yang kita bagi tu dekat Mawar boleh dia rasa-rasa"

"YEAYY, thank you ibuu!! Airis sayang ibuu" lalu Airis mencium dan peluk Puan Julia sebelum berlalu untuk membersihkan dirinya.

"Eh takkan cium peluk ibu je, ayah tanak?" kata Encik Azhar yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. "Eh Airis pun sayang ayah jugak!!" Airis berlari ke ayahnya dan buat perkara yang sama kepada Encik Azhar.

"Okay lah adik dah la tu peluk cium ibu ayah ,pergi naik mandi. Busuk, sampai sini dah baunya" kata abangnya. Jealous la tu hehehe

"Eleh abang jealous kan podah, Suka hati Airis la nak buat apa hehe. Byee nak mandi duluu" berlari anak dia terus ke biliknya untuk bersihkan diri.







"Airis, jangan lupakan aku tau kat sini. Kau jaga diri kau baik-baik nanti kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Kalau ada masalah kau tak tahu nak kongsi dengan siapa kau chat call je aku, aku ada bole dengar masalah kau tau. Jangan selalu overthinking, kau la satu-satu kawan baik yang paling baik la aku ada" pesan Mawar dengan panjang lebarnya dekat kawan dia yang comel ni. Terharu rasa Airis bila ada kawan yang care pasal dia. Orang kata quality over quantity.

"Ye Mawar ye takkan aku nak lupakan kau. Kita dah kawan sejak sekolah rendah kot. Aku takkan lupakan kau okay. Kau pun sama kalau ada masalah chat call je aku. Aku dengar tau. Kita kan saling jadi telinga masing-masing. Aku sayang kau sangat-sangat tau..." suara Airis makin sebak bila mengungkapkan kata-kata itu. Biasalah Airis ni hati tisu sikit.

"Kau kan Airis suka sangat lah nak buat aku nangis ish, meh sini hug" ditepuknya tepi lengan Airis sambil mendepakan tangan minta peluk. Airis apa lagi terus berlari dia dekat membernya.

"Hm tengok la tu bu, adik kalau tak berdrama tak sah dia" Mula la tu Aakif nak menyakat adiknya sorang tu. "Eh biar la dia kamu ni, nak berpisah dengan kawan yang sentiasa ada dengan kita tu sakit tau" Puan Julia pukul lengan Aakif lembut tanda minta si abang tidak menyakat adiknya lagi.

"Adik, kita dah nak gerak ni. Salam Mak Cik Nawal cepat." Ajak si ayah. Ini selagi tak beri kata putus tak gerak la masing-maising.

"Baik ayah. Mawar aku nak pergi dah kau jaga diri eh nanti apa-apa aku call kau. Kek coklat aku jangan lupa makan sedap tau aku buat tu"

"Ceh masuk bakul angkat sendiri nampak, ye nanti aku bagi feedback. Kau buat mana pernah tak sedap kan" puji Mawar.

Airis berikan pelukan terakhir kepada kawannya itu lantas berlalu ke ibu Mawar untuk salam. "Saya pergi dulu ye mak cik, nanti kalau ada masa free saya ajak ibu dengan ayah balik sini lagi"

Tersenyum Puan Nawal mendengarnya. "Ya Airis. Pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk kamu sekeluarga"

"Aku pergi dulu ye Mukhriz, Assalamualaikum" kata Encik Azhar pada ayah Mawar lalu mereka semua bersalaman antara satu sama lain dan terus masuk ke kereta.

Mereka berikan lambaian kepada keluarga Mawar lalu meneruskan perjalanan ke bandar.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now