"Airis kau betul-betul okay ke. Kau rehat je lah tak payah join aktiviti kejap lagi" Tanya Dahlia.
"Haih kau ni, aku okay je. Kan tadi aku dah tidur sekejap okay dah. Jangan risau eh. Aku jatuh sungai je tak ada luka mana-mana" kata Airis. Dia cuba memenangkan kawan baiknya itu. Sejak dari tadi Dahlia menanya keadaannya. Takut sangat.
"Erm okay lah kalau kau cakap macam tu. Kalau ada rasa pelik-pelik terus bagitahu aku tau nanti aku cakapkan dekat cikgu"
"Baik bos" Airis membuat tabik ke Dahlia sehinggakan gadis itu ketawa melihat telatahnya.
"Haih ada-ada je la kau ni Airis". Airis lega lihat Dahlia yang ketawa itu tak ada lah asik risaukan dirinya saja. Dia tidak suka bila menjadi beban pada orang lain, jadi biarlah dia simpan sendiri.
"Dah jom la kita gerak nanti lambat pulak aktiviti nak start" ajak Airis.
"Eh Airis kamu dah okay ke ni nak sertai aktiviti ni" tanya Cikgu Zurina bila melihat Airis yang berada dalam barisan pasukannya.
"Saya dah okay cikgu" senyum Airis.
"Okay baiklah kalau macam tu kalau ada apa-apa kamu inform cikgu terus ye. Risau cikgu dibuatnya" kata Cikgu Zurina. Airis hanya mengangguk.
"Okay lah semua kita akan proceed untuk aktiviti terakhir kita malam ini. Jadi saya akan lepaskan kamu mengikut kumpulan. Untuk aktiviti kali ni, kamu semua perlu mengutip bendera yang ada dalam hutan. Kamu semua perlu bergerak dalam kumpulan dan mengikut papan tanda yang disediakan. Jangan berpecah ye. Saya minta ketua kumpulan akan berada dibelakang sekali untuk memantau semua ahli kumpulan anda." terang Cikgu Kamal.
Inilah salah satu kelemahan Airis. Kegelapan, dia takut akan gelap dan sekarang ini dia perlu berada di belakang sekali memandangkan dia adalah ketua.
Tiba la masa untuk kumpulan Airis pula untuk masuk ke dalam hutan. "Kau boleh Airis" kata pada dirinya sendiri.Mereka semua diberikan lampu suluh, jadi tidaklah Airis berasa takut sangat kerana masih ada Cahaya disekitarnya.
Semasa kumpulannya hampir sampai ke checkpoint yang terakhir, tiba-tiba tali kasutnya terbuka. 'Haih masa-masa macam ni la kau nak terbuka pun' Airis berhenti sekejap di tepi untuk membetulkan tali kasutnya.
Zara perasan yang Airis berhenti sorang-sorang dibelakang. Tercetus la satu lagi idea jahat dari fikiran Zara. Zara yang nampak ahli kumpulannya sudah melepasi checkpoint terakhir itu, lantas mengubah papan tanda itu dari ke arah kiri menjadi tegak. Laju saja Zara lari meninggalkan Airis dibelakang.
"Ha settle pun" kata Airis. Dia bangun dan melihat ahli kumpulannya sudah tiada. 'Ah sudah Airis macam mana ni. Tak apa Airis tenang cikgu cakap ada papan tanda lagipun dah nak habis ni' kata Airis pada dirinya.
Sedang dia berjalan hingga ke checkpoint terakhir, dia berasa pelik dengan kedudukan papan tanda yang menunjuk arah lurus. 'Aik macam mana boleh lurus pulak ni. Jalan pulak hanya ada laluan kiri dan kanan saja.' Airis cuba menenangkan dirinya agar tidak panik. Dia mengikut kata hatinya dan bergerak ke arah kanan.
Ahli kumpulannya telah lama sampai. Dahlia berasa tidak senang hati bila Airis tidak muncul-muncul. Lantas dia pandang ke arah Zara yang berada berhampiran dengan Emir. Dia syak Zara tahu sebab Zara adalah orang terakhir yang muncul apabila mereka tiba tadi.
Terus dia gerak ke arah Zara
"Woi perempuan" panggil Dahlia garang. Zara pandang dengan riak menyampah. 'Nak tanya pasal kawan kesayangan lah tu'"Mana Airis. Kau orang terakhir yang sampai sini. Mesti kau tahu apa yang jadi dekat diakan" Dahlia rasa waswas dengan Zara.
"Eh you ni. Mana I tahu dia kat mana. Tadi I memang jalan sorang tau. Tak ada siapa pun kat belakang I" Zara cuba mencari alasan agar tidak kantoi.
"Penipu. Apa-apa jadi dekat Airis siap kau" ugut Dahlia.
"Wait Dahlia. Airis tak ada?" Emir menahan Dahlia untuk pergi. Dia juga baru saja perasan yang Airis tiada.
Dahlia mengangguk."Aku tak tahu mana dia pergi. Kitorang dah lama sampai tapi dia tak muncul lagi" kata Dahlia dengan risau.
"Okay semua pelajar, sila berkumpul di depan saya sekarang" Cikgu Kamal meminta anak muridnya semua beratur.
"Cikgu!!" Jerit Dahlia. Cikgu Kamal berkerut dengar jeritan Dahlia. "Ya, Dahlia kenapa?"
"Cikgu, Airis tak sampai lagi cikgu." Cemas saja suara Dahlia itu.
"Apa?! Kenapa kamu tak beritahu cikgu dari tadi. Kita kena cari Airis sekarang. Bahaya dah hampir tengah malam ni" kata Cikgu Kamal.
"Cikgu memerlukan bantuan untuk mencari. Siapa volunteer untuk tolong cikgu" kata Cikgu Kamal ke arah murid-muridnya yang sedang berkumpul.
"Saya!" Arif dan Emir mengangkat tangannya serentak. Semua di situ terus pandang ke arah mereka. Lagi mengejutkan apabila Emir yang volunteer untuk menolong. Siapa je tidak tahu yang Emir ini selalu buli Airis tetapi sekarang mereka nampak Emir sangat risau. Risau sebagai rakan sekelas mungkin?
Zara yang melihatnya rasa semakin tidak puas hati apabila Emir mengangkat tangan.
"Okay kamu dua ikut saya yang lain tunggu sini sekejap" arah Cikgu Kamal.
Emir dan Arif mengikut Cikgu Kamal. Cikgu Kamal mengarah mereka untuk berpecah dan mengikut penanda yang disediakan untuk mengelak dari sesat lagi.
Emir dan Arif hanya mengangguk tanda faham dan berlalu pergi ke dalam hutan. Mereka menjerit-jerit nama Airis, mana tahu Airis berada berdekatan situ. Namun, tiada sahutan dari gadis itu.
Sesampai sahaja mereka di checkpoint terakhir. Dua-dua lelaki itu berkerut. "Kenapa papan tanda ni beralih? Macam ada yang ubah." tanya Arif. Emir hanya menggeleng. "Something wrong here"
"Kau pergi sana, aku pergi arah kanan ni. Kita berpecah" arah Emir. Arif cuma ikutkan sahaja kata Emir. Betul lebih baik mereka berpecah lebih cepat untuk mencarinya.
🌷🌷🌷
"Ya allah kenapa macam jauh sangat ni" Airis gumam sendirian. Dia melihat sekelilingnya yang gelap. Badannya menggigil kecil kerana ketakutan. 'Sabar Airis, tak ada pape dekat sini kau okay'
Airis teruskan perjalanannya dengan berbekalkan Cahaya lampu suluh yang semakin malap itu. "Aaa janganlah buat masalah masa macam ni lampu oi." Serius sekarang ini dia rasa macam nak menangis apabila lihat lampu itu serupa mahu mati.
Dia jalan dan jalan lagi sehinggakan dia terlanggar sesuatu. "Aaa apa tu" kata Airis. Dia menyuluh benda yang dia terlanggar, nasib itu cuma kayu saja.
Tiba- tiba lampu suluhnya terpadam. Airis ketuk-ketuk lampu suluhnya untuk menyala tetapi malangnya lampu itu tidak juga menyala.
Airis memandang sekeliling yang semakin gelap. Dia tidak nampak apa-apa sekarang ini.
*Woof Woof*
Bunyi anjing yang kedengaran dari jauh itu membuatkan Airis terkejut lalu dia berlari tanpa arah tuju dalam suasana gelap itu.
Airis tidak perasan akan kayu yang berada dihadapannya lalu dia tersadung.
"Argh!" Jerit Airis apabila dia tidak dapat menyeimbangkan dirinya lalu terjatuh dan terhantuk sedikit pada kayu yang berada di depannya. Dan semuanya bertukar menjadi gelap selepas itu.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...