"Airis, kau okay ke ni. Muka kau nampak pucat je" tanya Dahlia sambil mengemas beg pakaiannya untuk bersedia pulang.
"ha? O-okay je." Padahal dia tengah rasa sakit kepala yang teramat. Mungkin tanda-tanda mahu demam. Ya lah petang semalam jatuh sungai, malam pula sesat dalam hutan yang gelap tu mana badan tidak mengalami kejutan.
"Ya ke?" Dahlia menghampiri ke arah Airis yang berada di katil itu lalu meletakkan tangannya di dahi Airis. "Okay apanya ni, panas badan kau ni. Ni mesti sebab apa yang jadi semalam" marah Dahlia. Airis oo Airis sakit pun masih tak nak menyusahkan orang lagi.
"Ala aku dah makan ubatlah nanti okay la ni" kata Airis sambil tersengih. Dahlia hanya mampu menggeleng je melihat Airis yang degil itu.
*uhuk uhuk*
Airis menyandarkan kepalanya di tepi tingkap bas untuk merehatkan kepala dia yang terasa berat itu. Emir yang sedang berjalan ingin ke tempat duduknya terpandang ke arah Airis.
'Nampak pelik je dia ni. Okay ke tak okay ke masih terkejut hal semalam" kata hati Emir. Dia nampak sahaja Arif yang mahu masuk ke dalam bas itu lantas menukar arah dan duduk di tepi Airis. Dia lelaki jadi dia dapat rasa yang Arif seperti suka akan Airis. 'Kau ingat boleh duduk sebelah dia, lambat lagi'
"Kau okay?" tanya Emir. Airis yang baru sahaja mahu lelap tadi terus terjaga. Dia mengerutkan dahinya apabila melihat Emir duduk di sebelahnya. LAGI.
"Er...sa-saya okay. Panas sikit je. Kenapa awak duduk sebelah saya ni?" tanya Airis dengan nada yang perlahan.
"Asal tak boleh ke? Dah haritu pergi aku duduk sebelah kau, balik pun aku duduk lah tempat yang sama" kata Emir dengan nada kasar.
"Ish orang tanya je kan. Tak reti jawab elok-elok ke si singa ni" bisik Airis sendirian tetapi masih boleh didengari oleh Emir. "Apa kau cakap?" terus Emir memandang ke arah Airis. Ingat aku tak dengarlah tu dia bebel apa tadi. Ee nak je aku lenyek-lenyek budak kecik ni, sakit pun masih kuat menjawab lagi.
"T-tak ada pape. Mana ada saya cakap pape" Aih Airis boleh pulak kau gagap masa macam ni. Emir menjulingkan matanya ke atas. "Dah sambunglah tidur tu. Dah sampai aku kejutkan" lalu Emir terus membuka phonenya untuk melihat media social.
Zara yang berada berhampiran mereka rasa semakin panas. Dia rasa tidak puas hati dengan Emir kerana semalam Emir mengamuk pada dirinya dan memberi amaran jangan ganggu Airis. Dia kecewa kerana Emir tidak seperti dulu dan lebih mementingkan Airis darinya.
'Kau tunggu Airis. Bahagialah kau sekarang ni. Aku akan buat kau merana lepas ni'
🌷🌷🌷
"Ris" pintu bilik diketuk oleh Aakif. Aakif masuk ke dalam bilik Airis dengan membawa semangkuk bubur. Dia lihat adiknya itu masih sedang lena dibuai mimpi.
"Hey adik ni abang ada bawakkan bubur, ibu suruh Ris makan." Kata abangnya sambil meletakkan mangkuk bubur di atas meja yang berada di tepi katil Airis.
'Eh budak ni orang panggil tak menyahut pun.' Kata hati Aakif.
"AIRIS EMYRA BINTI AZHAR EMRAN DENGAR KE TAK DENGAR ABANG CAKAP NI?" lalu memukul lengan Airis perlahan menggunakan bantal.
"Ish abang ni orang dengar lah. Letak je situ nanti Airis makan lah." Kata Airis yang masih menutup matanya.
"Ya lah. Ni macam dah kurang dah panasnya, nanti makan ubat kang ibu dengan ayah pulak bebel dekat abang sebab tak pantau kau makan" sambil-sambil itu Aakif memeriksa suhu badan Airis. "Apa lah dik baru pergi 3 hari je kot dah demam. Demam rindu kan abang lah tu kan" sambung Aakif lagi.
"Kepala otak abang lah. Bila masa orang rindu dekat abang, kalau orang nak demam dia akan demam jugaklah." Lantas Airis memandang ke arah abangnya dengan rasa geram.
"Ish garangnya, abang gurau je halah. Ni nanti jangan lupa makan, abang nak keluar dulu siapkan assignment yang macam gunung tu" kata Aakif sambil mengusap kepala adiknya.
"Ye ye, dah pergi sana. Shuh shuh" halau Airis.
"Pergh menghalau eh. Dah lah terima kasih pun tak ada." Jeling abangnya itu lantas menutup pintu bilik Airis.
"Terima kasih!!" jerit Airis.
🌷🌷🌷
"Weh kau tak rasa pedas ke makan nasi lemak ni?" tanya Airis sambil mengibas mulutnya tanda kepedasan yang melampau.
"Tak ada lah weh. Elok je aku makan." Jawab Dahlia sambil mengambil lagi 1 suapan sehingga terangguk-angguk dia menikmati makanan itu.
"Urgh aku tak tahan la weh pedas sangat." Terus Airis minum air mineral yang dibelinya tadi.
"Boleh kitorang join makan sekali?" tiba-tiba seseorang bertanya. Lantas kedua-dua gadis itu memandang ke arah gerangan yang sedang bertanya itu. Tersedak Airis melihat siapa yang berada di depan mereka sekarang. Emir and the geng.
"Kau okay tak ni" tanya Dahlia sambil menggosok belakang Airis. Airis hanya mengangguk lalu dia menjawab pertanyaan Amsyar tadi. "Er...boleh je duduk lah" Airis mengizinkan mereka untuk sertai bersama.
"Kenapa korang tiba-tiba nak join sekali? Banyak lagi meja dekat kantin ni" Tanya Dahlia. "Eh saja je tengok korang berdua je tak salahkan kalau kitorang nak join sekali?"
"Er memang tak salah tapi pelik" kata Airis.
"Pelik? Apa yang pelik?" serentak Lukman dan Amsyar bertanya. Emir yang hanya diam dari tadi turut memandang ke arah Airis dengan wajah berkerut.
"Ye pelik lah sebab selama ni kan korang selalu rehat tempat lain pastu kan awak kan selalu-"Airis memandang tepat ke wajah Emir. "Er tak ada pape lah. Korang sambunglah makan" senyum janggal dia.
"Pelik la awak ni Airis nak cakap tu cuba habiskan" kata Amsyar sambil ketawa. Airis hanya senyum sahaja.
"Hm Airis, kan exam kita dah nak dekat, nak tak minggu ni kita stay study dekat library?" ajak Dahlia.
"Ouh bagus jugak. On je." Kata Airis sambil mengangguk.
"Aku nak join sekali" Emir yang diam dari tadi tiba-tiba bersuara. Lukman dan Amsyar yang sedang makan tadi terus terhenti lalu memandang ke arah Emir. Emir betul-betul dah berubah.
"Boleh tak?" tanya Emir singkat. "Bo...boleh-boleh, kita boleh lah buat study group nanti." Kata Airis yang masih terkejut dengan kata-kata Emir itu. 'Kenapa mamat ni tiba-tiba okay nak belajar dengan aku? Kalau tak selama ni bukan main memberontak.' Kata hati Airis.
"Kitorang pun nak join jugak boleh? Boleh korang ajar kitorang yang lemah ni. Kitorang pun nak berjaya jugak." Kata Amsyar.
"Boleh je awak apa yang tak bolehnya." Kata Dahlia sambil memberikan senyuman. Fuh jarang sekali untuk melihat Dahlia memberikan senyuman ni. Tersenyum lebar Amsyar apabila diberi senyuman yang sangat mahal itu. Lukman yang tengok Amsyar sudah blushing itu terus menyiku perutnya.
"Cover please meluat aku tengok" bisik Lukman. "heh dah single tu diam" bisik Amsyar semula. Lukman hanya menjulingkan matanya ke atas.
"Thanks Airis, Dahlia" kata Emir. Okay kalini mereka berempat mengalami kejutan pt2. Emir Ayden mengucapkan terima kasih? Satu benda yang baharu ye.
Airis hanya mengangguk dan senyum sahaja. Lalu mereka sambung berbual dan menghabiskan makanan sebelum waktu rehat tamat.
*PAK*
Buku yang dipegang ditangannya terus dihempaskan di meja yang berada di hujung kantin itu. Rasa marahnya membuak-buak melihat Emir dan Airis rehat di satu meja yang sama.
'Ish tak boleh jadi ni. Macam mana diorang boleh rapat sampai macam tu sekali? Apa yang dah jadi? Kau tak boleh kalah Zara, kau kena buat dia dibenci semula. Think Zara Think" getus hatinya.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...