BAB 11

516 18 1
                                    

"AIRIS!!" Emir menjerit nama Airis. Dia berharap gadis itu menyahut laungannya.

"Airis jawablah kalau dengar suara aku!!" kata Emir dengan nada yang kuat. Dia sambung mencari Airis sekitar situ sambil menyuluh semua tempat.

*Woof Woof*

"Ouh mama kau jatuh tergolek" melatah Emir bila terdengar nyalakkan anjing itu secara tiba-tiba.

"Haih anjing rupanya. Maaf aku tumpang lalu sekejap ye" Emir bercakap dengan anjing itu macam la anjing itu faham.Jadi bunyi nyalakkan anjing secara tiba-tiba tadi disebabkan oleh Emir yang berjalan ditempatnya.

'AAH!!'

Tidak lama lepastu dia dengar jeritan seseorang. 'Macam suara Airis' kata hati Emir.

Terus dia berlari ke arah itu. "Airis!! Jawab kalau kau dengar suara aku ni" kata Emir lagi sekali. Rasa macam dia dah makin dekat tetapi bayang Airis langsung dia tidak nampak.

"Airis mana kau ni" Emir menyuluh lampu disekelilingnya dan ternampak sekujur tubuh yang tidak sedarkan diri tidak jauh dihadapannya.

"Ya Allah Airis!" terus dia berlari mendapatkan Airis. Emir melihat Airis yang tidak sedarkan diri itu mempunyai luka kecil di dahinya mungkin disebabkan hantukan semasa jatuh tadi. Nasib kecil saja lukanya.

"Airis bangun" Emir menepuk-nepuk pipi Airis lembut. Airis yang terasa gerakan itu lantas terjaga. Terus dia menjerit kerana terkejut apabila ada seseorang bersamanya. Dia fikir depannya ini adalah hantu. Semakin menjauh Airis dari Emir.

"Hey hey, ni aku lah Emir. Kau okay ke tak ni" Emir perasan Airis menggigil kecil seperti takut akan sesuatu. Airis berasa lega apabila ada orang yang menjumpai dia. Dia pandang saja Emir yang berada di depannya.

"Kau takut gelap ke?" tanya Emir. Airis hanya mengangguk.

"Ma-macam mana awak boleh jumpa saya?" tanya Airis dengan nada yang takut.

"Dahlia cakap kau tak balik lagi. Jadi aku dengan Arif terus pergi cari kau. Nasib jumpa kalau tak apa aku nak cakap dengan mak ayah kau nanti. Haih macam manalah kau boleh sesat ni" mengeluh Emir tetapi dia berasa lega gadis ini telah dijumpai.

Airis yang mendengar bebelan Emir tu terkebil-kebil dibuatnya. "Kenapa awak cari saya? Awak risaukan saya ke" tanya Airis.

"Lambat lagi. Ni kau boleh bangun tak. Semua dah tunggu kau, hari pun dah lewat ni" Emir menukar topik kerana tak nak terlalu nampak yang dia risaukan Airis. Ego lagi.

"Erm kaki saya. Saya rasa kaki saya terseliuh masa tersadung tadi" kata Airis sambil menunjukkan kakinya.
Tanpa izin dan isyarat dari Emir, lelaki itu terus saja mendukung Airis gaya bridal style. Terkejut Airis dibuatnya.

"Eh kenapa awak dukung saya. Turunkan sayalah Emir!" marah Airis.

"Kau kata kaki kau sakitkan. So kau tak boleh jalan la tu aku dukung kau" kata Emir selamba.

"Siapa cakap saya tak boleh berjalan. Saya cakap je kaki saya sakit. Baik awak turunkan saya sekarang, tak eloklah pegang perempuan bukan mahram ni Emir!" bebel Airis.

"Okay fine aku turun kan" terus Emir turun kan Airis. "Ha jalan la cepat aku nak tengok kau boleh jalan ke" kata Emir dengan berlagak. Dia berpeluk tubuh saja sambil melihat gadis itu yang cuba untuk berjalan.

'Ish mamat ni kan ada je nak sakitkan hati orang. Ingat aku tak boleh berjalan ke ha'. Airis menjeling Emir lalu dia cuba untuk berjalan. Baru 2 langkah ke hadapan dia rasa macam nak jatuh lagi.

Terus dia didukung oleh Emir. "Degil. Ni darurat aku terpaksa pegang kau" terus saja Emir berjalan ingin keluar dari situ sambil membawa Airis yang berada di dukungannya. Airis hanya diam saja dan tahan malu.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now