BAB 27

562 24 0
                                    

"Nah ice cream awak." Emir meletakkan satu ice cream di depan Airis dan satu lagi di depan Edrian.

"Makan slow-slow Ed." Kata Emir bila melihat anak buahnya laju saja menarik ice cream yang berada di hadapannya.

"Thanks sebab sudi keluar dengan kitorang." Kata Emir untuk memulakan bicara mereka.

"Welcomee...Hm awak jangan salah anggap pulak saya ikut pun sebab Edrian bukan sebab awak." Kata Airis sambil menyuap satu sudu ice cream ke dalam mulutnya.

"Ye. Kan saya dah cakap tadi awak ikut sebab budak ni suruh je anggap je saya tak ada dekat sini." Kata Emir. Dia tahu kalau tiada Edrian, Airis takkan sudi untuk keluar berdua dengannya.

Airis diam sekejap. "Manja jugak Edrian dengan awak ni."

"Mana tak manjanya, saya jaga dia dari kecik. Selalu dia akan ikut Aisy je pergi mana-mana tapi Aisy tak ada harini ada program dengan kampus dia so dia ikut lah saya. Parents dia pulak kerja." Kata Emir.

"Ouhh ini ke budak yang dulu saya jaga masa majlis dekat rumah awak tu? Dah besar dah sampai saya tak cam dia tadi." Kata Airis sambil melihat Edrian yang berada di sebelahnya. Dia mengambil tisu untuk mengelap kesan comot di mulut Edrian. Edrian tersengih saja.

Emir mengangguk. "Mana awak nak cam kalau awak lari dari saya sampai 6 tahun." Kata Emir dengan riak muka bersahaja.

Airis terdiam mendengar kata-kata Emir itu. 'Mula la tu' kata hatinya.

"Ehem kepala awak dah okay? Macam cepat sangat je awak bukan balutan tu" Airis cuba menukar topik. Dia malas untuk teruskan bercerita tentang hal yang lepas.

"Saya okay dah, Airis. Awak tak perlu risau, cedera saya bukannya teruk mana pun. Dah seminggu dah , tu yang saya bukak, lama-lama guna pun rimas." Kata Emir

"Sorry sebab awak kena handle projek tu sorang-sorang sepanjang saya cuti ni." Sambungnya lagi.

"Tak ada pape pun lah. Saya okay je bukannya saya sorang je yang buat. Mawar, May, staf awak yang lain semua bantu untuk jaya kan projek ni." Balas Airis. Emir hanya senyum saja. Dan mereka kembali diam semula. Emir ingin berbual lebih lagi dengan perempuan di depannya ini tapi dia takut Airis tidak melayannya.

"Awak bencikan saya tapi awak still risaukan saya. Kenapa?" sambungnya lagi

"Er mana ada!" Airis memandang wajah Emir dengan kening berkerut.

"Mana ada yang mana satu? Benci ke risau?" tanya Emir.

"Risau lah! Mana ada saya risau kan awak!" kata Airis dengan geram. Emir hanya mengangguk saja

"Kakak cantik, tak baik marah-marah nanti cepat tua." Edrian menyampuk.

"Huh?" Airis tersentak mendengar kata-kata Edrian itu.

"Betul tu Ed tak elok kan marah-marah. Nanti cepat tua muka berkedut. Tak jadi dah kakak cantik nanti." Emir menggelakkan Airis.

"Suka-suka la awak." Airis menjeling ke arah Emir.

"Okay-okay, sorry la."

Edrian gelak tengok pak ngahnya yang gelabah itu. "AHAHAHA apa la pak ngah ni, takut dekat kakak cantik."

"Ouh Ed gelakkan pak ngah ye pak ngah tak nak belanja Ed ice cream dah." Emir berkata dengan nada merajuk lalu menggeletek anak buahnya.

"AHAHAHA Pak Ngah sorry-sorry. Geli lah!" Edrian ketawa sambil menahan geli.

"Ha siapa suruh gelakkan pak ngah lagi. Nak kena ni." Bergema suara gelak ketawa mereka berdua.

Tanpa sedar Airis juga turut tersenyum melihat telatah mereka berdua. Seperti bapa dan anak.


🌷🌷🌷


Suasana memandu ke rumah Airis sangat sunyi bila kedua-dua penumpang dalam keretanya telah pun tidur. Mungkin kepenatan agaknya. Mana tak penat masing-masing lepas sahaja makan ice cream tadi, Edrian ajak mereka ke taman pula. Last-last dia keseorangan drive pulang ke rumah.

Setelah sampai di perkarangan rumah Airis, dia memarkir keretanya tepat di depan rumah itu.

'Rasanya betul la ni rumahnya kalau ikut alamat ni.'Emir berkata sendirian sambil melihat ke luar tingkap. Selepas itu diamemandang ke arah Airis yang sedang lena di sebelahnya. Ditenung wajah gadisitu yang sedang lena dibuai mimpi. 'Cantik macam dulu'kata hatinya

Tak terlalu lama dia merenung gadis itu terus dia menampar diri sendiri untuk kembali ke alam nyata. 'Cover Emir Cover'

"Airis" Emir memanggilnya

"Airis kita dah sampai." Emir hanya mengusik bahu Airis yang berlapik itu untuk mengejutkan dia.

Airis yang terasa sedikit gerakan itu lalu membuka matanya perlahan-lahan. Digosok-gosok matanya untuk menjelaskan penglihatannya.

"Dah sampai?"

Emir mengangguk. "Rasanya dah sampai. Betul kan tu rumah awak?" Airis melihat ke luar tingkap. Dia mengangguk.

"Okay saya masuk dulu. Terima kasih hantar saya balik." Kata Airis lalu mebuka pintu untuk keluar dari kereta itu. Emir hanya tersenyum saja

"Kirim salam saya dekat aunty dengan uncle." Lalu dia berlalu pergi untuk masuk ke dalam rumah.

"Airis." Emir menurunkan tingkap keretanya. Airis yang mahu membuka pintu pagar rumahnya terus terhenti. Airis memandang ke arah Emir.

"Terima kasih jugak untuk harini. Have a good night!" Kata Emir dengan senyuman yang manis.

Airis yang melihat senyuman Emir itu, cukup dapat mencairkan hatinya. "Err okay. Sa-saya nak masuk dulu. Awak balik lah." Kata Airis dengan gagap. Dia cuba untuk menghilangkan rasa gugup dihatinya.

"Awak masuk lah dulu baru saya pergi." Kata Emir dari dalam kereta.

Dengan tidak berlengah lagi, Airis melambaikan tangannya sekejap lalu berlari masuk ke dalam rumah.

Emir hanya tersenyum dan membalas lambaian itu sebelum menaikkan semula tingkap keretanya. Lalu dia berlalu pulang ke rumah.



"Lambat balik. Best dating adik?" Airis yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah sudah diberikan soalan menyakitkan hati dari abangnya.

"Ish mana ada orang dating lah!!" Kata Airis dengan geram.

"Ele kata tadi nak makan ice cream je takkan sampai ke malam." Tanya Aakif sengaja dia nak menyakat adiknya.

"Betul lah orang pergi makan ice cream! Abang ni kenapa eh nak cari pasal" kata Airis geram

Aakif senyum mengejek. "Balik dah dik? Siapa yang hantar tadi?" Puan Julia yang baru keluar dari dapur itu terus menanya pada Airis.

"Er kawan yang hantar bu" kata Airis

"Mawar? Ke Dahlia?" tanya Puan Julia. Dia sudah tahu sebenarnya saja untuk memancing anaknya ini.

"Maw-"

"Emir, ibu. Alah adik nak berdalih pulak.. Jujur je lah" kata Aakif dengan senyuman mengejek.

"Eee abang ni kan!! Dah lah tak nak kawan abang! Ibu orang naik dulu nak mandi, panas pulak duduk sini." Kata Airis dengan nada yang merajuk lalu naik ke biliknya. Sempat juga dia memberi jelingan yang tajam pada Aakif.

Aakif gelak besar melihat sikap adiknya itu. 'Tak habis-habis nak merajuk. Usik sikit merajuk' kata hatinya.

"Kenapa anak awak tu?" tanya Encik Azhar yang baru saja turun dari tingkat atas.

"Biasa lah merajuk dengan Aakif." Puan Julia hanya senyum melihat gelagat anak-anaknya yang masih tidak berubah.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now