Sejurus itu juga, lagu love you with all my heart by crush dimainkan menggunakan piano tersedia.
Airis pantas mengangkat kepalanya dan memandang kehadapan. Alangkah terkejutnya dia sekarang ni, seseorang yang dia tertanya-tanya selama ini adalah Emir. Lelaki yang dia pernah larikan diri darinya dulu dan membenci lelaki itu.
Emir berjalan dengan aura tersendiri sambil memberi senyuman kepada Airis. Airis terdiam, dia tidak tahu apa reaksi yang dia perlu berikan. Terlalu banyak yang dia tengah proses sekarang ni. Dari kawan-kawannya ajak untuk celebrate birthdaynya bersama bertukar seratus peratus kepada dinner date bersama lelaki yang dia benci?
Emir mengambil tempat duduk di hadapan Airis. "Thank you sebab sudi datang malam ni. Awak nampak cantik malam ni, Airis." Emir memujinya dengan suara yang sangat sedap didengari di telinga.
"Ke-kenapa awak buat semua ni?" Tanya Airis dengan rasa tidak percaya dan dia turut berasa malu dengan pujian Emir itu.
"Saya nak celebrate birthday awak, just the two of us." Kata Emir
"Saya tak faham. Awak berkomplot dengan Mawar dan Dahlia? Diorang tahu semua plan ni?" Tanya Airis dengan wajah yang berkerut. Seperti yang sudah dijangka oleh Emir, sudah pasti wanita di hadapannya ini akan tertanya-tanya.
"Ye, diorang tahu pasal ni. Awak jangan marahkan diorang. Saya yang mintak tolong diorang, kalau saya cakap terus terang dengan awak, saya tahu awak takkan sudi terima ajakan saya." Kata Emir. Airis terdiam.
"Tapi saya tak perlukan semua ni. Buat apa awak membazir buat macam ni" kata Airis dengan riak yang masih tidak percaya. Perasaannya ketika ini bercampur baur. Dia terharu tapi buat masa yang sama dia tidak boleh terima semua ni.
"Airis, sorry kalau apa yang saya buat ni tak capai keinginan awak. Tujuan saya buat semua ni untuk celebrate birthday awak, mintak maaf dengan awak dan appreciate segalanya yang awak dah pernah buat dekat saya" kata Emir dengan memberikan pandangan yang penuh ikhlas.
"Apa yang saya dah buat dekat awak Emir? Tak ada benda yang special pun saya pernah buat sampai awak nak kena plan macam ni dekat saya" balas Airis.
"Mungkin awak rasa awak tak ada buat pape dekat saya. Tapi banyak Airis, awak bantu saya berubah dari pemalas kepada seorang yang berguna. Saya tak pernah pun terdetik untuk study sebelum-sebelum ni tapi bila saya jumpa awak, saya rasa bersemangat untuk buat semua tu. Dalam hidup saya tak pernah pun terfikir dek akal untuk jadi best student, tapi saya berterima kasih dekat awak sebab banyak bantu saya. Sepatutnya perkara ni saya cakap 6 tahun lepas tapi tak kesampaian sebab awak dah lari jauh dari saya, Airis." Ujarnya panjang lebar
"Kalau bukan disebabkan tindakan bodoh saya 6 tahun lepas. Saya rasa hubungan kita tak akan sedingin ini." sambungnya lagi dengan senyuman palsu.
'Saya tak tahu untuk kali keberapa saya bagitahu awak ni. Saya sedar kesilapan saya Airis. Saya cuma merayu pada awak supaya beri saya satu lagi peluang untuk tebus kesalahan saya yang lepas. Untuk pengetahuan awak, dari hari pertama saya nampak awak, awak lain Airis. Lain dari semua perempuan yang ada dekat sekolah tu. Awak ada pendirian awak sendiri." Emir memberhentikan ayatnya seketika
"Benda tu yang buat saya tertarik pada awak, Airis. Sejujurnya dalam hidup saya, tak pernah saya terdetik untuk berkawan dengan perempuan lain." Kata Emir dengan ikhlas sambil menatap mata wanita cantik dihadapannya ini.
Airis terdiam mendengar ujaran yang ikhlas dari hati Emir itu. Sedikit sebanyak ia membuat hati Airis tersentuh dengan kata-katanya.
"Habis kenapa awak buli saya? Zara? Bukan awak dengan dia ada pape?" Tanya Airis dengan air mata yang bergenang.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...