Emir dan Airis sedang berdiri di hadapan pintu masuk dewan, menunggu isyarat daripada emcee majlis, Lukman dan Mawar untuk melangkah masuk. Airis memaut lembut lengan Emir sambil menggenggam bunga tangan. Tangan kecilnya sedikit bergetar.
"Awak nervous ke." Emir berbisik dengan terselit senyuman.
Airis memandang Emir lalu mengangguk. "Sikit."
"Kalau nervous tak payah pandang orang lain, pandang saya je." Kata Emir dengan nada mengusik.
Airis menjeling ke arahnya. 'Mula dah dengan gatal dia,' bisiknya dalam hati. Emir ketawa kecil melihat reaksi isteri kesayangannya itu.
Amsyar memberi isyarat pada Lukman yang berada di bahagian emcee sana untuk memulakan majlis. Lukman yang faham akan isyarat tersebut terus bersedia memegang mikrofon.
"Ehem, Diminta semua hadirin memberi tumpuan. Sebentar lagi, kita akan menyaksikan perarakan masuk pasangan mempelai yang kita raikan hari ini," ucap Lukman dengan senyuman lebar.
Suara Lukman bergema dalam dewan yang megah. Dengan iringan muzik piano lagu Beautiful oleh Crush, Emir dan Airis melangkah masuk dengan penuh karisma. Setiap langkah mereka memancarkan elegan yang memikat pandangan semua tetamu. Di belakang mereka, ada Amsyar dan Dahlia mengiringi sebagai pengapit, menambah seri perarakan. Tepukan gemuruh memenuhi dewan, membuat pasangan pengantin tersenyum manis sambil melambai kepada para tetamu.
Airis terpukau melihat pelamin di hadapan, dihiasi dengan tema bunga-bungaan yang sangat indah, seperti apa yang diimpikannya. Emir, dengan sikap penuh gentleman, melepaskan genggaman di lengannya dan menghulurkan tangan untuk memimpin Airis naik ke atas pelamin. Tangannya yang kukuh memberi rasa yakin kepada Airis, yang kemudian duduk di tempat yang disediakan.
Sebaik sahaja mereka berdua mengambil tempat, Mawar mengambil alih mikrofon. "Sungguh cantik dan sepadan pasangan pengantin kita hari ini, bagaikan pinang dibelah dua," katanya dengan senyuman manis.
Setelah Mawar mengucapkan kata-kata pujian, suasana dewan menjadi semakin meriah dengan tepukan dan sorakan. Emir dan Airis saling berpandangan, senyuman mereka tidak pernah pudar. Walaupun suasana di sekeliling mereka bising dengan suara tetamu dan muzik, seolah-olah hanya mereka berdua yang wujud di dunia ini.
"Terima kasih," bisik Emir, membuatkan Airis menoleh ke arahnya dengan dahi berkerut.
"Terima kasih? Untuk apa?" tanya Airis, penuh kehairanan.
"Terima kasih sebab bagi saya peluang kedua. Terima kasih sebab sudi jadi permaisuri dalam hidup saya." Ucapan Emir dilontarkan dengan nada yang romantik, membuatkan hati Airis sedikit tersentuh.
Airis tersenyum manis. "Sama-sama. Terima kasih juga sebab sudi terima saya sebagai isteri awak," balas Airis penuh kasih. Emir membalas dengan senyuman, tangan mereka saling berpaut erat di atas pelamin, melambangkan keutuhan cinta mereka.
Namun, di sudut dewan, ada sepasang mata yang memerhati dengan hati yang tidak tenang. Arif menahan perasaan, hatinya bergolak melihat kebahagiaan pasangan di atas pelamin. 'Sepatutnya aku yang ada dekat situ, bukan dia,' bisiknya dalam hati.
Raisa, yang tidak jauh dari Arif, menyedari kegusaran lelaki itu. Dia mendekati Arif, senyuman sinis tersungging di bibir.
"Hai, seorang je?" sapa Raisa dengan nada menyindir.
"Hmm, sorang je. Kau buat apa dekat sini?" balas Arif, jelas menunjukkan tiada mood untuk berbual.
Raisa hanya tersenyum, lebih sinis kali ini. "Saja. Tapi kau tenang je, Arif. Aku yakin hubungan mereka takkan bertahan lama," katanya sambil memandang ke arah Emir dan Airis dengan mata yang berkilat penuh niat tersembunyi.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...