Sebulan lebih berlalu, kehidupan Emir dan Airis kelihatan kembali tenang, seolah-olah tiada lagi bayang-bayang Zara Amanda yang mengancam mereka. Mungkin dia sudah sedar yang dirinya sedang diburu oleh pihak berkuasa, dan saatnya untuk ditangkap hanya menunggu masa. Namun begitu, Emir dan Airis tetap berjaga-jaga, bimbang jika Zara kembali untuk membalas dendam.
Kebelakangan ni, Airis macam terlebih manja dari biasa. Emir tak berasa pelik, dia layan saja perangai isterinya tu. Dia sudah terbiasa. Tapi kalau Emir tersalah cakap sikit je, mesti isterinya cepat terasa. Ada kalanya Airis akan melancarkan perang dingin dengannya, puas Emir cuba memujuknya.
Pagi itu, Emir terasa tubuhnya serba tak kena. Badannya sejuk menggigil. Dia menyelubungkan dirinya dengan selimut tebal. Airis, yang sudah pun menyiapkan sarapan, naik ke bilik apabila menyedari Emir masih belum turun.
"Encik Emir!" Airis memanggil dengan suara sedikit kuat.
"Abang...bangun lah. Abang tak pergi kerja ke harini. Dah pukul berapa dah ni, duk dalam selimut lagi. Abang bangun." Airis membebel sambil menggoyangkan badan Emir.
"Sayang...abang tak larat la harini. Abang cuti." Kata Emir dengan nada tidak bermaya sambil menutup matanya.
Airis memandang Emir pelik. Semalam elok je suami dia ni. Dia segera meletakkan tapak tangannya di dahi Emir dan menarik tangannya semula dengan cepat. Panas!
"Abang demam ke?" tanya Airis dengan rasa bimbang. Emir mengangguk lemah mengiyakan kata-kata Airis.
"Jom Airis tolong abang pergi bilik air? Abang kena mandi dulu segarkan badan. Nanti Ris masakkan bubur untuk abang eh." Kata Airis dengan nada memujuk.
Emir menggeleng. "Abang tak larat sayang. Abang nak tidur je."
Airis mengeluh. 'Memang manja macam ni ke suaminya bila demam?' kata hatinya. Dia ingin bangun untuk mengambil besen dan kain tapi Emir menahannya.
"Sayang nak pergi mana? Duduk lah sini." Emir menepuk-nepuk sebelahnya.
"Ris nak ambil besen kejap, nak lapkan badan abang sebab panas sangat ni," jelas Airis dengan lembut sambil melepaskan genggaman Emir lalu pergi ke bilik air.
Tak lama kemudian, Airis kembali dengan besen di tangannya. Dia duduk di sisi Emir, lalu membasahkan kain dan mula mengelap bahagian muka dan badan suaminya.
"Macam mana abang boleh demam ni? Semalam elok je?" tanya Airis sambil terus mengelap. Emir tidak menjawab dia hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
"Ris picitkan kepala abang boleh? Pening..." pinta Emir
Airis tergelak kecil dengan kelakuan Emir yang manja itu. Tanpa banyak bunyi Airis memicitkan kepala Emir. "Abang memang manja eh kalau demam?" tanya Airis.
Emir mengerutkan dahi. "Mana ada!" katanya, sedikit tak puas hati.
Airis tersenyum sambil menggeleng. "Nanti Ris nak tanya mama la." Airis mengusiknya.
"Eh, jangan! Malu la abang," balas Emir cepat. Airis ketawa kecil.
Lepas memicit kepala suaminya, Airis bertanya, "Rasa okay sikit dah?"
Emir mengangguk perlahan. "Kurang dah... Terima kasih, sayang."
Airis tersenyum sebelum meletakkan kain basah di dahi Emir. "Abang, jangan usik kain ni. Ris turun kejap nak buat bubur. Nanti makan sikit, baru makan ubat, ya?" pinta Airis lembut sambil menyelimutkan badan suaminya semula.
"Abang tidur kejap. Nanti Ris naik balik tau!" katanya dengan ceria sebelum keluar dari bilik.
Mendengar perkataan 'ubat', Emir sudah mengeluh dalam hati. Namun dia hanya membiarkan Airis turun ke dapur.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Любовные романыmy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...