BAB 13

533 18 0
                                    

"Erm mana pulak buku rujukan kimia ni." Airis melihat di setiap ruang yang ada pada rak buku itu. "Ha itu pun. Haih siapalah yang susun kat tempat tinggi-tinggi ni." Airis cuba untuk mengambil buku rujukan yang berada dia row ke-4 rak buku itu. Belum sempat dia mahu menyentuh buku tersebut, terdapat satu tangan yang mengambil buku itu. Airis memandang ke sebelahnya.

"Lain kali kalau dah tahu tak sampai tu mintak tolong. Jangan acah sangat macam lah sampai." Kata Emir sambil menghulurkan buku itu kepada Airis.

"Er... terima kasih awak." Airis menyambut buku yang berada di tangan Emir itu. 'Huh ada je benda dia nak perli aku. Nak kata aku pendek la tu' kata Airis pada dirinya perlahan.

"Ha kutuk-kutuk aku la tu." Kata Emir. Dia dengar sahaja bebelan Airis itu. 'Dah kau memang pendek nak buat macam mana kan.' Kata hatinya.

"Eh mana ada. Saya tak cakap pape pun, awak je perasan. Ni awak kat library jugak buat apa?" tanya Airis.

"Ouh aku kat sini, ni ha nak beli ikan." Emir bersarkastik sambil menjeling Airis yang berada di sebelahnya. "Kau ni bukan setakat pendek tapi pelupa jugak. Kan aku nak join korang study sekali harini lupa ke?" sambil mengetuk kepala Airis menggunakan test padnya.

Airis mengerutkan keningnya tanda geram dengan perbuatan Emir itu. 'Huh pantang betul orang main kepala ni' getus hatinya.

"Ish ye la yela. Tak payah lah kata saya pendek, awak tu yang macam galah." Kata Airis lalu dia meninggalkan Emir sendirian di situ. Emir tersenyum kecil, sekarang ni Emir sangat suka menyakat Airis. Sengaja mahu membuat gadis kecil itu marah, nampak comel.

"Lama betul kau pergi cari buku Airis" kata Dahlia.

"Ouh tadi ada galah ganggu aku." Katanya sambil mengambil tempat duduk di sebelah Dahlia. "Eh korang dah lama sampai ke?" tanya Airis pada Amsyar dan Lukman yang berada di situ.

"Eh tak baru je. Kau nampak Emir tak? Tadi dia suruh kitorang duduk dulu pastu sekarang tak muncul-muncul lagi." Kata Lukman.

"Mana nak munculnya kalau tadi si galah tu duk mengacau aku ambil buku" bebel Airis perlahan. "Ha apa awak cakap Airis?" Tanya Amsyar yang tak berapa jelas dengan kata-kata Airis itu.

"Ouh tak, tak ada pape. Tu dia" kata Airis lalu menunjuk ke arah Emir yang sedang berjalan ke arah mereka.

"Ehem... Sorry buat korang tertunggu." Lalu dia mengambil tempat duduk di hadapan Airis. 'Banyak-banyak tempat, depan aku jugak dia nak duduh haih' kata hati Airis.

"Tak apa, untuk atlet popular sekolah ni kitorang sanggup tunggu. 5 jam pun kitorang sanggup." Perli Amsyar. Emir menjeling kawannya. Airis tergelak kecil mendengar perlian Amsyar tu.

"Apa kau gelak-gelak." Kata Emir dengan nada yang dingin. "Ha? Mana ada saya gelak." Airis menggelengkan kepalanya sambil membelek buku rujukan yang berada di depannya.

"Dah-dah korang ni. Kalau borak je tak tergerak study kita ni" kata Dahlia.

"Airis tunggu jap" kata Emir. Airis yang baru ingin berlalu pergi itu memberhentikan langkahnya. Dahlia dan yang lain sudah pulang ke rumah terlebih dahulu, jadi tinggal mereka berdua sahaja di sini.

"Ye? Awak nak apa? Tanya Airis.

"Er...Weekend ni kau free?" Tanya Emir seperti mahu memerlukan sesuatu. "Weekend? Saya rasa saya free je. Kenapa?"

"Ouh kalau aku nak study dengan kau lagi weekend ni boleh-" Kata Emir. "Kalau kau tak kisah..." sambungnya lagi. Airis terdiam dengan permintaan Emir itu.

"Aku tahu aku pernah cakap yang aku tak ingin nak study dengan kau dulu tu. Tak apa kalau kau tak sudi, aku tak kisah." Ya dia ingat lagi yang dia pernah tuturkan kata-kata itu pada gadis di hadapannya ini semasa melawat ke rumahnya beberapa bulan yang lepas.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now