BAB 18

603 27 3
                                    

6 tahun kemudian...

"Pak ngah!! Edrian cakap dengan pak ngah ni. Pak ngah pekak ke" ditepuk peha Emir dengan kuat menggunakan legonya. Cemberut muka anak buahnya itu bila dia bercerita macam-macam tapi Emir tak beri respon langsung.

"Auch sakit lah Edrian." Digosok-gosok pehanya.

"Tu la padan muka kau ngah, budak tu duk bercerita panjang lebar kau mengelamun. Teringat kekasih lama lagi ke? 6 tahun dah ngah tah-tah dia pun tak ingat kau dah" kata Aisy. Emir mengeluh. Ya dia terfikirkan pasal Airis, ada lagi ke peluang untuk dia bertemu dengan gadis itu? Adakah sudah berpunya atau belum?

6 tahun yang lepas, dia tak sempat untuk bertemu dengan gadis itu di airport. Gadis itu telah pun berangkat ke overseas bersama keluarga tercinta. Sedih? Kecewa? Ya, dia sedih dan kecewa dengan dirinya. Dia berjanji dengan dirinya walau apa pun cara dia akan mohon maaf pada gadis itu juga. Setiap hari dia cuba call dan message gadis itu tetapi semuanya ditinggalkan dengan missed call dan one tick sahaja.

Emir tidak menjawab pertanyaan adiknya itu. Terus dia mencubit pipi anak buahnya. "Pandai eh sekarang membebel macam mak nenek. Siapa ajar ha Edrian cakap pak ngah pekak ni". Kata Emir dengan kening berkerut. Lantas Edrian menunjuk ke arah Aisy.

"Eh budak ni memfitnah pulak. Bila masa pak su ajar kau kata macam tu. Pak su is a nice person, okay" kata Aisy dengan memuji dirinya.

"Pak su orang baik tak akan cakap diri dia baik tau." Kata Edrian. Tergelak Emir mendengar anak buahnya itu berkata. Petah betul bila bercakap. Aisy terus terdiam.

"Siapa ha cakap macam tu dekat Edrian dia menipu je tu, kau pun percaya bulat-bulat" sambung Aisy.

"Kawan Ed lah cakap" kata Edrian dengan bangga.

"AH menipu je semua tu" balas Aisy.

"BETUL LAH!"

"SALAH!"

"BETUL!!

"SALAH!!"

"Ed kata betul tu betul lah pak su ni!!"

"Pak su kata salah tu salah la!!" Aisy membuat muka mengejek. Mula la tu nak menyakat budak. Kalau Edrian dengan Aisy bersama mesti ada saja benda yang mereka tidak puas hati. Biasalah anak bongsu dan cucu sulung keluarga itu kan. Gelak besar Emir melihat gelagat mereka.

"Kau budak ni nangis nanti kau pujuk aku tak tahu." Dia terus saja bangun dari situ dan berlalu pergi. Dia lihat saja wajah Edrian yang hampir menangis itu, sebab tu dia cabut lari dulu.

1

2

3

"HUWAAAA" bergema suara tangis Edrian di ruang tamu itu.

Gelabah Aisy terus memeluk anak buahnya itu. "Okay-okay sorry, Edrian betul paksu yang salah okay?" dia cuba memujuk anak buahnya itu sebelum dibebel oleh kakak sulungnya kerana buat anaknya menangis.

'Kau ni ngah mulut masin betul' marah Aisy dalam hati.

"Ha tu dah kenapa menangis pulak cucu mama sorang tu." Tanya Datin Emma apabila nampak Emir yang berada di muka pintu dapur itu.

"Biasa la ma, Aisy menyakat budak tu. Tak nak dengar cakap budak tu." Kata Emir sambil mengambi tempat duduk di meja makan itu.

"Haih tak boleh bersama 2 orang tu. Ada je benda nak gaduhnya" kata Datin Emma.

"Ni Emir, minggu depan ada mesyuarat dengan Syarikat EJ Holdings kan untuk perbincangan projek baru bersama mereka tu." Tiba-tiba saja Dato' Amar bersuara.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now