BAB 14

474 19 0
                                    

"Airis." Panggil Datin Emma. Datin Emma menghampiri Airis yang keseorangan di gazebo itu dengan dulang yang mengandungi dua gelas air. Airis memandang ke arah Datin Emma.

"Mana Emir? Ni aunty ada buatkan air untuk kamu berdua, minum lah dulu" kata Datin Emma sambil meletakkan dulang itu di lantai gazebo. Dia turut mengambil tempat duduk di sebelah Airis.

"Ouh Emir dia kata nak pergi tandas sekejap Aunty. Terima kasih aunty buatkan air ni, susah-susah saja." Kata Airis dengan nada yang malu lalu dia menyisipkan sikit air itu.

"Tak susah la Airis. Aunty yang patut ucapkan terima kasih dekat Airis." Kata Datin Emma.

"Kenapa pulak aunty? Airis tak ada buat apa-apa dekat aunty pun." Berkerut kening gadis itu mendengar kata-kata Datin Emma.

"Terima kasih sebab dah ubahkan Emir. Dulu dia tak serajin ini Airis, bila aunty dengar kamu cakap Emir ajak kamu study jujur aunty cakap aunty terkejut. Tapi aunty bersyukur terbuka jugak mata dia untuk belajar kalau tak dia hanya pentingkan sukan sahaja. Risau aunty dibuatnya." Kata Datin Emma sambil memegang tangan Airis. Airis terdiam.

"Err tak ada lah aunty. Saya tak rasa sebab saya dia berubah. Itu semua kehendak dia aunty. Kalau dia rasa nak berubah dia akan berubah. Emir tu sebenarnya okay je aunty, saya perasan dia cepat faham. Saya yakin anak aunty tu boleh berjaya punya." Kata Airis sambil tersenyum ke arah Datin Emma.

"Terima kasih lagi sekali Airis." Senyum Datin Emma.

"Ha mengumpat pasal Emir ke tu mama." Kata Emir yang sedang berjalan ke arah mereka.

"Eh budak ni. Salam tak ada apa tak ada terus terjah je. Haah mama mengumpat kamu, mama tanya Airis kamu nakal ke dekat sekolah." Datin Emma menepuk lengan anaknya kuat.

"Aaa sakit lah mama. Apa mama ni tak baik mengumpat anak sendiri. Kau ada bagitahu pape yang buruk ke pasal aku kat mama?" tanya Emir sambil menggosok lengannya. 'Fuh boleh tahan eh rasa dia'.

Airis tergelak kecil melihat gelagat ibu dan anak di hadapannya ini. Airis mengangguk saja dia ingin membuat Emir marah. "Haah saya cakap awak nakal. Suka kacau orang pastu perli budak-budak." Kata Airis.

Membulat mata Emir mendengarnya. "Eh kau fitnah aku pulak. Mama jangan percaya cakap dia serius Emir baik je tak kacau orang tau" dia sedaya upaya cuba menyakinkan mamanya. Tergelak kuat kedua-dua perempuan yang berada di hadapannya. Emir berkerut. "Kenapa korang gelak?" tanyanya pelik.

"Tak ada lah Emir, saya tak cakap pape pun dekat mama. Janganlah awak risau sangat." Gelaknya lagi. "Risau sangat tu Emir ada pape ke sorok dari mama hm?" tanya Datin Emma pada Emir.

"Er mana ada mama. Pandai kau eh kena kan aku sekarang." Kata Emir sambil membuat muka marah.

Tergelak lagi si dia. Tak tahu kenapa lihat Emir yang gelabah itu membuat dia ingin ketawa. Mungkin selalu dia nampak Emir yang takutkan orang. Kalini dia pulak buat kepada lelaki itu.

Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat seperti kawan baik. Boleh dikatakan setiap hari mereka berlima akan rehat sekali dan stay pada waktu petang untuk mengulangkaji. Lagi beberapa hari sahaja lagi sebelum peperiksaan penting itu bermula. Tetapi disebalik semua ini pasti ada seseorang yang sedang merancang untuk menghancurkan hubungan mereka. Siapa lagi kalau bukan Zara Amanda.

'Kau jangan ingat kau boleh gembira dengan Emir, Airis. Kau tunggu. Aku akan buat dia marah dan bencikan kau.'


🌷🌷🌷


"Yeyy, tinggal 1 paper lagi!!" kata Airis dan Dahlia serentak.

"Hm lepas ni susah lah nak jumpa korang. Mesti masing-masing dah pergi sambung belajar jauh-jauh" kata Amsyar. Lagi dia sedih bila tidak dapat berjumpa dengan kekasih hatinya itu.

"Boleh je kalau kita semua still in contact." Kata Airis. Lukman bersetuju dengan kata-kata Airis itu. "Ah kau nak sedih-sedih sangat. Kau boleh je chat dengan Dahlia tu setiap hari girlfriend sendiri kan." Menjuling mata Emir ke atas, menyampah dia dengan kawannya itu.

"Ehe saja je" kata Amsyar dengan menayang sengih. Dahlia hanya tersenyum malu saja,

"Dah kahwin jangan lupa ajak kitorang pulak." Kata Airis mengusik. Dahlia terus menampar lengan Airis. "Kau ni malu lah!"

"Eh of course ajak. Korang punya nama kitorang letak list paling atas." Kata Amsyar sambil membuat gaya tangan meninggi. "AWAK!!" Dahlia geram dengan Amsyar ni makin menjadi-jadi pulak. Mereka semua hanya ketawa sahaja.

"Emir, cikgu disiplin nak jumpa kau." Gelak ketawa mereka terus terhenti apabila diganggu oleh seorang rakan sekelasnya.

"Aku?" Emir bertanya. Terus diam semua. 'Kenapa cikgu disiplin nak jumpa Emir?' tertanya-tanya mereka. Rakan sekelasnya itu hanya mengangguk lalu pergi dari situ.

"Weh Emir kau ada buat salah ke? Apahal cikgu nak jumpa kau bro" tanya Amsyar.

"Aku- aku tak tahu. Aku pergi dulu, jumpa korang nanti." Kata Emir sebelum melangkah pergi. Airis memandang ke arah Emir dengan riak risau. 'Kenapa aku rasa macam tak sedap hati.'

*Tok tok* pintu bilik guru itu diketuk oleh Emir.

"Masuk" kata gurunya. Lantas Emir melangkah masuk ke dalam bilik guru itu.

"Ya cikgu, ada apa nak jumpa saya?" tanya Emir. Satu kertas yang mengandungi nota diletakkan di atas meja. "Ni kamu punya kan? Saya jumpa bawah meja kamu Emir." Tanya gurunya.

Emir terkejut dengan kertas yang berada di hadapannya itu. Ya memang itu dia punya tetapi macam mana boleh ada di situ. "Kamu cuba-cuba untuk meniru ke Emir. Kamu tahu kan kalau kamu ditangkap untuk meniru dalam peperiksaan ini. Kamu boleh terus digagalkan?" kata cikgunya lagi.

"Ci-cikgu, saya mengaku tu saya punya. Tapi jujur saya cakap saya tak bawak kertas ni dekat dalam dewan cikgu." Jujur Emir.

"Apa bukti awak tak meniru Emir. Sudah terang lagi bersuluh nota ni bawah meja awak. Awak nak berdalih lagi?" kata cikgu Zakaria itu.

"Tak cikgu. Saya bukan nak berdalih tapi jujur saya cakap saya tak meniru. Cikgu bagi masa dekat saya, saya buktikan dekat cikgu yang saya tak meniru." Kata Emir lagi.

"Baik. Kalau itu yang awak mahu, saya bagi awak masa tempoh seminggu untuk buktikan, kalau tidak paper sejarah awak dikira gagal. Awak tahukan kalau kamu gagal sejarah, sijil kamu tak akan dapat?" kata cikgunya.

"Saya tahu cikgu. Saya akan buktikan yang saya tak salah. Saya pergi dulu." Kata Emir lalu keluar dari bilik guru. Emir keluar dengan keadaan yang kusut. "Siapa yang cuba nak hancurkan aku ni. Serabut la sial" ditumbuk dinding sekolah itu.

"Weh weh kau pahal ni. Sabar weh" kata Lukman cuba menahan Emir dari bertindak gila. Mereka yang lain melihat Emir itu sudah berasa seram. Ini petanda tidak baik.

"Awak kenapa ni? Apa yang cikgu cakap tadi?" tanya Airis dengan berhati-hati. Dia takut kalau tersalah cakap padah dia nanti.

Emir melepaskan pegangan Lukman. "Kau suruh aku bersabar? Kau tahu ada orang report dekat cikgu yang aku meniru exam sejarah. Aku tak tahu macam mana cikgu boleh jumpa nota aku bawah meja aku. Tapi sumpah weh aku cakap sumpah aku tak bawak masuk." Kata Emir dengan riak risau. Dia risau dan marah pada masa yang sama. Kalau dia dapat orang tu siap dia kerjakan.

Terkejut semua mendengarnya. "Siapa yang nak aniaya kau ni do." Tanya Amsyar.

"Aku tak tahu Am, aku tak tahu." Lalu dia menolak rambut kebelakang tanda serabut. Airis yang melihatnya jatuh kesian. 'Siapa yang sanggup buat macam ni dekat awak Emir?' kata hatinya.

"Sabar mir. Kitorang akan tolong kau cari bukti yang kau tak bersalah." Kata Lukman sambil menepuk bahu kawannya itu.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now