Airis turun ke bawah dengan perlahan-lahan, lalu dia pergi ke arah dapur. Seperti yang dijangka Datin Emma dan Mak Ton sedang menyediakan sarapan. Airis tersenyum melihat mak mentuanya di dapur.
"Selamat pagi mama, Mak Ton." Airis memberi salam di muka pintu dapur itu sambil tersenyum.
"Eh awalnya menantu mama turun? Tak penat ke bangun awal ni?" Tanya Datin Emma sambil memandang ke arah Airis.
Airis menggeleng. "Tak ma, Airis okay je. Ada apa-apa yang Airis boleh tolong tak ma? Mak Ton?" Tanya Airis.
"Tak apa Airis. Mak Ton dah tolong mama siapkan dah. Tak apa la kamu pergi la balik bilik semula rehat, nanti mama panggil kamu berdua turun." Kata Datin Emma sambil tersenyum.
"Betul tu Airis, Mak Ton dah tolong datin dah. Airis pergi lah naik dulu ye." Mak Ton juga bersuara.
Airis menggeleng. "Tak apa la mama, Mak Ton. Tak manis pula kalau Airis tak tolong, tak apa la Airis hidangkan dekat meja makanan eh?" Kata Airis sambil memegang mangkuk yang berisi nasi goreng tu.
Datin Emma tersenyum. "Haih budak ni lagi dihalang, dia nak jugak buat" terselit ketawa di situ. "Ye la Airis" kata Datin Emma.
Airis hanya berikan senyuman manis padanya. Dia gembira ada juga yang boleh dia bantu walaupun tak banyak.
Setelah selesai menghidang, Datin Emma meminta Airis memanggil Emir untuk turun sarapan. Airis pun melangkah ke bilik Emir, mengetuk pintu sebelum masuk. Emir, seperti yang dijangka, sudah tertidur semula selepas solat Subuh tadi. Airis tersenyum kecil melihatnya.
"Senangnya awak tidur," bisik Airis sambil duduk di birai katil. Dia menggoyangkan tangan Emir perlahan
"Awak"
"Hm" Emir menyahut tetapi masi menutup matanya.
"Awak bangunlah, mama panggil turun sarapan sekali." Digoyangkan lagi tangan suaminya.
"Hm, Kita tak yah turun la. Kita duduk sini je saya penat la" masih menutup matanya lagi.
"Ee awak mana boleh. Sarapan penting la!"
"Tak apa la kalau awak tak nak sarapan saya turun sorang." Airis mahu berlalu pergi.
Baru saja dia jejak kan kaki di lantai marmar bilik itu, terasa tubuhnya ditarik semula sehingga terbaring di atas katil.
Airis lantas memukul bahu Emir. "Ee awak ni kenapa eh? Suka sangat tarik-tarik saya, lama-lama putus anggota badan saya ni!" Kata Airis dengan rasa geram.
Emir tergelak kecil. "Tak apa la anggota badan awak putus pun saya sayang lagi." Emir berkata dengan nada main-main.
"Eee annoyingnya, suami siapa la ni." Kata Airis sambil menjeling tajam wajah suaminya.
"Suami Airis Emyra la, habis suami siapa lagi." Kata Emir dengan bangga.
Airis menjelingnya sekali lagi. "Gedik la awak ni. Dah lah saya nak turun, kalau awak tak nak turun awak duduk sini diam-diam!" Airis bangun dari baringannya lalu ingin keluar pergi.
"Haih nanti lah dulu sayang, tak lari mana sarapan tu. Kita turun berdua sama-sama" Emir turut bangun dari baringannya lalu mengemaskan rambutnya.
"Dah jom" Emir memimpin tangan Airis untuk turun ke bawah. Airis hanya mengikut saja tanpa membantah.
🌷🌷🌷
"Turun dah pengantin baru ni" kata Datin Emma sambil tersenyum melihat anak menantunya yang sedang turun ke bawah bersama-sama.
Mereka berdua hanya tersenyum ke arah keluarga mereka yang sudah berada di meja makan itu. "Good morning ma, pa." Kata Emir dengan senyuman.
Mereka berdua duduk bersebelahan di meja makan. Lalu Airis mengambil mangkuk nasi goreng dan menuangkannya ke dalam pinggan Emir dengan senduk.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...