"Ada apa kau panggil kitorang lepak ni." Kata Amsyar sambil menyirup air teh o' ais limau yang dipesannya tadi.
"Saje. Kenapa tak boleh dah ke aku ajak korang lepak sekali dah. Tak sudi dah?" kata Emir dengan menaikkan satu keningnya ke atas.
"Tak ada lah tak boleh. Dia macam tiba-tiba sangat. Bukan selalu hari cuti ni kau suka menyendiri ke? Mimpi apa sampai nak ajak keluar." Kata Amsyar.
"Ye do. Ni mesti ada hal kau nak bagitahu ni. Ayat chat pun macam ada hal mustahak sangat." Sambung Lukman
"Aduh korang ni tahu-tahu je. Next week birthday Airis." Katanya pendek.
"Jadi?" tanya mereka berdua serentak
"Jadi aku nak minta tolong korang berdua dengan Dahlia dan Mawar, kawan Airis sekali. So, korang tunggu lah jap diorang sampai baru aku cakap." Kata Emir.
"Wow, girlfriend aku pun terlibat sekali?" Kata Amsyar dengan riak yang tidak percaya.
"Macam special sangat je benda yang kau nak buat. Kau plan apa ni weh." Tanya Lukman
"Ye mesti la girlfriend kau terlibat dah dia kawan Airis. Aku perlukan pertolongan dia jugak."
"Kau pun nak tahu sabar jap tunggu dua orang tu sampai dulu." Sambung Emir lagi.
Dekat 15 minit mereka menunggu baru Mawar dan Dahlia muncul.
"Sorry kitorang lambat sikit." Kata Dahlia dan Mawar serentak seusai saja mereka sampai di tempat tiga orang lelaki itu duduk.
"It's okay. Duduk lah." Kata Emir
Dahlia yang baru saja mahu duduk di kerusi berhadapan dengan Amsyar terkejut bila suara kawannya bergema di restoran itu.
"Awak?!" Kata Lukman dan Mawar serentak. Mereka yang berada di situ sudah memandang mereka berdua.
"Korang kenal each other ke?" Tanya Dahlia.
"Ni la mamat power 1k yang aku cakap tu!" kata Mawar dengan rasa tidak puas hati sambil menunjuk ke arah Lukman. Tercengang Dahlia mendengarnya.
"Jadinya, mamat parking kau cakap tu Lukman ke?" tanya Dahlia.
"Tah aku tak tahu nama dia siapa, tapi memang mamat depan kau ni." Kata Mawar lalu menjeling ke arah Lukman.
"Wah wah sedap mulut cik adik panggil aku power 1k" kata Lukman dengan rasa geram.
"Siapa adik awak? Memang nama tu sesuai pun dengan awak yang dah pakai spek tapi still tak nampak!" sambung Mawar lagi.
"Ish perempuan ni ada yang kena kang." Lukman berura-ura mahu pergi ke arah Mawar.
"Apa-apa meh aa sini kalau nak gaduh." Mawar memprovoknya lagi.
"Dah stop! Aku panggil korang ni bukan nak tengok korang gaduh. Aku nak mintak tolong. Kalau korang nak gaduh sambung lepas ni." Kata Emir dengan suara yang tegas. Pening kepala di buatnya bila melihat dua orang kenalan rapatnya bergaduh.
Dengar saja arahan Emir itu lantas Mawar mengambil tempat di sebelah Dahlia sempat juga dia menjeling lagi sekali ke arah Lukman.
"Kecik betul dunia bro" bisik Amsyar pada Lukman. Lukman hanya memberi side eyes pada kawannya itu.
"Okay Mir, kau boleh sambung." Kata Lukman sambil merenung tajam Mawar yang berada di depannya.
"Okay seperti yang semua tahu, next week birthday Airis. Aku nak mintak tolong korang tolong aku buat surprise birthday untuk dia." Kata Emir
"Wow, bila masa kau jadi romantik ni?" Tanya Amsyar yang masih tergamam mendengar ayat Emir itu.
"Diam kau. Ni lah satu-satunya plan terakhir untuk aku minta maaf and lembutkan hati dia balik. Please aku perlukan sangat bantuan korang kalini." Rayu Emir pada kawan-kawannya.
"Minta maaf? Apa yang jadi antara korang?" Mawar menyampuk dengan riak muka penuh tanda tanya.
"Ouh, Airis tak pernah cerita dekat awak ke Mawar?" kata Emir
Mawar hanya menggeleng. "Tak dia tak pernah cerita dekat saya. Pernah saya tanya dia kenapa dia tak suka awak bila dapat tahu syarikat kita bergabung untuk buat projek tu. Tapi dia cuma cakap tak ada pape yang jadi." Ujar Mawar dengan panjang lebar. Emir hanya tersenyum nipis mendengarnya.
"Tak apa weh, nanti aku cerita dekat kau apa yang jadi. Sekarang ni mir kau nak kitorang tolong apa?" tanya Dahlia.
"Aku nak mintak tolong korang berdua ajak Airis pergi tempat yang aku dah booked nanti. Tapi jangan cakap aku yang minta, korang pandai-pandai lah cakap macam korang yang nak celebrate dengan dia. Kalau korang cakap aku yang minta sah-sah dia akan tolak." Kata Emir sambil tersenyum nipis.
"Tapi kalau Airis tahu kitorang berkomplot dengan awak tak ke nanti dia marah?" tanya Mawar.
"Bab tu jangan risau, saya akan settlekan. Korang just tolong saya untuk bawak Airis pergi situ je." Kata Emir.
"Dan untuk korang dua." Emir memandnag ke arah Lukman dan Amsyar pula.
"Aku nak minta tolong korang hias tempat yang aku dah booked" sambung Emir.
"Aik kau suruh kitorang hias? Seriously Emir? Kau suruh kitorang hias?" Tanya Amsyar berkali-kali.
"Ye korang hias." Jawab Emir pendek
"Kau tak risau ke hiasan tu buruk? Nanti rosak plan kau Emir..." sambung Lukman pula. Biar betul kawan dia ni banyak-banyak benda dia suruh mereka yang hias?
"Aku percaya korang. Korang buat je mana yang terbaik." Kata Emir.
"Urm so tu je lah yang aku nak minta korang buat. Aku harap plan ni menjadi." Kata Emir dengan peuh harapan.
🌷🌷🌷
Airis yang baru sampai di tempat duduknya terus meletakkan handbag di atas kerusi sebelum mengambil bunga yang berada di atas mejanya. Kali ni jumlahnya berbeza, hanya terdapat 3 kuntum bunga rose berwarna merah sahaja di atas mejanya. Dilihat sekelilingnya untuk menanyakan siapa yang memberi bunga itu tetapi tiada siapa di office pada waktu ini.
Airis mengambil sticky note yang terselit di antara bunga itu.
"FOREVER"
-EN-
'Forever? Siapa yang bagi ni? Tulisan yang sama, orang yang sama setiap kali hantar.' Gumam dia sendirian. Sedang dia sibuk berfikir siapa yang menghantar tersebut tiba-tiba ada bunyi letupan dalam office. Terkejut Airis lalu dia melihat di pintu masuk office tersebut.
"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Airis Emyra,
Happy birthday to you."
Nyanyian lagu birthday oleh rakan-rakan sekerjanya itu bergema di ruangan bilik officenya. Airis tersenyum lebar bila mendengar nyanyian tersebut.
"Harini birthday saya?" tanya dia pada rakan sekerjanya.
"Ye la Airis. Kau tak ingat ke? Harini 8 Ogos." Kata Mawar.
Airis menggelengkan kepalanya. "Terima kasih semua. Saya appreciate semua ni. Susah-susah je korang plan surprise birthday ni." Kata Airis dengan senyuman yang lebar.
"Ala tak susah pun Airis. Patutnya awak ucapkan dekat Arif sebab dia yang plan surprise ni kalau tak kitorang pun tak ingat." Kata salah seorang pekerja perempuan di situ. Arif hanya senyum segan di situ.
"Tiup la lilin ni." Kata Arif. Airis laju saja meniup lilin yang berada di atas kek tersebut.
"Terima kasih Arif." Ucapnya dengan senyuman yang manis.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...