BAB 50

652 28 2
                                    

Emir dan Airis turun bersama-sama ke ruang makan. Mereka lihat di ruang makan tersebut bukan hanya ada keluarga mereka sahaja tapi juga keluarga mak sunya. Emir mengeluh sedikit bila nampak mak su nya, dia bukan tak suka tapi sikap mak su nya buat dia menyampah.

"Ha turun dah. Duduk sini sekali Emir, Airis." Dato' Amar menjemput mereka duduk sekali di meja makan.

Airis dan Emir hanya menunjukkan senyuman nipis. Airis tak pernah berjumpa dengan keluarga itu sebabnya masa mereka kahwin keluarga mak su Emir berada di luar negara.

Airis mengikut Emir duduk di meja makan tapi sebelum tu sempat lagi dia menyalam tangan mak su Emir. Datin Elya nak tak nak je sambut salam Airis.

"Ni menantu kak, Elya. AIris namanya." Datin Emma memperkenalkan Airis pada adiknya.

"Airis, ni mak su Emir, Datin Elya."

"Boleh tahan la menantu kau ni kak. " Kata Datin Emma tanpa riak sambil memandang Airis.

Airis hanya tersenyum nipis.

"Banyak nya mama masak," Emir cuba mengubah suasana ketika itu.

Datin Emma tersenyum, "bukan selalu mama masak banyak, alang-alang mak su kamu pun nak datang sini mama masak la banyak."

"Kak kau masak sorang je ke semua ni?" Tanya Datin Elya dengan riak muka tak senang.

"Tak lah Erin ada tolong akak tadi," kata Datin Emma.

"Ouh, menantu kau buat apa? Menempel je dengan suami 24 jam?" Tanya Datin Elya sinis.

Mereka yang berada di meja tersentak mendengarnya lagi-lagi Airis. Muka dia merah, menahan malu. Emir yang mendengarnya juga turut rasa geram. Dia sudah agak mak su nya mesti buat perangai.

"Mak su-" ayat Emir tergantung bila mana Airis memegang tangannya erat. Airis menggeleng tanda dia okay. Dia tidak mahu perkara ini semakin besar sehingga menyebabkan pergaduhan.

"Kamu ni Elya, anak menantu aku tu baru je balik petang tadi. Sampai-sampai je memang semua dah siap. Diorang lambat pun sebab Emir ni ada kerja harini." Dato' Amar bersuara. Dia pun kurang senang dengan sikap adik iparnya itu. Datin Elya terus diam.

Datin Emma yang sudah masak dengan perangai adiknya itu, turut mengeluh kecil. Dia tidak sangka yang adiknya juga akan menyindir menantunya. "Dah semua jemput lah makan. Sejuk lauk tu nanti" Datin Emma cuba neredakan keadaan. Lalu semua kembali dalam keadaan tenang.

Airis seperti tidak lalu untuk makan, tapi dia paksa juga. Tidak mahu nampak yang dia tidak okay selepas dikata begitu oleh mak su. Emir yang perasan riak wajah Airis sedikit berubah terus menggenggam tangan isterinya di bawah.

"Airis," panggil Datin Elya dingin. Suaranya memecahkan kesunyian di meja makan itu. Airis sudah menelan liur bila Datin Elya memanggil. 'Apa lagi yang mak su ni mahu katakan' kata hatinya. Emir juga turut menahan rasa menyampah dengan mak su nya.

"Ye mak su?" Jawab Airis dengan senyuman untuk menutup perasaannya.

"Kamu dengan Emir dah berapa bukan kahwin? Tak ada isi lagi ke?" Tanya Datin Elya tanpa nada.

"Elya..." panggil suaminya dengan tegas untuk berhentikan perbuatan Datin Elya. Dia tahu isterinya itu tiada benda baik untuk bercakap. Tapi Datin Elya buat tak endah dengan panggilan suaminya.

Mereka semua di situ terus berhenti makan mendengar soalan dari Datin Elya. Soalan paling sensitif untuk pasangan yang berkahwin. Airis dan Emir juga turut tersentak lalu memandang ke arah mak su. Belum sempat Emir bersuara, Airis dah bersuara terlebih dahulu.

"Dah nak masuk 2 bulàn mak su. Pasal anak tu insya-Allah kalau ada rezeki untuk kami, adalah." Airis masih cuba untuk berlembut walaupun hatinya seperti dihiris. Emir tahu pasti isterinya terasa akan kata-kata mak su nya tapi ditahan.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now