Sampai sahaja di perkarangan rumah Emir terus dia memarkir kereta di hadapan rumah Emir. "Kita dah sampai" kata Airis sambil membuka seatbeltnya.
"Thanks. Awak balik naik apa ni?" Tanya Emir
"Saya order grab maybe?"
"Tak payah. Bahaya awak nak naik grab sorang-sorang malam-malam ni. Nanti saya minta Aisy hantarkan awak." Kata Emir
"No, it's okay. Saya dah biasa naik grab, saya tak nak susahkan orang. Awak tak payah risau-"
"Boleh tak kalini je awak dengar cakap saya. Dunia sekarang ni bahaya, kalau apa-apa jadi dekat awak macam mana? Cukup lah kejadian tadi buat saya rasa cemas. Jangan tambah lagi Airis." Emir memintas kata-kata Airis dengan suara yang tegas dan terus keluar dari kereta. Airis hanya mengeluh.
"Assalamualaikum" Emir memberi salam lalu masuk ke dalam rumahnya.
"Waalaikumussalam- Ya allah ngah apa jadi nii?!" Bergema suara Datin Emma apabila terpandang ke arah anak keduanya yang sudah berbalut di kepala. Suara Datin Emma itu cukup menarik perhatian keluarganya yang berada di rumah itu. Laju Datin Emma pergi ke arah Emir.
"Emir apa jadi? Kenapa kepala kamu berbalut?" Kata Dato' Amar dengan riak risau.
"Pa ma jangan risau. Emir okay je, tak serius pun luka ni. Kemalangan dekat side tadi." Kata Emir lalu menyalam tangan kedua orang tu itu.
"Ya allah macam mana boleh jadi mir? Ni kamu balik drive sendiri ke?" Tanya Datin Emma dengan rasa risau.
Emir menggeleng. Tiba-tiba ada seseorang bersuara "Assalamualaikum aunty uncle".
Airis berdiri di sebelah Emir sambil menghulurkan tangan untuk menyalam Datin Emma.
Datin Emma menyambut salam Airis dengan wajah yang tertanya-tanya. "Siapa ni mir?"
"Airis ma. Anak aunty Julia, jiran kita dulu." Kata Emir. Airis hanya senyum saja.
"Ya Allah kamu dah balik Airis!!" Terus Datin Emma menarik Airis ke dalam pelukannya. Airis yang tidak sangka dengan tindakan Datin Emma itu, membalas saja perbuatannya.
"Macam mana mir boleh jumpa Airis?" Tanya Dato' Amar.
"Kalau papa nak tahu projek baru tu, kita bergabung dengan syarikat yang Airis kerja. Emir pun tak sangka." Kata Emir
"Saya nak minta maaf aunty uncle sebab saya Emir cedera." Kata Airis sambil menundukkan kepalanya.
"It's okay sayang. Kami tak marah pun patutnya kami ucap terima kasih sebab laju bawak Emir ke hospital sebelum ada benda yang teruk berlaku." Kata Datin Emma sambil tersenyum. Airis hanya menggelengkan kepala saja tanda tidak mengapa.
"Ma, Aisy mana? Nak minta tolong dia hantarkan Airis balik. Tadi Airis yang drive kereta Emir balik. Dia nak balik naik grab Emir tak bagi." Kata Emir. Airis menjeling Emir disebelahnya 'ish tak payah la bagitahu!' getus hatinya
"Aisy? Dia ada je kat atas. Tak payah la naik grab Airis bahaya dah nak malam ni. Tak pun Airis tidur sini je la malam ni? Rumah ni ada satu lagi bilik kosong." Kata Datin Emma
"Eh tak apa aunty. Saya tak nak susahkan orang. Lagipun nanti parents saya risau saya tak balik lagi." Laju saja Airis menolak ajakan Datin Emma.
"Tak ada susahnya lah Airis. Kalau Airis dah kata macam tu kejap aunty panggilkan Aisy. Kamu duduk la dulu ye." Kata Datin Emma. Airis hanya mengangguk saja dengan permintaan Datin Emma
"Nanti papa tolong kamu siasat kemalangan dekat site tu. Mungkin ada kecuaian yang berlaku. Kena lebih hati-hati lagi lepasni. Kita nak kurangkan jumlah kemalangan yang tidak diingini dekat site tu." Kata Dato' Amar
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...