BAB 23

582 27 0
                                    

"Comel"

Emir tersenyum-senyum melihat bekas iced latte di atas meja officenya bila teringat reaksi Airis di cafe tadi. "Kau marah pun comel Airis, tak berubah." Gumamnya sendirian. Kedua-dua kawannya yang berada di sofa bilik tersebut sudah memandang Emir dengan wajah berkerut. Dia masih tidak perasan keberadaan dua orang kawannya di dalam bilik itu.

Amsyar menyiku lengan Lukman "Kawan kau kenapa? Macam tak betul je duk senyum pastu geleng. Orite ke tak orite?" Bisik Amsyar.

"Macam angau je kawan kau tu..." Bisik Lukman kembali. Amsyar bergerak perlahan-lahan ke meja office Emir.

1

2

3

"Woi Emir!" Amsyar menepuk meja office Emir itu.

Emir yang terkejut dengan tindakan Amsyar itu lantas memukul kepala lelaki itu menggunakan note book nya. "Terkejut bodoh. Tak reti tegur elok-elok ke. Bila masa korang berdua masuk?" Emir mengusap-usap dadanya.

"Aduh! kau tu yang tak perasan kitorang ada dekat sini lama dah. Tersenyum-senyum macam orang angau pahal." Kata Amsyar sambil menggosok kepalanya. 'Sakit siot'

Lukman mengangguk setuju dengan kata-kata Amsyar. "Ada good news ke?" Tanya Lukman.

"Erm nak kata good news tu macam tak. Cuma aku dah dapat nombor dia and tadi pagi baru terserempak dengan dia." Kata Emir dengan senyuman nipis

"Ceh kira bersemangat lah ni dapat tengok muka dia?" Tanya Lukman. "maybe..." Balasnya. Senyuman di bibirnya masih tidak lekang dari tadi.

"Teruk angau kau ni. Macam mana kau dapat nombor dia do?" Tanya Amsyar

"Aku tanya Dahlia semalam." Balasnya pendek.

"Patutlah budak tu duk membebel dekat aku. Dia kata macam ni 'cakap dengan kawan awak tu jangan ganggu saya malam-malam lah!'" Amsyar mengajuk sepertimana Dahlia membebel dengannya.

"Tak pasal-pasal aku yang kena bebel." Sambung Amsyar lagi.

Emir ketawa. "AHAHAHAHA sorry la weh. Aku tak tahu nak minta tolong siapa lagi, alah kau macam tak biasa kena bebel dengan Dahlia."

"Masalahnya sekarang ni dia bebel pasal masalah kau. Aku tak nak dengar dia bebel pasal masalah kau." Kata Amsyar dengan nada tak puas hati.

"Ni apa plan kau lepas ni pulak? Takkan nak biar je." Kata Lukman.

"Memang tak lah aku nak biar je. Banyak dah plan aku cuma nak tengok jadi tak jadi je." Kata Emir bersahaja.


🌷🌷🌷


Dahlia yang perasan akan renungan Airis itu terus menghentikan suapannya.

"Ehem kau kenapa pandang aku macam tu?" tanya Dahlia

"Kau tahu kan aku nak tanya apa sebenarnya?" kata Airis dengan kening terangkat.

"Er mana aku tahu kau nak cakap apa. Aku bukan ahli nujum Airis oi."

"Kau tahu kan kitorang buat projek dengan syarikat siapa? Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal?" tanya Airis lalu dia mengeluh.

"Err, kau dah tahu ke...Sorry la Airis aku bukan tak nak bagitahu. Kalau aku bagitahu nanti kau mesti buat kerja gila lagi. Dulu kau lari, ni kalau aku bagitahu semua, apa lah yang kau buat nanti." Kata Dahlia

"Tapi takkan kau tak tahu company tu milik siapa mula-mula?" sambung Dahlia lagi.

"Tahu. Dato' Amar Mukhlis kan." Jawab Airis.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now