"Positive..." Kata Airis dengan nada bergetar. Dia gembira dan terharu pada masa yang sama. Dia akan jadi seorang ibu tak lama lagi.
Menjerit gembira mereka berdua. Lalu mereka bertiga berpelukan erat "Congrats Airis!" Ucap Mawar dan Dahlia serentak.
"Kita dah nak jadi aunty la, Dahlia!" Ucap Mawar dengan nada teruja. Dahlia mengangguk. Dia turut tumpang gembira dengan kawannya itu.
Airis hanya tersenyum, dia tak dapat nak ungkapkan apa-apa. Hatinya terlalu gembira saat ini. Pasti Emir gembira kalau tahu pasal berita ni.
🌷🌷🌷
Usai solat Isyak, seperti kebiasaannya, Airis menghulurkan tangan untuk menyalam Emir. Namun kali ini, Emir memandang wajah isterinya lama, terasa ada sesuatu yang berbeza. Sejak dia pulang tadi, Airis kelihatan ceria dari biasa. Senyumannya tidak pernah pudar dan suaranya lembut penuh keceriaan.
Airis yang menyedari renungan Emir, memandang suaminya yang berada di depan. "Kenapa abang pandang Ris macam tu?"
Emir tersenyum tipis, tetapi matanya masih penuh tanda tanya. "Tak ada apa-apa. Abang cuma perasan Ris nampak happy sangat harini. Ada apa-apa yang abang tak tahu ke? Seronok sangat ke Dahlia dengan Mawar datang tadi? Selalu Ris cerita je apa yang Ris buat dengan abang, tapi harini tak cerita pun," usiknya lembut, cuba mencari jawapan dari isterinya.
Airis tertawa kecil, menutupi rasa berdebar dalam hatinya. "Hehe, tak ada apa-apa la abang. Ris cuma happy je harini. Kitorang borak-borak macam biasa, pastu tadi kan Ris buat kek jugak!." kata Airis dengan ceria.
"Kek? Ris teringin ke? Tiba-tiba je Ris buat.." tanya Emir, keningnya terangkat.
Airis menggeleng. "Taklah, Ris buat untuk abang!"
Emir kelihatan semakin hairan. "Untuk abang? Hari ni bukan hari jadi abang, anniversary pun bukan..." suaranya penuh kekeliruan.
Airis ketawa manja. "Bukan sebab tu la abang. Ris cuma nak abang rasa kek yang Ris buat. Abang tak pernah rasa lagi kan? Jom turun bawah," katanya ceria, sambil melipat telekungnya.
Emir memerhati isterinya lama. Rasa pelik semakin kuat dalam dirinya. Seperti ada sesuatu yang isterinya cuba sembunyikan.
"Abang cepatlah, Ris tak sabar nak tunjuk dekat abang ni," Airis mendesak manja bila lihat suaminya masih tidak bergerak. Dia rasa sangat excited untuk tunjuk pada Emir.
"Okay, okay, jom." Emir akhirnya bangun lalu memimpin tangan Airis turun ke bawah. Setibanya di ruang makan, Airis tiba-tiba menyuruh Emir menutup mata.
"Abang tutup mata dulu." Arah Airis sambil memandang wajah Emir.
"Eh, kenapa abang nak kena tutup mata pulak ni? Ris nak kenakan abang ke?" tanya Emir dengan rasa sedikit curiga.
"Bukan la abang! Abang tutup je mata tu, jangan banyak tanya," balas Airis, sedikit geram.
"Ye la ye la , abang tutup," kata Emir sambil mengangkat tangan menutup matanya. Dia menurut saja perintah Airis. Airis tersenyum puas, lalu dia melangkah ke dapur. Kek yang dibuat bersama Dahlia dan Mawar tadi diangkat dengan penuh hati-hati, senyumnya semakin lebar melihat tulisan di atas kek itu.
"Lamanya sayang, sayang betul-betul nak kenakan abang ke ni?" tanya Emir yang sedang duduk di meja makan.
"Jap, jap!" balas Airis sambil tergelak kecil. Dia meletakkan kek itu dengan penuh berhati-hati dia atas meja.
"Abang dah boleh bukak mata ke sekarang ni?" Tanya Emir dengan ura-ura mahu menurunkan tangannya.
"Kejap! Ris kira sampai tiga baru abang buka, okay?" Airis menahan tangan Emir dari turun. Emir pasrah, dia tak tahu apa rancangan isterinya sekarang ni.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...