BAB 59

568 30 5
                                    

"Bawak bertenang, encik... Puan Airis selamat, dan keadaannya sudah stabil sekarang," ujar doktor wanita itu dengan senyuman tipis. Mendengar kata-kata itu, nafas lega terlepas dari mulut mereka. Dia rasa bersyukur yang isterinya selamat.

"Namun, buat masa ini, keadaannya agak lemah kerana kehilangan banyak darah. Jadi, saya terpaksa tidurkan dia sementara waktu untuk pastikan Puan Airis mendapat rehat yang secukupnya," sambung doktor itu lagi.

Hati Emir bagai disiat-siat mendengar penjelasan itu. Suaranya bergetar ketika dia bertanya, "Bagaimana pula dengan kandungannya, doktor? Ka-kandungannya selamat kan?" Perasaan cemas kembali menerpa bila doktor hanya membicarakan tentang keadaan Airis, tanpa menyentuh soal anak mereka.

Doktor wanita itu menarik nafas panjang sebelum menjawab, "Jangan risau, kandungannya selamat. Bayi kuat, sama seperti ibunya. Cuma saya harap selepas ini, tiada lagi kejadian yang boleh merisikokan keadaan Puan Airis atau bayi dalam kandungan. Pastikan dia tidak terlalu tertekan dan berikan dia rehat secukupnya."

Emir menarik nafas lega. Hatinya melimpah dengan syukur, dan dia segera berterima kasih kepada doktor itu. "Terima kasih, doktor. Boleh saya tengok isteri saya sekarang?"

Doktor itu mengangguk. "Boleh, selepas kami pindahkan Puan Airis ke wad nanti. Hanya dua pelawat dibenarkan pada satu masa untuk mengelakkan sebarang komplikasi berlaku." ujar doktor itu dengan senyuman tipis.

"Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu," ujar doktor sebelum berlalu. Emir mengangguk.

"Syukur, bang. Airis selamat," kata Puan Julia sambil teresak dalam dakapan suaminya. Encik Azhar tersenyum tipis lalu dia menenangkan isterinya dengan lembut. Dia juga turut rasa bersyukur kedua-duanya selamat.

Emir menekup wajahnya. Syukur yang tidak terhingga mengalir dalam hatinya bila dapat tahu isteri dan anaknya selamat. Dato' Amar menghampiri lalu memeluk anaknya erat. Datin Emma turut menghampirinya lalu mengusap lembut belakang Emir, cuba menenangkan anaknya.

"Kamu dah buat yang terbaik, Emir," kata Dato' Amar penuh kasih.

"Anak mama ni suami dan ayah yang hebat," sambung Datin Emma pula, suaranya lembut. Mereka berdua memberikan kekuatan pada Emir. Emir tidak mampu lagi menahan air mata yang mengalir. Dia rasa penuh syukur dan kelegaan.

🌷🌷🌷

Emir melangkah masuk ke dalam wad perlahan-lahan. Dia duduk di kerusi di sisi katil Airis, menatap wajah isteri kesayangannya yang masih menggunakan alat bantuan pernafasan. Pandangannya sayu, melihat Airis terbaring lemah dengan lengan yang masih berbalut. Hatinya tersentuh dalam, terasa seperti ditikam melihat keadaan isterinya sebegitu. Wajah isterinya yang dulu ceria, kini terlihat begitu lemah dan itu cukup untuk merobek hati kecilnya.

Dengan penuh kasih, dia menggenggam tangan Airis yang dingin dan membawanya ke bibir, lalu mencium lembut tangan yang selalu menguatkannya. Emir terus memegang tangan Airis seolah-olah takut melepaskannya. Tanpa sedar air matanya mengalir lagi.

"Sayang..." Bisiknya perlahan, suaranya juga serak dengan perasaan yang terpendam. "Ris nak tahu tak betapa takutnya abang tadi bila nampak Ris lemah depan abang. Wajah Ris pucat macam tak bernyawa cukup buatkan dunia abang seakan-akan terhenti sayang." Luah Emir sambil menggenggam tangan isterinya erat dan menatap wajah isterinya.

"Kalau apa-apa jadi dekat sayang dengan anak kita tadi, abang tak akan maafkan diri abang seumur hidup. Abang gagal untuk lindungi Ris." Sambungnya lagi dengan nada yang sayu.

"Abang sayang Ris sangat-sangat. Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Ris dunia abang, jantung abang dan nyawa abang. Hilang Ris, hilang la abang dekat dunia ni. Jangan tinggalkan abang, sayang. Abang tunggu Ris bangun." Kata Emir sambil membelai pipi Airis.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now