BAB 53 (M)

670 30 4
                                    

Sudah 2 hari hubungan mereka tegang, bila dia cuba untuk berbual dengan Emir mesti lelaki itu hanya menjawab sepatah saja. Tapi Airis tahu, Emir ego. Setiap malam bila di ajak makan, suaminya pasti kata dia dah kenyang tapi bila esok pagi dia bangun dan pergi lihat di dapur, makanan yang di masak sudah pun habis, tak ada satu pun lauk yang dibuang dalam tong sampah.

Pada setiap malam pula, pasti Emir akan mendukungnya masuk ke dalam bilik. Dia tahu semua tu. Tapi bila di ajak berbual, Emir hanya mengeluarkan sepatah je membuatkan dia rasa buntu tak tahu bagaimana mahu memulihkan hubungan mereka seperti sedia kala.

Dia ada tanya pendapat ibunya, bagaimana untuk pujuk lelaki kalau kita ada buat salah dengannya. Tapi Puan Julia hanya berkata ,kita kena jujur apa salah kita dan minta maaf. Semua yang ibunya katakan sudah pun dia buat tapi tetap tak berjalan.

Bila ditanya pendapat kawannya pula, jawapan mereka sangat tak maksud akal. Airis yang polos itu diminta untuk menggoda Emir. Kata Dahlia, "lelaki ni senang dipujuk bila kau goda dia. Kau kan manja Ris, kau buat-buat manja depan dia. Confirm dia okay lepastu."

Teringat kata-kata Dahlia membuatkan dia geleng kepala beberapa kali. 'Patut ke aku ikut cakap Dahlia?' kata Airis sendirian. 'Tapi sampai bila kita nak dingin macam ni?' Gumamnya lagi. Tiada pilihan lain Airis cuba juga memberanikan dirinya.

🌷🌷🌷

Emir macam biasa lah sejak mereka bergaduh, dia hanya duduk di dalam bilik kerjanya. Kadang-kadang dia membuat kerja ataupun termenung. Sesekali dia menatap skrin laptopnya, memerhatikan gambar-gambarnya bersama Airis. Rasa rindu pada isterinya semakin menyesak di dada.

"Jujur, abang rindu sangat pada sayang," bisiknya perlahan, suaranya seakan tenggelam dalam keheningan bilik.

Dia menarik nafas panjang, meraup rambutnya dengan kekesalan. "Kenapa abang ego sangat?" keluhnya, sukar menerima hakikat bahawa dia sendiri yang membiarkan jarak di antara mereka semakin jauh.

Lamunannya terhenti bila terdengar ketukan halus di pintu. Pandangannya tertumpu ke arah pintu yang perlahan-lahan terbuka. Terkedu Emir melihat Airis berdiri di hadapan pintu, mengenakan baju tidur kelawar yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

'Erk tak pernah-pernah budak ni pakai baju macam ni. Apa yang rasuk dia malam-malam ni' kata hatinya.

"Abang..." panggil Airis dengan suara lembut, hampir manja. Debaran jantungnya tidak terkawal, namun dia beranikan diri menghampiri Emir dan tanpa sebarang amaran dia duduk di atas peha suaminya sambil memegang tangan Emir. Emir tergamam. Dia sedang memproses apa yang jadi sekarang ni. Di depannya sekarang ni adalah isterinya atau orang lain?

Bau minyak wangi yang dipakai oleh isterinya menusuk dalam hidungnya. Emir sedaya upaya cuba menahan. "Ris, buat apa ni?" Tanya Emir dengan suara yang dingin.

"Abang...sampai bila abang nak marah Ris, hm?" Kata Airis dengan muka comel sambil memegang tangan Emir erat.

'Ya Allah, kuatkan lah aku.' Emir berdoa dalam hatinya.

"Ris turun sekarang." Emir tidak menjawab soalannya tapi mengarahkannya lagi. Dia tidak mahu melayan Airis sekarang ini.

Airis tetap degil. Kalau Emir tak nak dengar kata dia, dia pun sama tak akan dengar kata Emir. Dia meletakkan tangannya di pipi Emir, wajahnya menunduk sedikit dengan air mata yang mulai bergenang. "Abang, Ris tahu Ris salah. Tapi sampai bila abang nak hukum Ris macam ni? Abang tak rindu Ris ke? Ris rindu abang..." suaranya tersekat-sekat, penuh dengan perasaan.

Emir terpana seketika, tatapannya terperangkap dalam mata isterinya. Ya, dia rindu. Dia rindu dengan sikap manja isterinya. Tanpa dia sedar, Emir menarik Airis lebih dekat lalu mendekatkan bibir mereka. Airis tersentak, tetapi tidak melawan.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now