Di dalam bilik hotel yang mewah dan sunyi, jam dinding menunjukkan pukul 1 pagi. Paris yang biasanya penuh dengan hiruk-pikuk kini tenang, tetapi di dalam hati Airis, ada kegelisahan yang tidak dapat diusir. Matanya terbuka luas, merenung siling bilik. Walaupun tubuhnya penat selepas seharian berjalan, fikirannya masih berkecamuk, mengingat mesej dari nombor yang tidak dikenali yang diterimanya tadi. Dia cuba meyakinkan dirinya untuk tidak terlalu memikirkannya, tetapi bayangan kata-kata dari mesej itu terus menghantui.
Emir yang berada di sebelah, mula bergerak sedikit. Dia tersedar dari tidurnya dan mendapati Airis masih berjaga. Mata kelopaknya yang berat sedikit terbuka, lalu dia mengerling ke arah isterinya.
"Sayang... kenapa tak tidur lagi?" tanya Emir dengan suara serak, matanya masih separuh tertutup.
Airis sedikit tersentak, tidak menyangka Emir akan perasan. Dia segera berpaling ke arahnya dan memaksa senyuman. "Tak ada apa-apa, abang. Ris tak boleh tidur je," jawabnya, cuba mengalihkan perhatiannya dari apa yang mengganggunya.
Emir menggosok matanya yang sedikit berat dengan belakang tangan, cuba untuk lebih fokus. "Betul ke tak ada apa-apa? Abang tengok Ris macam serabut je ni," katanya, bimbang.
Airis menggenggam erat selimutnya, berusaha menyembunyikan kegelisahannya. "Ris okey... Mungkin sebab baru lagi kat sini, jadi tak biasa tidur awal."
Emir memerhatikan isterinya dengan teliti. "Nak abang buatkan air ke? Atau nak makan apa-apa?" tawar Emir, walaupun suaranya menunjukkan dia juga penat.
Airis menggeleng, tak mahu menyusahkan Emir lebih-lebih lagi ketika honeymoon mereka sepatutnya penuh kegembiraan. "Tak payah abang. Ris okay je. Cuma..."
Emir mengangkat kening, menunggu sambungan dari Airis.
"tak ada pape la abang, Ris okay je," katanya perlahan dengan terselit senyuman nipis, agar tidak menampakkan kegelisahan sebenarnya.
Emir menunduk sedikit, tangannya mencapai tangan Airis dan menggenggamnya lembut. "Kalau ada apa-apa yang sayang nak cerita, abang ada kat sini. Abang boleh dengar cerita Ris. Kalau Ris ada nak buat apa-apa, abang boleh temankan."
Airis memandang ke dalam mata Emir. Dia tahu suaminya itu benar-benar ambil berat. Dia tak mahu membebani Emir, jadi dia cuba mencari sesuatu yang lebih ringan untuk dilakukan. Tiba-tiba, sebuah idea terlintas dalam fikirannya.
"Macam ni...urm apa kata abang teman Ris main satu game, mana tahu Ris boleh tidur lepas tu?" katanya sambil mengubah posisi pada kedudukan duduk memandang Emir.
Emir ketawa kecil, matanya dipaksa untuk bukak walaupun tengah ngantuk teramat sangat. "Main game pukul 1 pagi ni? Okay boleh je. Ris nak main game apa?"
Airis tersenyum, walaupun sedikit risau dalam hatinya. "3 questions 3 answer,.Abang tanya dulu," kata Airis, berusaha ceria.
Emir tersenyum nipis, fikirannya yang agak mengantuk cuba mencari soalan yang mudah. "Okay, abang tanya. Ris bahagia tak dengan abang?"
Airis ketawa kecil lalu mengangguk dan tersenyum. "Bahagia. Abang bahagia tak dengan Ris?"
"Of course lah abang bahagia. Susah tau nak dapatkan hati budak kecik ni." Kata Emir dengan tawa lalu dia mencuit hidung isterinya.
Giliran Airis pula. "Okay, abang... kalau abang boleh pergi mana-mana tempat kat dunia ni, sekarang, kat mana abang nak pergi?"
Emir terdiam sebentar, memikirkan soalan itu dengan mata separuh tertutup. "Abang rasa... Paris pun dah cukup , sebab abang kat sini dengan Ris."
Airis tersenyum manis, hatinya sedikit tenang mendengar kata-kata Emir. "Okay abang pulak tanya, kenapa Ris lari dari abang dulu. Kalau Ris tak nak jawab soalan abang tak apa, abang faham." Emir memegang tangan Airis lalu menatap mata cantik isterinya, serba sedikit dapat menahan matanya dari terlelap.
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romansamy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...