EPILOG

771 39 10
                                    

4 tahun kemudian...

"Abang! Areez!" Teriak Airis dari bawah, suaranya lantang bergema di segenap rumah. Dia sudah selesai menyiapkan persiapan di ruang tamu dan kini naik ke atas untuk memeriksa suami dan anaknya. Harini merupakan ulang tahun ke-4 Areez, dan mereka merancang mengadakan sambutan kecil-kecilan bersama keluarga dan teman-teman rapat.

"Reez, mari sini. Papa nak pakaikan baju ni," kata Emir sambil memanggil anak lelakinya yang masih berbalut tuala. Namun, seperti biasa, si kecil itu tak begitu mudah menurut kecuali dengan mamanya.

"Nanak, Yeez nak mama!" Areez menggeleng kuat. Dia membantah sambil memeluk tuala di tubuh kecilnya.

Emir menghela nafas lembut. "Sayang, mama tengah sibuk kat bawah. Meh la pakai baju dengan papa. Reez nak jumpa Nia, kan?" tanya Emir, cuba memujuk sambil menahan senyum melihat gelagat anaknya.

Areez yang tadinya tegas menggeleng kini langsung mengangguk dengan penuh semangat. "Nak! Yeez nak jumpa Nia!" Mata kecilnya bersinar, jelas teruja.

"Ha, kalau nak jumpa Nia, kena pakai baju dulu. Nanti Nia lari kalau tengok Areez tak berbaju," usik Emir sambil tersenyum. Mendengar itu, Areez terkedek-kedek berlari ke arah papanya.

Emir baru hendak menyarungkan baju tuxedo kecil itu ke tubuh Areez ketika suara lantang memecah suasana.

"Emir Ayden! Areez Elhan! Kenapa tak siap lagi?" Airis muncul di muka pintu, bercekak pinggang.

Kedua-dua anak beranak itu hanya tersengih, masing-masing saling berpandangan. "Alahai, mama awak ni suara makin kuat macam petir. Sakit telinga papa," usik Emir sambil tersenyum nakal. Areez turut tergelak kecil.

"Mama, nanganlah marah. Cian papa," kata Areez, cuba membela papanya dengan wajah polos.

Airis sempat memicingkan mata ke arah anaknya, "Sejak bila Reez jadi team papa ni, hm?"

"Cejak papa nak bawak Yeez jumpa Nia!" jawab Areez dengan wajah berseri-seri.

Mata Airis terus membulat. "Ish abang ni, ajar anak kecil menggatal ya. Nia tu baru tiga tahun tau!" Airis menggeleng kepala, tidak percaya.

Emir tertawa kecil. "Alah, anak kita ni la tak nak pakai baju. Asyik nak mama je. Jadi abang terpaksa la guna nama Nia," jawab Emir sambil meneruskan menyiapkan anak mereka.

"Tak baik guna nama anak orang, abang nii" Airis tergelak kecil sambil mendekati mereka.

Setelah Areez siap berpakaian dengan tuxedo kanak-kanak yang comel, Airis memandang anaknya dengan penuh terharu. "Hensemnya anak mama ni," puji Airis, sambil mencubit pipi Areez dengan lembut.

"Of course la, tengoklah bapak dia siapa," balas Emir dengan penuh bangga.

Airis tersenyum nipis sambil menjeling, "Perasan betul."

Areez yang mendengar perbualan ibu bapanya terus bertanya, "Yeez hensem eh mama? Yeez oleh pikat Nia la kan?"

Soalan yang tidak diduga itu membuatkan Airis dan Emir memandang anak mereka serentak, lalu berkata, "Aip!"

"Ni mesti ikut bapak dia ni, gatal semacam," Airis menggeleng sambil mengusik Emir.

Emir hanya tergelak. "Eh, abang pulak yang kena."

"Memang la! Abang je yang selalu gatal dulu, sekarang dah turun kat anak," balas Airis sambil ketawa kecil.

Tiba-tiba, Areez muncung. "Ee mama! Papa! Apa bising-bising ni? Yeez tanya soalan, tak jawab pun!" Anak kecil itu mulai merajuk kerana soalannya tak dilayan.

Airis dan Emir saling berpandangan sebelum ketawa bersama. "Maaf sayang. Anak mama memang hensem, tapi Reez masih kecil lagi nak pikat orang. Nanti besar sikit baru boleh, okey?" kata Airis sambil mengusap lembut pipi anaknya.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now