BAB 33

531 23 0
                                    

Hampir sebulan sudah Emir hanya terlantar di katil hospital itu, tanpa sebarang tanda untuk kembali sedar. Hanya bunyi mesin dan aliran oksigen yang menemaninya setiap hari. Airis duduk di kerusi yang disediakan di sebelah katil, memandang sayu lelaki yang masih terbaring kaku.

"Emir... saya datang lagi hari ni. Awak tak nak bangun ke?" bisiknya perlahan, namun suaranya bergetar.

Airis menarik nafas panjang, cuba menahan sebak di dada. "Dekat sebulan dah awak macam ni. Awak tak rindu mama papa awak? Tak rindu saya? Saya... saya rindu awak, Emir. Rindu sangat. Saya rindu dengar suara awak. Rindu tengok awak buat saya marah dengan gurauan bodoh awak tu. Tapi, saya tak pernah betul-betul marah. Saya selalu kata saya benci awak, tapi hakikatnya saya tak pernah mampu. Saya... saya kalah dengan perasaan saya sendiri."

Airis menggigit bibir, cuba menahan tangisannya, tapi air matanya tetap mengalir. "Bangunlah, Emir. Saya tunggu awak... Saya nak awak kembali, macam dulu."

Dia menggenggam tangannya sendiri dengan erat cuba menahan rasa. Dia berharap ada reaksi, walau sekecil mana pun. Tapi Emir tetap seperti biasa tidak bergerak, diam dalam dunia koma yang tak dapat dia tembus.

Sudah hampir 30 minit Airis berada di dalam wad itu, berbicara seorang diri, berkongsi cerita tentang hari-harinya dengan Emir yang masih kaku tanpa sebarang reaksi. Dia sudah mahu berlalu pergi kerana terdapat hal yang perlu dilakukan.

"Saya tak boleh lama di sini hari ni. Ada benda yang saya kena selesaikan untuk projek kita," ujarnya sambil mengelap air mata yang membasahi pipinya. Sebelum berlalu, dia meletakkan tiga kuntum bunga rose merah di meja sebelah katil Emir, bersama sekeping sticky note kecil.

"Get well soon, Encik Singa saya."
— AE —

Dia tersenyum kecil. Dulu Emir yang selalu melakukan perkara ini untuknya, dan kali ini dia mahu membalas semula, dengan harapan lelaki itu akan bangun suatu hari nanti.

🌷🌷🌷

*PRANG*

Bunyi kaca pecah memenuhi ruang bilik kecil itu. Pasu kaca yang terletak berdekatan sudah berderai di lantai.

"ARGHH!" jeritan penuh amarah keluar dari bibir Zara. Dia berdiri dengan mata yang merah, penuh kebencian.

"Kenapa bukan kau yang kena hari tu?! Kenapa mesti Emir?!"

Zara menghentak kakinya dan membaling barang-barang di sekelilingnya. "Kau bodoh, Emir! Selalu ganggu rancangan aku, dari dulu sampai sekarang! Dan akhirnya, kau sendiri yang jadi mangsa... Kesian kan? Hahaha... cuba jadi hero, tapi diri sendiri yang tak selamat."

Zara memandang tajam ke arah dinding yang dipenuhi gambar Emir. Tangannya menggenggam erat, dan dia memandang gambar itu seperti sedang berdepan dengan Emir sendiri. "Kau ganggu hidup aku, Emir. Tapi sekarang, tengoklah kau. Terlantar tak berdaya. Nasib baik tak mati lagi." ketawa sinis dia

Matanya kemudian beralih ke gambar Airis yang turut tertampal di dinding, dikelilingi dakwat merah dan torehan. "Dan kau, Airis... kau selamat hari tu, tapi bukan untuk selamanya. Suatu hari nanti, aku akan pastikan kau ke neraka. Berseronoklah dulu sementara kau masih hidup."

Dia tersenyum sinis, wajahnya menampakkan kegilaan yang semakin meresap dalam dirinya. Gelak jahat Zara memenuhi bilik itu, seolah-olah mencabar dunia untuk menghentikannya.

🌷🌷🌷

"Aaa... siap juga akhirnya slide ni!" Airis mengeliatkan tubuhnya ke kiri dan kanan setelah lama duduk di hadapan komputer. Lenguhnya terasa hilang sekejap. Dia memandang ke meja sebelahnya yang kosong itu. Harini dia terasa bosan sedikit sebab kawannya tu mempunyai kerja di luar. Jadi tiada siapa yang nak menceriakan harinya. Airis hanya tersenyum nipis keseorangan.

"Airis," tiba-tiba satu suara memanggilnya.

"Oh mak kau, Arif! Terkejut saya!" Airis tersentak, tangannya memegang dada.

Arif tersenyum janggal. "Maaf, saya tak sengaja nak terkejutkan awak."

"Tak apa. Ada apa awak datang ni? Nak saya tolong sesuatu ke?" tanya Airis, masih memegang dadanya.

Arif kelihatan serba salah sejenak. "Err... tengah hari ni awak free tak? Kalau free, jom lunch dengan saya. Ada benda saya nak cakap dengan awak."

"Erm, rasa macam free je. Benda apa yang awak nak cakap? Boleh je bagitahu sekarang," jawab Airis sambil mengerutkan dahi.

Arif menggeleng, wajahnya serius. "Tak boleh dekat sini. Saya nak cakap bersendirian dengan awak. Please, Airis."

Melihat kesungguhan Arif, Airis akhirnya mengangguk. "Okaylah. Kita jumpa dekat café nanti."

Tepat tengah hari, mereka berdua duduk di sebuah kafe. Airis menyisip perlahan air coklatnya, sementara Arif diam, seolah-olah mencari kekuatan untuk berbicara.

"Awak nak cakap apa sebenarnya, Arif?" tanya Airis, matanya memandang tajam ke arah lelaki itu.

Arif menarik nafas panjang. "Sebenarnya saya...saya..."

Airis yang melihat Arif seperti ragu-ragu untuk meneruskan percakapannya terus bersuara.

"Awak sebenarnya apa, Arif?" tanya Airis dengan kening yang berkerut.

"Sebenarnya saya dah lama sukakan awak, Airis." dengan lajunya Arif meluahkan perasaannya.

Airis terpaku. Dia tidak menyangka ini yang ingin disampaikan oleh Arif.

"Awak sedar tak apa yang awak cakap sekarang ni?" tanya Airis, wajahnya tiba-tiba berubah serius.

"Saya sedar, Airis. Sejak dulu lagi, dari zaman sekolah, saya suka awak. Saya jatuh cinta pandang pertama dengan awak," luah Arif dengan jujur, matanya tidak lari dari pandangan Airis.

Airis mengeluh perlahan. "Arif... saya cuma anggap awak sebagai kawan. Tak lebih dari tu. Saya harap awak faham."

Arif mengangguk, walaupun jelas kekecewaan di wajahnya. "Saya faham... tapi tak boleh ke awak cuba buka hati untuk saya? Saya nak bahagiakan awak."

Airis menghela nafas panjang, cuba mencari kata-kata yang sesuai. "Erm, saya-"

DRING!

Panggilan telefon memecahkan suasana tegang itu. Pantas Airis mengeluarkan telefonnya. Nama yang tertera di skrin membuatkan keningnya berkerut seketika. "Aunty Emma?" gumamnya.

"Maaf Arif, saya nak jawab call ni dulu. Urgent." Airis meminta izin sebelum menjawab panggilan telefon itu.

"Assalamualaikum Aunty. Ada apa aunty call Airis ni?" ujar Airis dengan suara yang kedengaran ceria.

"Waalaikumussalam, Airis. Emir dah sedar." 

Handphone ditangan hampir terjatuh dari pegangannya selepas mendengar tutur kata dari Datin Emma. Tiga perkataan yang dia tunggu-tunggu selama ini akhirnya keluar dari mulut Datin Emma. Air matanya mula bertakung kerana syukur.

"Airis? Dengar tak mama cakap ni?" Datin Emma bertanya lagi.

"De-dengar, aunty... Airis datang sekarang. Airis otw," balas Airis dengan suara bergetar. Dia segera memutuskan panggilan dan berpaling kepada Arif.

"Arif... saya minta maaf. Saya tak boleh... Hati saya dah ada orang lain." Airis tersenyum kecil, tetapi penuh rasa bersalah. 

"Saya kena pergi sekarang." Airis mengemas barang-barangnya dan berlalu pergi.

Sebelum Arif sempat berkata apa-apa lagi, Airis sudah bergegas meninggalkannya. Arif hanya mampu mengeluh perlahan, pandangannya mengikuti langkah Airis yang semakin menjauh.

BUNGA MILIKNYA | CWhere stories live. Discover now