"Bro, dah-dah la senyum tu. Kitorang yang tengok pun penat." Kata Amsyar.
"Biar lah dia Amsyar, member dah tak single kot." Kata Lukman.
"Mestilah senyum, pinangan di terima kot bro." kata Emir. Sejak pinangannya diterima oleh Airis, tak lekang senyum dibibir menghitung hari untuk disatukan. Usahanya memujuk Airis berkali-kali akhirnya membuahkan hasil juga.
Kata persetujuan dari dua belah pihak, mereka akan dinikahkan sebulan dari sekarang. Cepat? Sebab itu semua permintaan Emir. Biasa la Emir kan semua benda terburu-buru.
<FLASHBACK>
Emir mengambil kotak yang berada di tangan Airis itu lalu menggenggamnya. Dia hanya tersenyum nipis.
Airis yang melihat reaksi Emir tu terus berkerut.
'Takkan dia tak happy kot? Dia tak nampak ke cincin dekat jari manis tangan aku ni?' gumam hatinya sendiri.
"Awak okay, Emir?" tanya Airis, risau.
"Ha? O-okay je"
"Kan saya dah cakap tadi, kalau awak tolak lamaran saya pun saya terima je." Kata Emir dengan senyuman tipis.
"Ha?? Awak ni kenapa Emir?" Tanya Airis dengan kening berkerut. Dia juga meletakkan tangan kanan di dahinya seperti mengurut dahinya agar lelaki itu perasan cincin yang tersarung pada jarinya. Tapi lelaki itu masih tidak perasan.
"Kenapa apa? Awak pulangkan kotak ni semula means awak tolak lamaran saya la kan?" Emir juga mengerutkan keningnya.
"Huh suka hati awak la. Dah lewat malam ni, saya nak balik." Kata Airis lalu bergerak pergi ke kereta mereka. Sedih bila Emir tak perasan cincin di tangannya.
"Eh Airis tunggu la dulu!" Emir tetap mengerutkan keningnya bila melihat perilaku Airis yang pelik itu. Kenapa Airis serupa memarahinya? Pantas dia buka kotak cincin di tangannya.
'Kosong'. Membulat matanya tanda tidak percaya apa yang dilihat. "Kosong? Kosong?" berkali-kali dia tanya pada diri sendiri.
"Maksudnya...Airis terima aku? Airis terima aku?!" kata Emir dengan teruja dan senyuman yang lebar.
"Airis tunggu saya!" Emir mengejar langkah Airis dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
Airis yang mendengar jeritan Emir dari jauh itu, tersenyum sendirian. 'Lambat sangat' kata hatinya.
Emir menahan Airis untuk berhenti. "Be-betul ke apa yang saya tengok tu?" Tanya Emir sambil menatap wajah Airis dengan penuh rasa.
Airis membalas tatapan tersebut lalu mengangguk. "Betul. Saya terima lamaran awak, Emir. Saya sudi jadi teman hidup awak sampai akhir hayat saya." Kata Airis dengan senyuman yang manis.
"Ya Allah, Syukur. Terima kasih, Airis" kata Emir dengan penuh syukur dan senyuman yang lebar sehingga menampakkan lesung pipitnya.
Ini pertama kali Airis melihat lesung pipit Emir, mesti lelaki ini terlalu gembira. Airis hanya membalas dengan senyuman lembut menunjukkan dia juga gembira dengan keputusan yang dibuat.
<END FLASHBACK>
Emir tersenyum sendiri, mengingatkan detik manis itu. Setiap kali teringat bagaimana Airis menerima lamarannya, hatinya berbunga-bunga, seolah-olah hidup dalam mimpi. Pinangannya diterima, dan dalam masa terdekat, Airis bakal sah menjadi miliknya. Hari-hari berlalu terasa lambat; hatinya berdebar-debar menanti saat itu.
Amsyar memandang Emir dengan senyum sinis. "Dah la, bro, jangan senyum lebih-lebih. Takut senyum kau jatuh masa akad nanti."
Lukman turut ketawa, menepuk bahu Emir. "Tengok nanti masa akad, gagap tak gagap."
YOU ARE READING
BUNGA MILIKNYA | C
Romancemy 1st story "Aku nak kau buatkan kerja math yang Cikgu Zurina bagi semalam, aku tahu selepas rehat kau dah siapkan. Kalau tak, tahu la apa aku nak buat" " - Emir Ayden "Saya tak rasa saya sempat nak siapkan ni, sekarang dah masuk waktu rehat" - Ai...