"Kenapa ni?"soal Fadzil kepada dua orang pelajar yang sudah berdiri di hadapan mejanya.
Kalau berdiri terus tanya soalan tak apa. Ini berdiri sambil melihat mukanya selama 5 minit. Siapa tak malu.
"Cepat la Rosie. Tadi kau yang tergedik-gedik nak tanya soalan,"kata Syahirah.
Rosie mengelap peluh sejuknya.
"Fuhh rasa gementar tiba-tiba bila bertemu dengan sir,"tanpa sedar ayat itu meluncur keluar.
Syahirah menahan tawa manakala Fadzil sudah tergelak."Woi kau ni kenapa Rosie?"soal Syahirah.
Rosie Aulia menekup mulutnya. Alamak. Apa yang dikata oleh hati sudah terkeluar oleh lidah."Kamu berdua tak penat ke berdiri?"soal Fadzil.
"Demi Sir Fadzil saya sanggup berdiri,"keluar lagi ayatnya tanpa sedar.
Syahirah sudah tidak dapat menahan tawa. Wajah Fadzil sudah kemerahan."Awak okay tak ni? Kenapa asyik keluar ayat Bahasa Melayu ni?"soal Fadzil. Terhibur dengan pelajar yang berada di hadapannya ini.
"Saya pun tak tahu sir,"jawab Rosie sambil tertunduk.
"Sepatutnya hati saya je yang kata semua tu. Tiba-tiba mulut saya pun kata sekali,"sambung Rosie."Duduklah. Baru lebih faham apa yang saya nak ajar,"kata Fadzil. Seketika dia melihat wajah itu. Seolah-olah wajah yang dikenalinya suatu masa dahulu.
"Sir , bila sir nak kahwin?"soal Rosie tiba-tiba.
Syahirah terus menyiku sahabatnya itu.
"Kenapa kau ni merapu sangat? Aduh malunya aku,"kata Syahirah."Kenapa awak tanya?"soal Fadzil.
"Saya tertanya-tanya. Selagi tak tanya saya akan bawa hingga ke mimpi. Sebab tu saya tanya,"jawab Rosie.
Fadzil tersenyum.
"Mungkin jodoh saya di hadapan saya ini atau belum sampai," jawab Fadzil.
Rosie terus memandang ke tepi.
"Depan sir, Syahirah. Sir nak kahwin dengan Syahirah?"soal Rosie. Wajah Syahirah sudah bertukar warna.
Kenapalah Rosie Aulia hiper aktif sangat harini."Maksud saya , mungkin jodoh saya dah dekat. Cuma tak sampai lagi,"jawab Fadzil. Terhibur betul hatinya. Belum pernah ada lagi pelajar yang sambil konsult sambil tanya hal peribadi.
"Alhamdulillah,"Rosie bertahmid.
"Eh , kenapa?"soal Fadzil.
"Kalau sir nak kahwin dengan Syahirah tadi. Patahlah hati saya,"jawab Rosie.
"Ada-ada sahaja kamu ni,"balas Fadzil. Terasa debaran di dalam hati.****
"Terima kasih sir,"ucap mereka berdua.
Rosie sudah jauh di hadapan meninggalkan Syahirah. Mungkin terlalu gembira.****
"Eh sekejap,"Syahirah menoleh.
"Nama kamu Syahirah kan?"Syahirah mengangguk.
"Siapa nama kawan kamu tadi? Kelas mana? Jurusan apa?"soal Fadzil.
Syahirah tersenyum. Rosie! Cinta kau berbalas!****
"Rosie Aulia kan?"Rosie melihat mesej itu. Dah lah salam tak bagi. Main terjah terus ke nama aku.
Malas lah layan.
Rosie menyambung menyiapkan tugasannya.30 minit kemudian...
"Ni Rosie Aulia kan?"Fadzil bertanya di hujung talian.
"Ni siapa?"soal Rosie.
"Rasa-rasa?"
"Aduh.. Saya malas nak rasa-rasa. Tak payah lah mengurat saya. Saya dah ada yang punya. Fadzil namanya,"jawab Rosie sambil menggosok matanya yang sudah kuyu.Fadzil sudah tertawa. Terhibur betul hatinya.
*****
"Mana budak ni,"Fadzil gelisah. Mencari-cari wajah yang dinanti.
Seketika Syahirah muncul."Mana Rosie?"soal Fadzil.
"Dia demam sir. Semua kelas dengan kuliah dia tak hadir,"jawab Syahirah.
"Ya Allah. Betul ke?"soal Fadzil seolah tidak percaya.
"Dia tengah berehat dekat bilik, sir,"jawab Syahirah.
"Macam mana nak melawat dia. Hmm macam ni. Ambil duit ni, beli Kool Fever untuk dia,"arah Fadzil.
"Tapi dia dah pergi klinik, sir,"kata Syahirah.
"Kadang-kadang ubat klinik ni tak bantu 100%. Tolong belikan dan pakaikan untuk dia ya. Terima kasih,"kata Fadzil.
![](https://img.wattpad.com/cover/59450624-288-k861480.jpg)
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
Storie d'amorePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...