"SIAPA sebelah encik tu?"soal pengawal keselamatan Kolej Matrikulasi Selangor. Memang tugasnya untuk menyiasat semua perkara bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Rosie berpura-pura tidur sambil menutup separuh wajahnya dengan menggunakan tuala. Dah la pak cik guard ni kenal aku. Sekali dia nampak aku naik kereta dengan Sir Fadzil yang sangat berpengaruh dekat KMS ni karang. Tamatlah riwayat aku.
1 BULAN YANG LEPAS..
"Siapa yang berani nak tekan duit tengah-tengah malam ni Khairul?"soal Majid, ketua pengawal keselamatan pada malam itu.
Rosie menutup separuh wajahnya. Dia keluar secara sembunyi-sembunyi untuk mengeluarkan wang daripada mesin di sebelah rumah pengawal. Gila? Memang gila. Jam dah menunjukkan 11:57 minit tengah malam. Lagi dua minit nak menginjak ke angka 12 tengah malam. Kawan sebilik semuanya sudah tidur dan Rosie Aulia? Dia buat apa tengah -tengah malam keluar daripada asrama dan memberanikan diri di tengah-tengah malam itu?
"Heyy, kamu siapa?"Majid menghalakan lampu suluhnya ke wajah makhluk yang tidak diketahui siapakah gerangannya.
"Saya..saya..,"Majid mencabut kain hitam yang menutup separuh wajah makhluk itu. Serba hitam pakaiannya.
"Laa ilaa ha illallah. Perempuan rupanya. Pelajar KMS ke?"soal Majid terkejut. Ingatkan lelaki tadi. Mahu saja dia menghadiahkan penumbuk.
"Jangan tumbuk saya pakcik. Saya perempuan dan student dekat sini,"jawab Rosie. Terasa seram sejuk di seluruh badan. Itulah kau, nak bajet ninja sangat. Ambik mu!
"Buat apa tengah-tengah malam ni?"soal Majid. Rosie sudah berdiri dengan elok menghadap pengawal itu.
"Saya nak keluarkan duit. Esok jadual pack sangat-sangat. Saya tak ada masa nak pergi tekan duit kat sini,"Rosie memberi alasan sambil menggaru-garu kepalanya.
"Apalah alasan kamu tu. Tak logik langsung,"Balas Majid.
***
"Memang tak logik! Kenapa Rosie berani sangat keluar tengah-tengah malam macam tu? Kalau jadi apa-apa macam mana? Siapa nak bertanggungjawab kalau pakcik guard tak nampak? Kawan-kawankan ramai.Pinjamlah duit kawan dulu kalau tak ada duit sekalipun,"Marah Fadzil. Bukan marah membenci. Alasan si gadis genit ini sangatlah tidak logik.
Rosie memandang wajah suaminya.
"Subhanallah, abang marah nampak macholah,"kata Rosie tiba-tiba. Fadzil menepuk dahinya. Lepas ke situ pulak dah isterinya ini. Apa yang dia kata tadi macam tak memberi kesan saja.
"Ya ALLAH,"Fadzil mencubit pipi isterinya kerana geram melihat telatah comelnya.
"Aduh!"Rosie menyapu-nyapu pipinya.
"Abang ni!"Rosie menjerit manja.
Fadzil menyambung kembali pemanduannya yang tergendala. Selepas habis sesi soal-jawab dengan pengawal keselamatan tadi dia memberhentikan seketika Proton Iriznya di tepi jalan di dalam kawasan KMS untuk mengetahui asbab isterinya menutup muka ketika sampai di rumah pengawal tadi. Ada dua sebab, pertama ialah sebab yang tidak logik tadi. Kedua, bimbang pakcik guard tahu yang mereka dah kahwin.
Fadzil menggeleng-geleng kepalanya.
"Abang bebel panjang-panjang, bukan nak take note,"kata Fadzil.
Rosie berpeluk tubuh memandang ke hadapan.
"Jom, dah sampai,"kata Fadzil lagi apabila Rosie mendiamkan diri sejak tadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/59450624-288-k861480.jpg)
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...