Bab 31- Cerai

1.9K 14 0
                                    

     "Apa khabar? Busy betul engkau. Susah betul nak jumpa. By the way, tahniah dapat 4-flat. Kekalkan hingga PSPM 2,"Syahirah tersenyum sambil menghulurkan aku teh 'o ais limau.

      "Thanks weh. Bukan sengaja aku nak busy. Biasalah hidup kita dekat sini. Kau pun tahniah jugak."

 "Hmm. Makin berisi kau sekarang."

 Aku mula tak sedap hati. 

"Biasalah. Bahagia,"balas ku pendek. 

Tiba-tiba..

***

"Kau ni okey ke tidak?"soal Syahirah sambil menepuk-nepuk bahu ku. Dia ni tanya soalan bagus betul. Dah nampak aku tersengguk-sengguk mengeluarkan isi perut lagi ditanya aku okey ke tidak.

       "Jom aku hantar balik bilik."Syahirah memimpin aku.

      Mata aku mulai kuyu. Aku dah tak sedap badan. Bukan badan saja, hati aku pun sama.

***

"Kau ni buat kerja gila. Kalau pengarah tahu macam mana?"Syahirah separuh menjerit di bilik aku bila aku tunjuk pada dia salinan sijil perkahwinan aku. Tak larat la aku nak berahsia lama-lama. Lagi-lagi dengan bestfriend sendiri.

        Waktu balik bilik tadi, semua roommate aku tak ada. Maklumlah minggu ini minggu balik bermalam.

        "Pengarah tahu lah."Kata aku sambil lipat baju masuk dalam beg galas. Aku pun nak balik jugak. Sementara nak balik ni, Syahirah lah jadi mangsa untuk teman aku.

      Terbeliak biji mata dia bila tahu yang pengarah tahu.

     "Bertenang. Aku pun tak sangka aku akan buat kerja gila ni."kata aku.

       "Mana sir?"

       "Pulau Pangkor."

"Tak bawa kau?"

"Nak bawa aku buat apa. Ada team building lah kat sana."

"Team building?"

Aku angguk. 

"Rosie.. aku tunjuk, kau jangan marah."Syahirah mula menunjukkan skrin I-Phone5s nya.

"Astaghfirullahal'azim!"

Aku terus terduduk sambil menekup mulut.

***

      "Kenapa kakak diam aje ni?"soal ayah. Ketika itu Perodua Axia milik ayah baru berlepas dari pagar  KMS.

         "Tak ada apa yah."Aku tak tahu nak buat apa waktu ni. Nak menangis, air mata aku tak nak keluar. Bila air mata tak nak keluar, hati aku mula menjerit tanda protes.

       "Fadzil berapa lama pergi Pangkor?"soal ayah lagi. Aku dah agak, ayah mesti tanya pasal menantunya. 

       "3 hari 2 malam,"Aku jawab macam biasa. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Buat masa sekarang aku tak nak keluarga masuk campur dalam urusan rumah tangga aku. Belum sahih lagi apa yang aku lihat tadi.

        Boleh jadi yang suami aku difitnah. 

***

   "Saya tak ada duit kecil."kata Fadzil sambil menyeluk poketnya. Mana tahu jika ada wang kertas yang lebih kecil berbanding sekeping not RM50 yang dihulurnya untuk membeli hanya sebotol air mineral kecil sahaja.

         "Saya ada."Kata lelaki di belakangnya.

***

"Terima kasih bro. Susah-susah je."

      "Susah apa, RM 1 je bang. Yang abang pergi bagi duit besar tu kenapa."Balas Yusuf sambil ketawa. Agak senang dengan orang yang baru ditemuinya ini.

     "Nama siapa?"

     "Yusuf. Abang?"

    "Fadzil."

Mereka pun berbual kosong di lobi hotel hingga azan Maghrib berkumandang. Mereka beriringan menuju ke surau berdekatan.

***

"Bagus kau buat kerja Mansur. Tak sia-sia aku upah kau. Gambar-gambar yang kau masukkan dalam blog ni pun semua hebat-hebat."Anis tersenyum jahat. Puas hatinya setelah apa yang dihajati tercapai.

***

"Aku tolong kau Zil. Boleh jadi yang kau kena fitnah."Hasnul menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.

      "Sumpah aku tak tahu apa-apa Nul. Kalau Rosie tahu semua ni macam mana? Mesti dia dah tak percayakan aku lagi."

      "Kau kenalkan isteri kau macam mana? Dia mesti tak berfikiran pendek kalau dia tahu pun. Sebab dia kenal suami dia."Hasnul mengeluarkan kata-kata nasihatnya lagi. 

      "Tapi aku baru kahwin dengan dia enam bulan Nul. Baru lagi. Aku dah buat perangai."Fadzil mengeluh penuh kekesalan lagi.

      "Kita pergi check cctv nanti."Kata Hasnul lagi.

***

"Abang akan ceraikan Rosie."

Aku terus terjaga. Berpeluh seluruh anggota. Hari ini hari terakhir Fadzil di Pulau Pangkor. Sejak semalam telefon aku diam tanpa berita dari dia.

3:05 a.m.

5 missed calls

"Abang!"

Terus aku telefon semula. Air mata aku yang tertahan sejak semalam mula bercucuran. Semoga jangan sesuatu yang buruk menimpa pada rumah tangga aku.

    Panggilan bersambut.

"Hello."

Suara serak-serak basah tanda orang baru sedar dari tidur itu aku dengar. Suara yang aku selalu rindu.

     "Abang bila nak balik?"Air mata aku makin mencurah-curah.

      Fadzil ketawa perlahan. 

"Rindu abang sangat dah ke?"

"Eh, Sayang menangis ke? Kenapa ni?"soal Fadzil bila tangisan aku saja yang berbunyi.

"Rosie mimpi."

"Mimpi abang bawa balik hadiah dari Pangkor ke?"Fadzil gelak lagi. Dia ingat aku anak kecil yang selalu mengharapkan buah tangan bila kesayangan merantau jauh.

         "Bukan. Rosie mimpi abang nak ceraikan Rosie,"

Seketika hanya angin yang bersuara. Aku diam. Begitu juga dia.

***

Fadzil termenung di atas tikar sejadah. 

   Rosie mimpi abang nak ceraikan Rosie.

Bagai memberikan tamparan hebat padanya. Terus tidak lena tidurnya. Hasnul sudah berdengkur di katil bujang sebelah.

         Rupanya Rosie turut terkena sambaran yang menggoyang tali rumah tangga mereka. Yang pasti Rosie masih belum tahu apa puncanya.

"Ya ALLAH, peliharalah keharmonian rumah tanggaku. Jauhkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada terkena rumah tanggaku. Ampunilah dosa-dosaku dan isteri Ya Allah."

Air mata lelakinya mengalir lagi. Kali ini lebih hebat dan sayu kerana amat mengharapkan bantuan dan keredhaan Tuhan semesta alam.





S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now