Bab 32 - Anis,Fadzil

1.5K 11 0
                                    

"Tak dapat detect apa-apa encik. Lagipun memang dalam bilik tu tak ada cctv,"kata juruteknik yang agak profesional itu. 

      Fadzil sudah tidak mampu menahan geram.

"Nul ikut aku buat report. Makin melampau kerja Anis ni!"Fadzil berlalu pergi meninggalkan ruang elektrik yang terdapat di hotel tersebut.

***

"Encik nak buat laporan atas sebab?"soal pegawai polis di balai polis daerah Lumut tersebut.

   "Saya difitnah!"

   "Ada bukti yang encik difitnah?"

 Fadzil mulai diam. Hasnul juga tidak dapat menolong apa-apa. Dia semakin simpati melihat wajah sahabatnya yang semakin kusut.

***

"Entah-entah,..."Hasnul tidak menghabiskan ayatnya.

      "Apa? Kau pun tak percaya aku? Ingat aku mudah sangat nak terpedaya dengan betina tu?"

"Bukan. Dalam kita tak sedar , kita boleh buat macam-macam Zil,"kata Hasnul masih bertenang dalam suaranya.

     "Nul tolong lah aku. Aku boleh terima lagi kalau orang lain tak percaya aku. Tapi kalau kawan baik aku sendiri, aku tak boleh,"

Hasnul diam. Karang kalau dia bersuara lagi, bimbang makin berserabut fikiran sahabatnya itu. Biar dia bertenang dulu.


***

"Assalamualaikum ayah."Fadzil memulakan perbualan apabila gagang telefon diangkat.

       "Waalaikumussalam. Ha, menantu ayah apa khabar?"

   'khabar tak baik ayah'

Fadzil mula bermonolog dalam hati.

"Khabar baik yah."Fadzil cuba sehabis baik menahan sebak di dada. Biar orang sebelah sana tahu khabar yang baik-baik saja.

     "Ayah, Zil tak dapat nak ambil Rosie dekat rumah. Ayah boleh tolong hantar dia balik Banting?"soal Fadzil. Memang dia tidak dapat segera pulang ke Kuala Lumpur. Malapetaka di Pangkor masih belum tamat.

     "Boleh. Ayah faham Fadzil sibuk. Tak apa, ayah boleh hantar."

"Terima kasih ayah."

Fadzil mematikan panggilan. 

'Maafkan abang,sayang,'

***

"Fadzil Ezkandar bin Abdul Razak?"

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Anis Syazira bt Suhaimi dengan mas kahwin RM 20.20 tunai."

"Aku terima nikahnya Anis Syazira bt Suhaimi dengan mas kahwin RM 20.20 tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

***

"Puas hati kau? Sekarang aku nak kau padam semua gambar dekat blog tu."

  "Tapi bukan kerja I semua tu. I pun tak tahu macam mana gambar kita tersebar dekat blog,"kata Anis sambil membuka ikatan rambutnya. Dia perlu bersedia sebagai isteri kerana itu malam pengantin mereka.

    "Otak kau kat mana ha perempuan? Satu KMS dah tahu tau. Aku setuju nak kahwin dengan kau pun sebab nak mengaburi mata diorang semua. Biar diorang ingat itu gambar bulan madu saja."

"Bagus lah kalau macam tu. Mesti balik nanti kita dapat banyak hadiah pengantin baru."

Fadzil malas mahu berkata-kata. Baik diam saja. Perempuan macam ni memang tak boleh di bawa berunding. Bayangkan, dia bawa semua walinya datang ke Pangkor bagi mengelakkan alasan Fadzil daripada mahu bernikah dengannya.  Dengan bersaksikan Hasnul dan Ghaffar, majlis akad nikah terpaksa itu dilaksanakan. Semua pensyarah yang turut serta dalam team building itu pun terkejut kerana mereka tidak tahu apa-apa ketika berada di Pangkor.

       Sekembalinya di KMS, terus berita tergempar itu tersebar.

Usai akad nikah tadi dia bersama Anis terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Mereka mendapat cuti tambahan memandangkan mereka pasangan pengantin baru di mata seluruh warga KMS.

"Kau kena ingat yang kau bukan isteri pertama aku."

Tersedak Anis Syazira yang sedang minum air itu.

        "Habis? You sebenarnya dah kahwin ke?"

      "Rosie Aulia Abu Bakar. Itu madu kau dan kau harus terima yang aku memang cintakan dia dan cinta aku bukan untuk kau. Aku kahwin dengan kau sekadar nak padam arang di muka mak ayah kau sebab gambar yang kau sebarkan tu terlalu melampau bagi aku. Mungkin bukan kau."Fadzil menghempaskan pintu bilik hotel di ibu kota tersebut.

      Dia pasti berita perkahwinannya sudah sampai ke pengetahuan isteri tersayang. Mana taknya, dari pagi hingga kini , panggilan yang dibuatnya asyik masuk mailbox saja. 

  Anis Syazira sudah terkedu.

"Aku akan kerjakan kau Rosie sampai Fadzil akan ceraikan kau!"

 Api kemarahan dan kebencian mulai marak. Tidak sabar pula hendak pulang ke KMS.




S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now