Bab 10- Gedik

763 21 0
                                    

        "Handsome betul Sir Fadzil harini!"

   "Itulah pasal. Tak jemu aku memandangnya."

   "Jom kita pergi buat-buat nak tanya soalan  habis kuliah kejap lagi,"

Rosie Aulia menjeling tajam pada suara-suara sumbang itu. Kalau boleh dirakam, aku rakam dah apa yang korang cakap tadi.

         "Kau kenapa Rosie buat muka macam tu?"soal Syahirah.

        Rosie tersengih.

      "Mana ada apa-apa. Aku saja je exercise muka,"jawab Rosie. Siapa tak panas hati woi bila suami sendiri dipuja dan dipuji macam tu. Huh! Mohon bersabar Rosie!

      "Macam muka nak makan orang dah aku tengok,"kata Syahirah sambil mengeluarkan nota kuliah subjek Perakaunan. Kuliah akan bermula sebentar saja lagi.

         'Memang aku nak makan orang pun. Ni aku nak makan budak dua orang dekat belakang ni.'

     Desis hati Rosie. Kan best kalau mulut yang cakap dan bukannya hati.

        "Mana lecture note kau?"soal Syahirah lagi apabila sahabatnya itu hanya watlek watpeace sahaja. Sir Fadzil dah masuk. Tapi sebarang nota kuliah tak dikeluarkan olehnya. Berangan apa minah ni?

       Rosie tersedar daripada lamunan.

 "Ya ALLAH!"

"Tak bawak ke?"soal Syahirah yang sudah memahami sikap sahabatnya itu.

Rosie menggeleng-geleng sambil tersengih.

"Kongsi dengan aku,"kata Syahirah.

"Handsomekan Sir harini,"Syahirah memuji.

Rosie memandang sahabatnya itu. Dia ni pun berjangkit dengan budak-budak gedik tadi ke?

"Ada inai dijarinya, macam kau,"sambung Syahirah lagi. 

"Muka korang berdua berseri-seri harini,"

"Apa yang kau nak sampaikan sebenarnya Syahirah?"soal Rosie kepada Syahirah yang sedang tersengih kepadanya.

        "Tak ada apa. Aku saja je,"Jawab Syahirah sambil tersenyum. 

       Mereka mula memberikan tumpuan kepada pensyarah yang sudah memulakan kuliah dihadapan. 

***

ROSIE melangkah keluar daripada dewan kuliah. Panas hatinya melihat budak-budak perempuan tadi menghampiri Fadzil hanya Allah saja yang tahu.

        "Ishh. Bukan diorang nak tanya soalan betul-betul pun!"Rosie berkata perlahan.

       "Apa?"soal Syahirah.

      "Kau ni marah siapa Rosie?Cuba bagitahu aku,"kata Syahirah apabila Rosie menarik muka masam dan berdiam diri sahaja.

     "Gedik!"kata Rosie tanpa sedar.

   Syahirah tergamam.

"Aku gedik?"soal Syahirah. 

"Bukan kau,"balas Rosie, bersahaja.

"Habis?"

"Syuhada dengan Hidayah tu,"jawab Rosie tanpa memandang ke arah sahabatnya.

"Kenapa kau cop diorang gedik?"soal Syahirah,ingin tahu. 

             "Kau bayangkan. Daripada mula kuliah akaun tadi sampai habis kuliah, diorang tu tak habis-habis puji Sir Fadzil,"jawab Rosie. Bila hati sudah marah, mana dosa dan mana pahala pun sudah lupa. Mana taknya syaitan menguasai diri. Kan dah termengumpat tanpa sedar.

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now