Aku sebenarnya terkejut dengan perkahwinan yang dirancang oleh ibu ayah ni. Gila tak terkejut kau. Aku baru bercadang cuti pertengahan semester 1 ni nak guling-guling atas katil sambil tengok drama Korea.
Alih-alih, jadi lain pulak. Aku kena share katil dengan orang lagi adalah. Erghhh! Scary sungguh! Kalau nak banding dengan cerita-cerita hantu yang pernah aku tengok , cerita aku lagi seram. Hantu pun boleh berubah jadi manusia. Aku pulak berubah jadi hantu.
"Cantik."
Itu ayat pertama yang keluar daripada mulut Puan Ruzana a.k.a mother-in-law aku.
Sebenarnya dia lagi cantik. Sungguh!
Hati aku banyak kali kata, muka mak mentua aku ni macam muka someone.
Tapi yang peliknya muka siapa?
Aku sebenarnya tak berapa nak rela dengan perkahwinan aku tu. Ada beberapa sebab aku tak rela. Antaranya:
1)Aku tak pandai masak lagi. Masak nasi aku retila. Itu pun banyak kali ibu marah sebab nasi asyik mentah. Aku pun tak tahu kenapa. Dah sehabis baik aku buat.
2)Aku tak pandai make-up. Karang laki aku bosan tengok muka yang kusam hari-hari ni macam mana? Aduh. Dah la masa tidur kena tengok wajah suami di sebelah. erghhh!
3)Aku nak belajar lagi lah! Tahu tak kenapa aku tergilakan Sir Fadzil? Sebab dia pandai.(dahla pandai, handsome pulak tu.) So kalau aku kahwin dengan pensyarah. Terjamin sikit masa depan aku.
4)Aku pelajar matrik yang tak dibenarkan untuk berkahwin sama sekali.(cehh aku yang selalunya break the rules sekarang nak berubah demi kebaikan sedikit demi sedikit demi kejayaan dunia akhirat)
Tapi bila aku pandang wajah ibu dengan ayah yang penuh dengan harapan, aku tahu parents knows best. Aku redha.
Dalam keredhaan aku tu, ada benda yang aku rancang dengan adik perempuan aku sebenarnya.
Adik lelaki aku, mintak simpang. Sampai ke sudah tak nak tolong aku sebab dia anak yang taat. Good abang!
Aku dengan Rosanna ikat tudung bawal kami dari tingkat atas rumah sampai ke ground floor. Rosanna ni bagus sikit. dia pun tak setuju aku kahwin awal-awal.
Bila dah siap ikat, dia jadi tukang tengok pulak. Tengok pengantin lelaki dah sampai ke belum. Aku pulak meneruskan lakonan. Aku biarkan aje mak andam tempek muka aku dengan macam-macam bedak sampai aku sendiri tak percaya tu muka aku. Serius! Sekali tengok macam Nora Danish. Dua kali tengok macam Rosie Aulia yang dah bertukar jadi hantu raya.
'Akak, pengantin lelaki dah sampai'
Aku acah -acah bangun untuk tengok calon suami dekat luar . Jam masa tu dah pukul 9:30 malam. Yang aku tahu tu Proton Iriz warna biru. Aku nak tengok nombor plat. Hampeh.. aku nampak reben-reben warna pink je kat atas kereta tu. untuk apa entah pasang reben-reben macam tu. Nak isytihar yang diri awak tu pengantin ke? Rimas pulak aku tengok. Aku terus juih bibir.
Aku menanti sampai pemandu Proton Iriz tu keluar. Aku tak turun pun lagi ke tingkat bawah. Biarlah dulu. sebab kejap lagi aku nak laksanakan rancangan gila aku tu.
Pengantin lelaki dah turun.
Aku speechless. Aku tengok banyak kali. Aku.. Ah! tak tahu nak kata macam mana. aku menghantar langkah 'dia' sampai dia melangkah masuk ke home sweet home aku.
"Akak , cepat la turun."Rosanna memekik dari bawah.
"Adik, rancangan terbatal."
Dan kebetulan ibu masuk dalam bilik aku. Panggil aku turun bawah. Dan masa tu jugak aku terima Whatsapp daripada sir kesayangan aku.
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
Roman d'amourPerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...