Bab 27- Jugra Hills

588 12 0
                                    

    "Bestnya abang. Sejuknya. Nampak KMS dari sini."Rosie menuding jari ke arah sebuah pusat pengajian tinggi yang menjadi medan ilmu bagi dirinya sekarang.

     "Hmm. Still tak nak cerita dekat abang siapa Yusuf?"

     "Taknak. Let bygone be bygone."Rosie menarik nafas dalam-dalam. Bukit Jugra ni cantik kut. Rugi kalau tak nikmati dengan sepuas-puasnya. 

      Rosie melihat suaminya. Kelihatannya seperti melepaskan keluhan berat selepas mendengar jawapannya. 

    "Nanti Rosie cerita la. Esok result PSPM keluar kut. Bagi la Rosie ambil udara ketenangan siap-siap."

Fadzil tertawa mendengar jawapan itu.

"Udara ketenangan?"

"Yelah. Jom la pergi sarapan. Dah pukul 9 ni. Kejap lagi budak-budak KMS outing datang Bukit Jugra dan mereka ternampak Sir Fadzil yang menjadi dambaan ramai sedang berdua-duaan di sini bersama seorang minah senget yang bernama Rosie Aulia,"

    "Biarlah nampak pun. Abang lagi rela."

  "What do you mean?"Soal Rosie sambil mengelap peluh yang mengalir di dahi  suaminya. Penat sangat mendaki agaknya. Gila tak penat. Tinggi kut

"Lagi bagus diorang tahu daripada abang sorang-sorang sakit hati tengok isteri abang rapat dengan lelaki lain,"Fadzil melangkah ke hadapan. Meninggalkan Rosie keseorangan di belakang.

    "Heyyy,"Rosie mengejar.

"Lelaki lain?"

"Aiman lah, Yusuf lah, Aqil lah,"Fadzil meneruskan bebelan tanpa memandang ke arah Rosie yang sudah beriringan di sebelahnya.

      "Apa abang mengarut ni?"

     "Nasib baik abang cepat-cepat cop dia. Ambil jadi isteri terus. Pakwe-pakwe Rosie yang abang sebut tadi semua tewas."

Rosie semakin tidak faham akan apa yang dikatakan oleh suaminya. Lantas melangkah masuk ke dalam kereta. Pintu kereta sudah dibuka oleh Encik Fadzil yang agak emosi pada pagi ini.  Entah apa dia melalut aku pun tak tahu. Yang nak ambil result esoknya ialah aku. Bukan dia.

***

"How Rosie? 4-flat?"Aiman membetulkan kaca matanya. Usai saja dia mengambil keputusannya , dia terus bergegas mencari si gadis pujaan hati.

           "Nope."Rosie membalas pendek. Matanya kembali melihat keputusan peperiksaan yang baru diterima. Sekejap-sekejap dia mengesat mata.

          "Rosie, how?"

         Rosie memandang pula ke arah suara yang baru menyertai mereka berdua. 

         "Sorry Sir Aqil. Sangkut dekat Bisnes."Rosie tidak mampu menahan esakannya. Akhirnya dia biarkan saja air mata itu mengalir.

       "Ehh jangan menangis. Mungkin rezeki awak dekat semester 2. Ada banyak masa lagi ni. Jangan berhenti mencuba."

     Rosie mengangguk perlahan.

   "Aiman?"Aqil memandang ke arah Aiman yang sedang berdiri di hadapan Rosie Aulia. Terserlah kerisauan di wajahnya melihat kawan dalam keadaan bersedih. Kalau sama jantina dah lama aku tepuk bahu. Tidak pun aku peluk bagi kata semangat. Sayangnya kau perempuan Rosie..

     "Alhamdulillah. Not bad."jawab Aiman sambil tersenyum nipis.

   "Tahniah both of you. Jangan sedih-sedih kalau keputusan semester 1 tak memuaskan. Semester 2 pulun lagi kasi habis dan daebak punya,"balas Aqil dengan wajah yang penuh dengan semangat membara. Sengaja dia berbuat seperti itu. Itulah namanya tugas seorang pensyarah. Biar pelajar terus bersemangat. Jangan down saja memanjang.

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now