Bab 65- Aku Punya

955 12 0
                                        

Media : Fadzil masak tu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Media : Fadzil masak tu. Rosie ambik gambar. HAHAHHAA

Fadzil mengeluarkan telefon bimbitnya. Menekan sesuatu dan dia menunggu beberapa saat. Lantas telefon itu diserahkan kepada Rosie Aulia yang berdiri di sebelahnya.

Rosie menyambut huluran suaminya itu lantas melihat skrin telefon.

"999?"Rosie terus berlalu daripada situ apabila panggilan bersambut. Tidak pula dia menyangka suaminya akan menghubungi pihak polis secepat mungkin.

"Fadzil, I boleh jelaskan."Anis Syazira yang hanya menutupkan tubuhnya menggunakan selimut,melutut ke arah Fadzil.

"Keluar!"Jerkah Fadzil. Matanya bulat melihat lelaki yang hanya memakai boxer itu. Lelaki itu kelam-kabut menyarung seluar.

"Semua ni salah you! You yang buat I jadi macam ni! You yang tak pernah berselera dengan I!"Anis Syazira masih melutut di sisi Fadzil.

"Memang aku tak pernah berselera dengan kau pun. Memang ALLAH dah selamatkan aku awal-awal. Daripada mula aku dah dapat agak kau perempuan macam mana."Balas Fadzil. Mencuba untuk melepaskan dirinya daripada Anis.

Anis Syazira menangis teresak-esak.

"I tak faham dengan you! I buat segala-galanya untuk dapatkan you. Sanggup perangkap you masa di Pangkor, sanggup culik bini you yang tak guna tu, sanggup pecahkan cermin kereta you sebab I memang cintakan you. Tapi ini yang I dapat?"Anis menangis lagi.

"Anis!"Jerit Mansur apabila Anis membongkarkan rahsia satu per satu.

Fadzil dalam diam tersenyum. Tersenyum puas. 

"Akhirnya, kau mengaku pun. Terima kasih."Kata Fadzil dan masih tersenyum lagi.

Anis terdiam seketika memikirkan kembali apa yang dia sudah katakan. Seketika dia menjerit. Segalanya sudah terlambat.

"No! No! Fadzil, dengar dulu penjelasan I!"Anis memaut lagi pada kaki Fadzil.

"Tak ada apa yang perlu dijelaskan lagi. Aku ceraikan kau dengan talak tiga!"Fadzil mara ke hadapan, menuju ke arah Mansur yang masih terpinga-pinga.

"Seronok jadikan rumah aku sebagai sarang maksiat?"Fadzil tersenyum lantas menghadiahkan tumbukan padu pada wajah Mansur.

"Fadzil!"Anis memanggil lagi. Tubuhnya yang hanya berbalut selimut itu agak menyukarkan langkahnya.

"Apa lagi? Dah tak sabar nak meringkuk dalam penjara dengan lelaki ni? Tunggu sekejap ya."Fadzil melangkah keluar daripada bilik.

"Tak guna kau jantan!"Anis menjerit lagi.

Bunyi siren kereta polis semakin lama semakin hampir. Dua orang anggota polis lelaki masuk ke dalam rumah diiringi Fadzil menggari tangan Mansur manakala dua orang anggota polis perempuan memerhati Anis Syazira menyarung pakaian sebelum menggari tangan wanita tersebut.

S.J.P.S.sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang