Bab 20- Period

928 13 0
                                    

'Kak Syafira suruh pergi rumah dia petang nanti.'

Fadzil membaca mesej yang dia terima ketika sebelum solat zuhur tadi. Usai solat dia baru berpeluang untuk membaca pesanan ringkas tersebut.

'Kak Syafira? Kak Syafira mana?'

'Jiran abanglah.'

'Sejak bila Rosie kenal dia?'

'Adalah. Hal perempuan , orang lelaki takpayah tahu :p '

Fadzil tersenyum sendiri.

'Eleh. Cubit kang. Rosie dkt mana nie?'

'Igt kita takot ke? Dekat bilik tutor. Skrg waktu Maths'

'Dah solat zuhur?'

'Cuti... Start lepas subuh tadi...'

'G x nanti umah kk syafira?'

'X nak.'

'Knp?'

'Nnti org pndg Rosie cemana?'

'Cover la. Abg ada. Nnti g sama2. Habis kelas g cubicle dulu.'

'Lagi la bahaya..... :('

'Apa yg bahayanya. Nnti buat2 la tgh ronda dkt tmpt parking kereta tu. Line clear, trus masuk area rumah.'

'Tengok la dulu. Abg lect dah masuk. Bye..'

'Bye je?'

'Assalamualaikum..'

'Waalaikumussalam. Lagi?'

'Lagi apa?'

'X da i love u ke, i miss u ke'.

Tiada balasan daripada Rosie.

"Dah start class la tu."Fadzil bermonolog.

'datang la bila org dah ajak tu,'pesanan terakhir walaupun dia tahu orang disebelah sana tidak membacanya. Fadzil menyarung stokin yang sedari tadi tertangguh. Selepas ini, dia juga ada sesi mengajar kelas tutoran.

***
"Baju apa banyak-banyak ni kak?"Rosie memandang sebuah bagasi besar tidak berkelip. Fadzil juga ada di situ, berbual kosong dengan Musa sementara menemani isterinya.

"Baju pregnant akak. Banyak sangat. Rosie ambik la sikit."

Terlopong mulut Rosie Aulia setelah mendengar jawapan itu sekaligus memandang suaminya yang sedang melihat ke arahnya.

"Abang.."

"Kenapa?"

"Tengok ni,"Rosie menunjukkan sehelai blaus khas untuk ibu yang sedang mengandung. Blaus merah jambu. Tidak terlalu besar dan terlalu kecil. Sesuai untuk permulaan kandungan.

"Cantik."puji Fadzil.

"Abang.. Itu je reaksi abang?"

"Habis tu?"

"Rosie mana pregnant lagi."

"Pakailah masa pregnant nanti,"Musa yang sedari tadi diam menyampuk. Terhibur pula melihat gelagat pasangan muda itu.

Rosie tersenyum nipis lantas matanya beralih ke arah Syafira.

"Awal lagi la kak."Rosie menunduk sambil melipat-lipat baju yang bersepahan. Aku ingat baju kurung. Boleh la pakai waktu kuliah. Hampehh. Nak bagi baju mengandung rupanya. Yang ada tali ikat dekat belakang tu. Lepas tu ada baju yang untuk ibu lepas bersalin jugak. Yang siap ada zip untuk memudahkan proses penyusuan anak.

Terkejutnya aku. Baru kahwin 2 bulan kut. Dah ada orang sponsor baju mengandung. Aku pun perangai entah apa-apa. Balik asrama siap menangis sambil peluk ibu dengan ayah lepas tu kalau dekat rumah suami pun kerja aku tengok tv je(tak de la tengok tv je. Kadang-kadang aku tengok abang masak. Dia memang pandai masak. Aku suka tomyam dia. Serius kecur air liur. Kalau dia tahu aku puji confirm hidung dia kembang secara meluas. Sumpah. Tak tipu.)

Mentaliti orang Melayu memang macam tu ke? Lepas kahwin terus beranak. Aku takut esok anak aku dengan aku jadi satu team je. Buli ayah dia.

"Hahahaha!"Rosie tertawa tiba-tiba.

Tiga pasang mata yang berada di ruang tamu (tidak termasuk anak-anak Syafira dan Musa) memandang serentak ke arahnya.

"Aik,kenapa?"soal Rosie sambil menghabiskan sisa tawanya. Syok jugak weh berangan pasal anak.

"Sepatutnya kitaorang yang tanya. Awak kenapa sayang?"soal Fadzil kembali.

"Entah apalah yang dia berangan sampai gelak macam tu. Takut berjangkit dengan anak je nanti,"usik Kak Syafira.

"Mana adalah. Rosie tak pregnant lagi. Buktinya, Rosie tengah period  sekarang,"Nah. Benda yang tak sepatutnya aku cerita, aku dah cerita.

"Aik? Yang muntah-muntah tu semua?"Mata Musa beralih ke arah Fadzil.

"Keracunan makanan."jawab Fadzil bernada tidak berapa nak semangat. Rosie yang mendengar terasa ingin picit-picit je hidung tu. Boleh pulak dia cerita masalah muntah tadi dekat orang lain. Lepas tu syak aku mengandung sebab dia mabuk.

Siaplah. Puan Rosie Aulia akan melancarkan perang dingin sebentar nanti.

***
"Rosie balik terus? Tak nak mandi ke makan ke minum ke tidur ke kat rumah?"soal Fadzil ketika melihat isterinya laju menyusun kertas-kertas Perakaunan hasil daripada pembelajaran yang tak berapa nak belajar pada minggu lepas.

"Tak. Rosie balik dulu."Rosie menghulurkan tangan tanda ingin bersalaman sebelum pulang ke asrama.

"I know you're not in the good condition. Well. PMS."Fadzil menyentuh dagu Rosie lalu mata mereka bertentang. Rosie cepat-cepat mengalihkan pandangan.

"Abang suka cerita masalah walaupun hal muntah dekat orang lain ek?"soal Rosie. Wajahnya tegang ketika ini.

"Kenapa?"

"Tak ada apalah. Rosie balik dulu."Rosie terus keluar tanpa bersalaman dengan suaminya.

Fadzil terpinga-pinga.

"Salah ke?"

***
Fadzil duduk di tepi dinding bersebelahan rak Al-Qur'an.

Dicapainya senaskhah Al-Qur'an terjemahan berwarna biru muda untuk bertadabur ayat-ayat Allah. Memang selepas solat fardu Isyak secara berjemaah di surau, dia akan meluangkan masa sebentar bersana kitab suci itu sebelum pulang ke rumah.

Seketika matanya berkalih ke tempat solat muslimah. Tirai yang tertutup terbuka sedikit dan...

"Rosie? Bukan tak boleh solat ke?"

Rosie kelihatan begitu penat. Berbantalkan tangan dan mengiring ke arah kanan dan kebetulan betul-betul menghadap suaminya membuatkan hati suaminya sedikit tersentuh.

"Patutla marah sangat. Dia taknak bagi harapan palsu. Aduh aku ni.". Fadzil terus merenung wajah yang sudah halal untuk direnung. Bukan maksiat mata dah tau.

Bersambung..

S.J.P.S.sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang