Bab 9- Inai

802 19 0
                                    

"TAK kena  tahan kad matrik ke weh?"soal Sofea yang sedang memegang buku Kimia Semester 2. Mungkin sebagai persediaan untuk esok hari.

       Ayra dan Darshini turut melihat ke arah Rosie yang baru sampai.

      Tenang saja Rosie masuk sambil tersenyum.

      "Assalamualaikum semua,"ucap Rosie.

     "Waalaikumussalam,"jawab Ayra dan Sofea serentak. Darshini hanya tersenyum.Mereka juga pelik melihat Rosie. 

          "Relaks gila muka. Rosie, kau bukan sampai pukul 7 malam tau. Tengok jam tu,"Ayra menunjukkan jam di dinding.

         "Baru 10:30 malam. Relaks la,"balas Rosie sambil melangkah menuju ke katilnya.

       Mereka bertiga tergamam. Kad pelajar ataupun kad matrik milik Rosie Aulia tergantung elok di leher gadis tersebut. Mengikut peraturan kolej matrikulasi seluruh Malaysia, masa yang diberi untuk pelajar yang balik bermalam atau outing hanyalah sehingga jam 7 malam sahaja. 

          "Kau buat apa dekat pak guard tu Rosie sampai dia tak rampas kad matrik kau pun?"soal Sofea. Mana tahu, boleh dia mencuba cara Rosie. Pulang lewat tanpa perlu memberi kad matrik kepada pengawal keselamatan KMS.

          Rosie tersengih. Dah agak. Mesti soalan itu yang diterimanya.

      "Aku kenyit mata dekat dia. Jadi dia lepaskan aku,"jawab Rosie dan.. ketiga-tiga pasang mata terus memandang ke arahnya.

      "Okey okey. Aku tipu je,"Rosie mengalah.

    "Aku sebenarnya dah sampai lama dah. Cuma lepak dengan suam.. eh dengan keluarga aku tadi,"terang Rosie lagi. Maaf kawan-kawan. Itupun tipu juga.

      "Ohh, lepak dekat mana?"soal Darshini yang baru lepas mengemas tempat tidurnya. Bersiap sedia untuk tidur barangkali.

    "Dekat.. dekat.. haa dekat surau. Lepas isyak baru aku balik bilik,"jawab Rosie sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Banyak betul soalan diorang ni.

"Nak jawab dekat mana pun tergagap-gagap. Aku sekeh karang,"kata Sofea dan kembali menelaah bukunya.

        Darshini sudah terlena manakala Ayra sudah menghilang ke tandas.

***

    "SOFEA,"Ayra memanggil.

    Sofea menoleh ke arah Ayra yang baru balik dari tandas.

   "Apa?"soal Sofea.

   "Kau tahu aku nampak apa tadi?"soal Ayra sengaja menunjukkan wajah seram. 

  "Kau kenapa Ayra Safiya. Nak cerita pasal hantu di tengah malam ni beragaklah,"kata Sofea memberi peringatan.

   "Bukan pasal tu lah,"kata Ayra sambil membetulkan ikatan rambutnya.

             "Habis? Dengan buat rambut macam tu lagi. Kau nampak apa sebenarnya?"soal Sofea. Ayra menunjukkan isyarat mata ke tempat tidur Rosie Aulia.

               "Kau nampak apa dekat tempat Rosie?"soal Sofea lagi. Geram pula dengan si Ayra ni. 

           "Tak nampak apa pun dekat tempat dia. Cuma masa bertembung dengan dia dekat bilik air tadi....,"Ayra tidak menghabiskan ayat. 

        Sofea menghampiri Ayra lantas duduk seketika di atas katil kawan sebiliknya itu. Senang sikit nak bercerita.

    "Apa? Sepuluh jari dia berinai?"soal Sofea setelah Ayra menceritakan hal sebenar.

S.J.P.S.sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang