Aku melangkah perlahan masuk ke dalam bilik study. Sofea turut berada di situ. Melihatkan aku sudah tiba di situ, terus dia menarikkan kerusi dan mempersilakan aku duduk. Aku duduk bersebelahan Kak Maria. Bukan Kak Maria sahaja senior di situ. Beberapa orang senior turut berada di situ dan wajah mereka masam mencuka. Aku hanya menundukkan wajah. Aku tahu aku salah.
"Kamu tahu apa salah kamu?"Soal Kak Fareeda, kakak senior aras bawah juga. Dia memegang jawatan sebagai ketua disiplin blok kolej kediaman aku. "Masukkan lelaki dalam bilik satu kesalahan yang besar."Sambung Kak Fareeda lagi.
"Aku yang suruh diaorang sembang dalam bilik. Aku tak nak budak tingkat satu nampak."Sampuk Kak Maria sebelum aku membuka kata.
"Saya minta maaf."Kataku,pendek. Aku mengerling ke arah Kak Maria. Wajahnya serba salah kerana selama aku berada di asrama ini, dia agak rapat dengan aku. Bila masuk dalam toilet, selalu rebut bilik air dengan dia. Alih-alih aku buat perangai begini. Ish! Kenapa Fadzil datang malam ni? Kalau dia tak datang, semua ni takkan terjadi.
"Apa hubungan kamu dengan dia?"Soal Kak Maria tiba-tiba. Sofea hanya memerhati ke arah ku. Aku ingat rahsia aku dah terbongkar kerana sedari tadi Sofea berada di sini. Rupa-rupanya masih tersimpan rapi. Apa agaknya yang Sofea nak settle dengan Kak Maria tadi?
"Bukan pa. Akak tengok lain macam ja. Takdak pa ka?"Soal Kak Mastura pula dengan dialek Kedah dia. Dia berasal dari Kupang,Kedah. Wajahnya hitam manis dan tenang mata memandang.
"Err.."Aku nak kata apa? Nak teruskan penipuan atau berterus terang? Apa aku nak buat ni? Peluh dingin sudah membasahi dahi dan tanganku.
"Jawab cepat sebelum akak lapor dekat ketua felo."Ugut Kak Fareeda apabila tiada sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulutku.
Aku terus pandang Sofea. Sofea seolah berkata,"Kau terus terang je." Tapi, bukan senang benda tu orang nak percaya. Sesiapa pun boleh cipta penipuan tu.
"Rosie, kenapa diam? Tak boleh jawab soalan kami?"Soal Kak Maria tiba-tiba. "Dah berapa bulan baby tu?"sambungnya lagi.
Terjegil mataku akibat terkejut mendengar soalan itu.
"Aku minta maaf Rosie. Aku kena bagitahu kebenaran. Kalau tak kau asyik difitnah saja. Sakit hati aku."Sofea berterus-terang sambil menepuk bahuku. Rupanya dah terbongkar semuanya. Yang tadi hanyalah gimik dan lakonan semata-mata.
"Kitaorang minta maaf. Tadi kitaorang intai melalui tingkap belakang sebab Rosie lupa tutup langsir. Sweetnya."Kata Kak Fareeda sambil tersengih. Aku memandangnya aneh, tadi bukan main marahkan aku.
"Baby baru tiga bulan lebih Kak Maria. Perut tak nampak sangat sebab Rosie pakai jubah besar."Jawabku pada soalan Kak Maria tadi.
"Patutlah hang nampak gemuk!"Balas Kak Mastura pula. Aku hanya tersenyum hambar. Bagus betul lakonan mereka ini. Ya, aku sedikit terasa hati.
"Kali ni akak maafkan kamu. Tengok gaya, Sir Fadzil tu tak nak berjauh dengan kamu. Walaupun dah berkahwin dengan Miss Anis, dia tetap ambil kamu bawa balik sana. Patutlah akak hilang kawan gaduh selama seminggu."Kata Kak Maria lagi.Aku hanya membalas kata itu dengan senyuman.
"Nak tengok sijil kahwin boleh?"Soal Kak Fareeda pula. Dia sudah berlembut denganku. Tidak seperti mula-mula tadi.
"Boleh. Apa salahnya. Ada dekat bilik saya. Jomlah."Ajakku sambil mengangkat punggung. "Akak minta maaf ya."Kata Kak Maria di belakangku.
"Tak ada apalah. Saya yang patut minta maaf. Memang salah pun apa yang saya buat tadi."
"Akak dah perasan dari awal. Kamu semacam je dengan Sir. Akak tak syak yang bukan-bukanpun. Akak tahu siapa Rosie."Kak Maria menepuk bahuku.
"Sabar ya Rosie. Sofea dah ceritakan semuanya dah. Jangan sedih-sedih. Kalau Rosie nak tahu, Miss Anis tu memang macam tu."Aku hanya mengangguk lemah. Malas hendak membuka kata. Lagi-lagi buka cerita tentang perempuan yang bernama Anis Syazira. Silap hari bulan boleh jadi kes mengumpat pula. Tak nak aku makan daging saudara sendiri. Biar aib dia aku simpan dalam hati. Hanya ALLAH saja yang dapat membalasnya.
***
Aku baru berkesempatan melihat Samsung Galaxy S5 yang berwarna kelabu yang amat aku rindui. Sudah hampir seminggu kami tidak bertemu. Aku ambil di dalam laci meja belajar. Itupun selepas Sofea kata yang Nabila menyimpannya di situ kerana aku sudah tiada di kolej ketika itu.
Punat mematikan telefon bimbit aku tekan. Seusai telefon berjaya dibuka aku sendiri tergamam.
1568 missed calls
999 messages
3000 messages from 18 chats.
Agak lama juga aku menunggu sampai dia berhenti bebunyi. Mesej terakhir adalah daripada Sir Fadzil Ezkandar.
11:23 p.m. - Tak boleh tidur takda awak di sebelah.
11:25 p.m. - Rindu. Sayang, nak g ambik sayang balik rumah.
11:30 p.m. - I love you. take care. Abang lapar.
11:35 p.m. - dapur takda makanan !! lapar.. Anis habiskan makanan yang sayang beli.
11:40 p.m. - abang kunci pintu tak bg anis masuk. Tapi kalau sayang nak masuk, abang dah bagi kunci spare kan? pintu rumah sentiasa terbuka untukmu.
11:55 p.m - abang nak keluar 7e jap. bye..
YOU ARE READING
S.J.P.S.s
RomancePerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...