Bab 5- Rajuk

873 23 0
                                    

    "Rosie, kau rapat dengan Sir Fadzil kan?"soal Sofea. Tika itu dia baru usai menunaikan solat fardu Isyak. 

     Rosie Aulia pula sedang menaip sesuatu di laptop. 

      Ayra sedang menyiapkan tugasan manakala Darshini sudah lama diulit mimpi.

       "Kenapa?"soal Rosie, memandang ke arah Sofea yang sedang melipat telekung.

       "Aku dengar dia dah nak kahwin. Betul ke?"soal Sofea. 

      Rosie tersedak kerana tika itu dia sedang meneguk air mineral.

      "Apahal kau tersedak ni? Kau ke yang nak kahwin tu?"soal Ayra tiba-tiba.

    "Entah. Dah la tak jawab soalan aku. Betul ke Rosie?"soal Sofea lagi.

     "Mana aku tahu. Mana kau dapat berita tu?"soal Rosie. Terkejut juga dia. Sampai hati sir.

       "Aku dengar khabar angin je. Sebab aku tengok kau rapat je dengan dia sampai dia bawak kau keluar pekan la.. Mesti dia share dengan kau kan. Dia nak kahwin dengan siapa,"ulas Sofea. 

      Pantas Rosie menggeleng. 

      "Aku tak tahu apa-apa. Korang nak tahu betul ke tidak, korang pergi tanya dia. Jangan tanya aku,"kata Rosie lantas bangun dan keluar daripada bilik sambil berlari.

Sofea dan Ayra saling berpandangan.

"Apahal dia emo tiba-tiba?"soal Sofea. 

Ayra mengangkat bahu.

***
Ahad, 9:58 malam
"Esok aku taknak datang kuliah Akaun."

Lantas , Syahirah mendail nombor telefon sahabatnya itu.
      Tidak berjawab.
       Lantas dia keluar dari kamarnya dan membuka langkah untuk ke blok Saidatina Fatimah.

        "Assalamualaikum, Rosie ada?"soal Syahirah ketika baru sahaja sampai di hadapan muka pintu bilik asrama Rosie Aulia.

      Sofia dan Ayra menjawab salam serentak.

     "Tadi dia tak tidur lagi. Lepas dia termenung beberapa saat dekat telefon tu, dia terus tidur,"kata Ayra.
      "Masuk lah Syahir,"kata Sofia. 

        Syahirah melangkah masuk.

       "Korang.. Rosie kenapa?"soal Syahirah.
       Sofia mengangkat bahu.

      "Aku tanya dia , betul ke Sir Fadzil nak kahwin, tersedak dia,"kata Sofia.
    "Mana kau tahu Sir nak kahwin?"soal Syahirah.

      "Baru nak tanya kau. Ingat kau tahu,"balas Sofia.

    "Aku pun tak tahu. Ni kau cakap, baru aku tahu,"balas Syahirah.                                 

      "Lagipun Sir yang nak kahwin kan. Apasal Rosie terkejut macam tu?"soal Ayra sambil memandang ke arah Rosie Aulia yang sudah nyenyak. Terserlah kepenatan pada wajah itu.

    "Gila tak terkejut. Sir rapat kut dengan dia. Tiba-tiba nak kahwin tak bagitahu,"balas Sofia.

    "Belum nak bagitahu lagi lah tu,"kata Ayra pula.

   "Aku rasa tak,"sampuk Syahirah tiba-tiba. Ayra dan Sofea memandang ke arahnya serentak.

    "Korang baca ni,"Syahirah menunjukkan skrin telefonnya.

    "Takkan Rosie memang betul-betul menaruh perasaan dekat sir,"kata Sofea.

Ayra turut tergamam.

S.J.P.S.sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang