Bab 49- Nota Ekonomi

1.2K 10 0
                                    

Unknown Number

12:30 a.m .

I watching you all the time. See you soon, Sayang. :)

Meremang bulu roma aku ketika membacanya. Siapa yang hantar ? Fadzil pakai nombor baru? Boleh jadi juga. Tapi ada pula masa dia nak beli nombor baru. Otak aku sudah tepu untuk berfikir.Nasihat Sofea supaya aku solat tahajjud seketika tadi terus dibawa ke alam mimpi. Aku terlena kembali tetapi kali ini di atas katil. Sakit tulang belakang aku kerana sudah hampir 3 jam terlena di meja belajar.

***

"Nampak telefon aku?"soalku kepada ketiga-tiga orang roommateku yang sedang bersiap untuk ke dewan peperiksaan. 

Mereka bertiga pantas menggeleng dan aku meneruskan operasi pencarian telefonku. Patutlah hampir pukul 7 pagi baru aku terjaga. Alarm tak berbunyi ! Menurut Ayra, sudah puas dia , Sofea dan Darshini mengejutkan aku supaya bangun menunaikan solat subuh. Tetapi aku hanya menggeliat kecil lalu tidur kembali.

"Mana aku letak ni?"Aku mengeluh perlahan. Susahlah macam ini. Kali terakhir aku pegang ialah ketika aku terjaga dan kemudian membaca satu mesej aneh lalu tertidur kembali. Persoalannya sekarang aku letak telefon tu dekat mana?

Aku mengangkat tilam tidurku perlahan.

"Ya ALLAH!"Menjerit aku dibuatnya. Sofea, Ayra, dan Darshini terus menerpa ke arah ku.

"Telefon aku."Air mata mula hadir di tubir mata. Telefon aku sudah terburai isinya. Bateri sudah terkeluar dan skrinnya sudah pecah ! Itu hadiah pemberian ayah untuk ulangtahun kelahiranku yang ke-17! Bagaimana boleh jadi begini? Ekstrem sangatkah aku tidur semalam?

Aku terduduk dan mendengar nasihat sepatah dua kata daripada mereka bertiga. Biasalah nasihat untuk orang patah hati macam aku ialah, "Sabar ya Rosie."

Belum campur nasihat berbaur jenaka daripada Darshini, "Sir kan kaya. Dia boleh beli yang baru."Mendengarkan itu, aku tersenyum hambar. Mana sama pemberian ayah dengan pemberian orang lain.

Akhirnya, aku melangkah ke dewan peperiksaan dengan hati yang hiba dan berharap hari ini akan segera berakhir. Rakan-rakan sekelas aku juga turut aku maklumkan. Apa-apa hal, mesej saja kerana Whatsapp aku sudah tidak berfungsi. Kini aku meminjam telefon Nokia 3310 milik Ayra buat sementara waktu. Biarlah kurang fungsinya, asalkan suara ibu dan ayah boleh aku dengar setiap hari.

***

My Rosie

Last seen today at 3:00 a.m .

Fadzil mengerut kening. Biarpun dia sengaja mendiamkan diri daripada isterinya tanpa panggilan telefon ataupun mesej, dalam diam setiap hari dia menjadi Mr.Stalker yang memerhati 'si dia'online atau tidak, tukar gambar profil baru atau tidak. Sweet tak? Kalau Rosie tahu, confirm dia sorok semuanya. 

Tapi, yang anehnya hari ini isterinya langsung tidak membuka aplikasi itu. Kali terakhir dilihat pun pukul 3 pagi. Kemana isterinya pergi? Sihat atau tidak? 

Fadzil mengeluh perlahan. Lantas dia mendail nombor yang sedari tadi tertera di skrin telefonnya.Dia masih di pejabat kerana malas mahu pulang. Kalau balik kejap lagi,mesti kena pandang muka itu. Muka yang merentap kebahagiaanya dengan rakus sekali.

"Bunyi. Tapi kenapa langsung tak on Whatsapp?"Fadzil mematikan panggilan kerana suara operator wanita yang menjawabnya.

Lantas dia menaip sesuatu dan dihantar ke suatu nombor. Tak boleh jadi ni. Semakin resah dia dibuatnya.

***

Aku mencari ke setiap bahagian meja belajar. Dari dalam laci, rak buku mini sehinggalah dalam almari. Tiada. Memang selalu terjadi dalam hidup aku. Masa aku nak, dia tiada. Masa aku tak nak, masa itulah aku nampak dia melayang-layang ditiup kipas angin. Menyampah aku dibuatnya.

S.J.P.S.sWhere stories live. Discover now