"Kenapa you halang I bunuh budak mentah tak sedar diri tu tadi?"Soal Anis sambil menjeling tajam ke arah Mansur yang sedang memandu kereta. Mansur fokus memandang hadapan.
"Masih terlalu awal. Bukan I tak benarkan selamanya. Take your time first,Anis."Balas Mansur. Menjeling sekilas ke arah wanita yang berada di sebelahnya dan kemudian memandang hadapan kembali.
"Tadilah peluang keemasan. I dah tak tahan dengan dia tu. Selagi dia tak mati, selagi tu hidup I tak aman. Mata Fadzil hanya dia , dia dan dia. Muka I langsung dia tak nak pandang!"Anis menarik nafas kerana amarahnya terlepas seketika. Cuma seketika.
"Sabar Anis. Fadzilkan dah jadi milik you. Nak risau apa lagi?"Soal Mansur. Memberi signal untuk ke stesyen minyak.
"Dia tak pernah sentuh I."Balas Anis,pendek sambil membuang pandangan ke luar. Penuh kekecewaan pada suara itu.
"I kan ada."Mansur menyentuh lembut tangannya. Seketika mata mereka bertentang.
"Tapi you bukan suami I."Balas Anis. Ditepis kasar tangan Mansur.
Mansur mengeluh kasar apabila dilakukan seperti itu lantas keluar untuk mengisi tangki minyak kereta tersebut.
"Gila ! Aku nak Fadzil ! Bukan dia !"Anis menjerit sendirian di dalam kereta sambil memandang ayunan langkah lelaki tersebut.
***
"Jom kita keluar dari sini."Yusuf menarik tanganku. Ganas.
"Sakitlah!"Jeritku. Yusuf tidak mengendahkannya. Tika itu kami sudah berada di luar bilik. Dalam hati, ku berdoa semoga bantuan untukku segera tiba. Harapanku agar Fadzil membaca pesanan pendek aku tadi.
'Banglo'.
Aku cuma hantar itu sebagai petunjuk.
"Kau jangan buat lembik boleh tak? Polis dah tahu rumah sini! Cepatlah sikit jalan!"Jerkahnya sambil memandang wajahku. Memang bukan Yusuf yang aku kenal dahulu. Yusuf dahulu, kaya dengan kasih sayang. Yusuf sekarang, kaya dengan kekejaman.
Aku sengaja melambatkan langkahku. Lantak dia lah nak kata aku lembik ke apa. Biar polis cepat-cepat datang dan tangkap dia!
Terus aku teringat pada Kak Fatin. Aku tak tahu samada realiti atau fantasi. Ketika Yusuf buka pintu untuk menarik aku keluar tadi, aku sedang tidur di atas katil. Tetapi,dalam keadaan sudah bertudung.
Seingat aku, tudungku sudah dilucutkan oleh Anis Syazira ketika percubaan membunuhku tadi. Tetapi,pantas dihalang oleh seorang lelaki dan aku pun terlelap di sisi almari kayu dengan linangan air mata.
Tiba-tiba telefon Yusuf berdering. Berderau darah aku. Aku bimbang itu panggilan daripada Fadzil.
Tanganku dilepaskan.
"Helo. Ya saya."Yusuf memulakan perbualan di telefonnya. Nada suaranya tidak sekasar tadi.
Saat itu, aku melihat satu ruang anak tangga yang menuju ke tingkat bawah tanah.
'Anak akak ada dekat bilik bawah tanah. Dikurung oleh ayahnya sendiri. Tolong akak dik !'
Aku tidak bermimpi! Bilik tingkat bawah memang wujud ! Aku memandang sekilas ke arah Yusuf. Dia masih berbual bersama seseorang di dalam talian. Aku tidak berminat untuk tahu siapa orang itu jadi aku mengorak langkah perlahan-lahan ke sudut tangga untuk ke tingkat bawah tanah.
Agak gelap. Penuh dengan sarang lelabah. Banyak juga perabot lama. Aku memandang sekeliling. Mencari seseorang yang Kak Fatin katakan tadi. Seketika mataku terpana. Aku terkejut!

ANDA SEDANG MEMBACA
S.J.P.S.s
RomantizmPerkahwinan yang baru dibina diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak disangka-sangka. Air mata semakin mudah mengalir apabila dia tahu yang dia dimadukan pada usia yang muda seperti itu. Apakah dia patut mempercayai apa yang dikatakan oleh suaminya...