Bab 35- Pitam

1.2K 14 0
                                        

Aku sekadar melihat Fadzil menggali lubang liang lahad. Aku pula duduk di atas sambil menenangkan mama. Mama kelihatan begitu sendu menahan sebak atas pemergian suami tercinta. Faiqa juga begitu. Dari kejauhan aku dapat melihat ada seseorang yang turut menahan sendu. Seketika mata kami bertaut. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan. Rupanya seiras Fadzil! Ya! Sangat seiras. 

       Ibu dan ayah juga datang pagi itu. Mereka tiba dari Kuala Lumpur lepas subuh tadi. Mereka tidak tahu atau mungkin buat-buat tidak nampak akan kedinginanku pada suamiku.

      Bacaan talkin dimulakan. Aku juga tidak dapat menahan sebak tetapi sebakku tak seteruk mama. 

"Mama, sabar ya. Nanti kita jumpa abah di syurga."Aku tepuk bahu mama, menenangkannya. Fadzil yang berada di sebelahku mencapai tanganku. Dia genggam erat. Aku ingin menepis kerana aku.. aku masih marah padanya. Marahku belum habis! Tapi, mengikut situasi sekarang, aku hanya membiarkan. Mungkin dia inginkan secebis kekuatan.

***

"Semalam abang kata kalau Rosie dekat tempat abang...."

    "Rosie. Please jangan mulakan."Kata-kata aku terhenti seketika. Fadzil sedang menyarung baju melayu merah bersama kain pelekat. Lepas isyak ada tahlil arwah abah. Mungkin sebab itu dia bersiap sebegitu segak dihadapanku.

    "Tak kira. Kalau Rosie dekat tempat abang, Rosie fight! Rosie buktikan yang Rosie tak bersalah. Abang lain. Rosie yakin abang dah terlanjur dengan perempuan tu. Sebab takut dia mengandung tu yang abang terus setuju nak kahwin dengan dia,"

"Astaghfirullahal'azim Rosie!"Fadzil hampir menaikkan tangannya ke mukaku. Biadapkah aku? Aku cuma sampaikan kebenaran.

"Tamparlah. Tampar. Memang abang ni jenis buaya darat!"Aku menyuakan mukaku. Tapi bukan tamparan yang aku terima. Aku terima benda yang sebaliknya. Yang aku tak jangka-jangka. Yang membuatkan darah aku naik mencurah-curah ke muka. Yang membuatkan aku termalu sendiri pula.

"Lain kali sua la lagi bibir seksi tu dekat abang. Boleh abang cium banyak-banyak dan banyak lagi."kata Fadzil sambil meletakkan songkok di atas kepala dan hilang dari pandanganku. Azan Isyak turut berkumandang seiring dengan pemergian Fadzil ke surau. 

   "Herghhh!!! Aku nak marah dia, aku sendiri yang malu!"Aku bergegas ke bilik mandi yang memang ada di bilik Fadzil. Lepas Isyak nanti kena tolong saudara-mara di bawah untuk persiapan makanan. Orang surau akan datang nanti. Ibu dan ayah pun bermalam di rumah besan mereka membuatkan hati aku sedikit berbunga dapat melihat wajah mereka lagi pada malam ini.

***

"Apa rahsia kakak muka berseri-seri?"soal Fatihah, sepupu Fadzil. Aku agak senang dengannya. Dia mesra orangnya. Walaupun baru pertama kali bersua muka, dia ringan mulut! Saya suka! Saya suka!

    "Berseri apanya macam ni Tehah. Akak tak pakai apa-apa pun lah."Jawabku sambil tersenyum sekilas. Waktu itu kami semua sedang mencuci pinggan di dapur. Mama pula bersembang di ruang tamu bersama ibu dan ayah. Fadzil? Entah. Lepas orang surau hilang, dia pun hilang sama.

"Tipulah Kak Rosie ni. Sumpah berseri. Geram Tehah tengok kulit akak. Gebu je."Sekali lagi wajah aku terasa tebal. Malu pula di puji sebegitu. Yang si Fatihah ni puji aku lebih-lebih buat apa entah. Yang aku tahu sekarang, sumpah aku serabai.

"Kak Rosie pakai ilmu rumah tangga lah Tehah,"Faiqa yang sedang mengangkat dulang minuman ke sinki pula menyampuk perbualan aku dan Fatihah. 

"Mana ada rahsia apa-apa punlah."Aku mulai muak dengan pujian mereka. Perutku senak. Tekakku sudah loya. Lama-lama pandangan aku samar-samar. Aku cuba untuk tidak melayan penyakit yang mula menyerangku itu. Namun..

"Abang Fadzil!!"Suara Faiqa yang sayup-sayup aku dengar. Segalanya mulai gelap dari pandanganku. Aku sudah mahu terkulai. Namun aku dapat rasakan tubuhku disambut.

Media - Sebelum pergi surau. ciacia xD


S.J.P.S.sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang